Rabu, 18 Mac 2009

Minat Fotografi ? ..

Aku baru jer bikin satu blog khas fotografi akan gambar2 yg aku pernah captured.

Actually idea ni dah lama dah .. just that masa tidak mengizinkan. Ini adalah minat aku kinda like hobby. So sudi2lah lawat blog nih. Kalau nak komen pon boleh .. kritik pon boleh .. sama2 kita belajar ..

Silalah ke http://myphotogdiary.blogspot.com/

Isnin, 16 Mac 2009

Kursus Bakal Haji ..

Tamatlah sudah sesi pertama kursus. Sesi pertama ini lebih kepada pengenalan sahaja. Starting next week utk selama 17 minggu setiap Sabtu bermulalah satu pengembaraan yg amat dituntut oleh agama kita.

Mmg seronok bila org panggil kita Haji. Even masa aku pergi umrah dulu, hampir sumer tetamu Allah di Masjidil Haram & Masjid Nabawi gelar kita Haji. Itulah sebenarnya pembakar semangat utk kita berkorban ke jalan Allah swt. Banyak yg perlu kita korbankan selain dari wang ringgit. Tapi sekiranya itu kita buat demi keredhaan dan utk menjadikan kita insan yg bertaqwa .. why not ? Masih banyak lagi yg perlu dipelajari ..... consider myself lucky sbb ada family pyer travel agency (Kawakib Travel) yg menjadi agen utk Tabung Haji. Just that klu aku terpilih dpt jemputan ke Tanah Suci pada tahun ini.

Masa untuk berubah ? Ada sesiapa nak join ? Aku bernasib baik sbb kursus Haji di Masjid TTDI ni pon mmg dekat sgt dgn rumah aku. masjid TTDI ni pon adalah antara 16 masjid yg dipilih dari KL & Selangor utk menganjurkannya. Peserta yg paling jauh yg aku tahu adalah dari Country Homes, Rawang. For a mere RM70 for the whole sessions, I think it's really worth it. Even bagi yg tak pergi tunaikan Haji pon boleh join. Majlis ilmu ler katakan ...

Aku akan update time to time apa yg akan aku pelajari dari kursus selama 17 minggu nih .. insyaallah.