Jumaat, 10 Disember 2010

Cuti Sekolah ..

Dalam diam dah nak sampai ke penghujung cuti sekolah hujung tahun nih ..

Mesti geng2 SMPT (yg ada anak) puas & penat melayan karenah anak2. Pergi bercuti ke luar negeri ke .. dlm negeri ke .. jalan2 balik kampung ke .. semua kerana anak2. Di samping tu, kita juga dapat rehatkan minda dari belenggu kerja sementara waktu. Duit pon banyak terbang hujung2 tahun nih.

Yang dpt bonus tu, bleh jugak kaver belanja lebih sikit esp. persiapan utk sekolah anak2 tahun depan.

Bagi aku, minggu depan baru aku dpt cuti seminggu bawak budak2 berjalan. Kesian aku tak ke mana2 lagi derang. Aku sibuk dgn ofis & baru tapi aku kena make sure sebelum cuti semua kerja tip top tak nak bos telefon masa cuti.

Apa2 hal (walaupun lambat) aku ucapkan selamat bercuti pd semua anak2 dan mak bapak ..