Sabtu, 19 Jun 2010

Cerita Pasal World Cup 2010 ..

1st round hampir tamat ..

Tapi aku rasa one kind jer this edition pyer WC. Why ? So far .. BORING!! .. Mungkin pasal tak banyak gol tapi yg ketara most underdog teams nampak menyerlah. Or is it pasal bola WC nih yg jadi igauan player & goalkeeper alike .. Ntah ler ..

Hope quarter final nanti the tempo will pick up .. So far Brazil, Argentina, Holland and Uruguay nampak gah ..

So apa pendapat korang yg lain ?

Isnin, 14 Jun 2010

Manusia & Kealpaan ..

Dah nama pun manusia ..

Makhluk ciptaan Allah ini terlalu banyak kelemahannya, akan tetapi sering lupa apabila dikuasai nafsu. Kenapa aku pagi2 ni merapu sebegini ? Sebab semalam satu peristiwa malang telah berlaku kepada satu keluarga kat area kediaman aku ..

As you all know, setiap kawasan kependudukan ataupun perkampungan, keselamatan jalanraya kurang atau tidak langsung diambil kisah. Kita boleh lihat org bawak motor xder lesen, xder helmet, budak2 bawah umur besit motor bapak derang langsung tak hengat dunia hinggakan kalau kita tegur kita balik ditegur samada budak tu, org sekeliling mahupun mak bapak dia. Akhirnya apa yg aku takut dan selalu ingatkan telah berlaku. Satu nyawa telah melayang tanpa sebab .. satu nyawa muda yg sepatutnya boleh menyumbang kepada masyarakat setempat mahupun negara telah hilang. Semuanya kerana nafsu mengatasi pemikiran rasional. Anak siapa aku tak tahu tapi mmg budak ni selalu kelihatan membesit motor dengan harapan menjadi "mat rempit" yg disegani segala rakan dan taulan. Pernah ditegur kerana sering mengganggu dan membahayakan orangramai dgn penunggangan melulunya. Kini, kurang 1 orang geng mereka. Hari ini dia akan ke masjid .. utk kali terakhir .. and also .. today will be his "last ride" ... Apakah mereka ini akan sedar dan berubah sikap ?

Itu adalah soalan cepu emas ....