Jumaat, 19 September 2008

Drebar Terlampau (Rated: U, untuk bacaan umum..hehe)

Dah masuk 5 tahun Kadim jadi drebar profesor. Selama tu juga dia tercongok di kerusi belakang kelas bila prof beri ceramah sampai dia boleh hafal banyak topik, gaya, dialog bahkan lawak prof. Satu hari kadim usulkan kpd prof untuk dia ganti tempat prof kalau prof letih atau mengantuk. Setelah kadim bukikan bakatnya pada prof yg memang dia boleh tiru ceramah bosnya 100%, prof pun setuju.

Maka pagi tu Si Kadim berlagak jadi prof dan prof pulak jadi drebar dan duduk di kerusi tempat biasa Kadim. Memang hebat drebar Prof ni, stail dan presentation sebiji macam Prof. Sehingga soal jawab pun Si Kadim hafal semua soalan dan jawapan sekali. Cuma soalan yang satu ni dia tak pernah dengar dan tak tau nak jawab.

Berpeluh dahi Kadim fikir lalu dia pun dengan selamba berkata "tuan-tuan jangan lah tanya saya soalan senang macam ni, kalau setakat soalan ni, drebar saya kat belakang tu pun boleh jawab..." lalu di suruhnya Prof yg jawab !!!!!

Masa nak balik, tayar kereta pulak pancit. Oleh sebab ramai peserta ada kat situ, Si kadim pun berlagak berleter pada Prof (pun stail sama macam Prof selalu marah dia) lalu Prof jawab "pam tayar ni senang je, prof pun boleh buat sendiri". Hari tu pertama kali Kadim pam tayar kereta pakai tie dan kot !!!!

Selasa, 16 September 2008

Ngantuk Lagi ? Ni Ada Selingan ..

Jangan Kawan Ngan Monyet

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.

Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya..

Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan
ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Ni aku kasik satu kartun lak .. bukan apa .. nak ingatkan pergi masjid .. sembahyang Tarawikh .. malam ni start baca doa qunut ..


Klik pada gambar kartun tu utk versi yg lebih besar ..

Selamat Berpuasa .. dan Selamat Berbuka Puasa ..

Isnin, 15 September 2008

Anda Mengantuk ?

Meh sini aku tampal lagu Arab satu .. Amree sure suka pyer .. Enjoy ..



Actually aku nak test setting mana yg sesuai ..

Selamat Berbuka Puasa .. tapi bukan sekarang ekk ..

Ahad, 14 September 2008

Check It Out ..

Got an e-mail this morning .. actually petang semalam .. hehe

Mony Sharuddin to me Sat, Sep 13, 2008 at 6:41 PM
Assalamualaikum! Saya ni adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Padang Tembak. Tujuan saya menulis email ini adalah untuk mintak permission u bertukar link blog? Tadi saya cuba cari blog saya melalui google, then terjumpa blog u. Untuk pengetahuan u, baru2 ni saya ada set up satu blog khas untuk pelajar dan bekas pelajar smpt. (Sebenarnya dari tahun lepas lg tp takde masa nak upgrade blog tu ke wordpress terkini.) u bole layari blog saya http://www.monysharuddin.com/blogsmpt Harap- harap kita dapat berkerjasama di lain masa. Terima kasih dan 'Selamat berbuka' Wassalam"

Was wondering who is this girl ? Just could not recall .... then it struck me .. laaa .. kita habis Tingkatan 5 1982 .. this girl masuk 1983 maa ...

Anyway, y'all boleh check it out here. Maybe we can learn something from this link exchange .. I even put the link on the interesting links section.

p/s : Mony, you can put in a few words in the comment section and spread the words of out existance in your blog .. okay ? Thanks