Jumaat, 8 Mei 2009

Satu Pendapat ..

Dari seorang rakan blogger .. agak panjang tapi perlu tahu ..

Berhati-hati dalam membuat tuduhan

Oleh: AHMAD BAEI JAAFAR

Pada hari ini kesalahan qazaf sering berlaku dalam kalangan umat Islam secara tidak sedar. Namun oleh kerana kejahilan umat Islam dan tidak ada undang-undang yang boleh menghukum mereka, kesalahan itu terus berlaku sekalus meningkatkan dosa setiap hari.

Sebenarnya suami yang tidak mahu mengiktiraf anak yang dilahirkan oleh isterinya hanya kerana pernah melihat isteri keluar dengan lelaki lain adalah termasuk dalam qazaf. Hal ini kerana suami itu seolah-olah telah menuduh isterinya berzina dengan lelaki tersebut.

Terdapat beberapa kes yang kita dengar tentang pasangan suami isteri yang sekian lama mengharapkan kelahiran anak sulung. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya mereka dikurniakan anak. Tetapi setelah anaknya membesar dilihat wajahnya tidak sama dengannya, maka si ayah anak itu memandang serong kepada isterinya.

Ada juga kes yang suami menghantar SMS kepada isterinya dengan melafazkan cerai kerana dikatakan isterinya telah curang. Kes seumpama ini sudah banyak kali kita dengar dan sesetengahnya telah menjadi kes yang dibicarakan di mahkamah. Sungguh memalukan.

Berdasarkan contoh kes di atas ternyata kesalahan qazaf yang dilakukan oleh suami terhadap isterinya atas kejahilan. Oleh sebab itu, kes itu tidak pernah didakwa di mahkamah dan tidak pernah diadukan oleh isteri. Kalau adapun kes, tetapi dendanya amat rendah dan tidak langsung menginsafkan.

Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Syariah Wilayah Persekutuan, kesalahan Qazaf hanya didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Sebenarnya dalam perundangan Islam, qazab ialah membuat tuduhan terhadap perempuan yang baik bahawa dia melakukan zina. Mereka yang membuat tuduhan ini boleh dihukum sebat sebanyak 80 rotan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.

“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar” (Surah an-Nur: 4 – 6).

Berdasarkan kes suami yang tidak mahu mengiktiraf anak yang dikandung dan dilahirkan oleh isterinya, hakikat dia telah menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain. Si suami ini walaupun secara jelas tidak menuduh isteri tetapi dengan tidak mengakui anaknya adalah satu tuduhan bahawa isterinya berzina. Kalau tidak, bagaimana isterinya boleh mengandung anak itu?

Menurut firman di atas, suami itu wajib bersumpah sebanyak empat kali di hadapan hakim. Jika dia sanggup bersumpah, maka mahkamah boleh menerima pertuduhan itu sebagai benar.

Sebaliknya, jika dia enggan bersumpah, dia boleh dianggap membuat tuduhan palsu dan boleh dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 rotan. Demikian hukum hudud yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Bagaimanapun undang-undang seperti itu belum dilaksanakan di negara ini sehingga setakat ini. Namun dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 menyediakan peruntukan Qazab seperti berikut:

Seksyen 36. “Kecuali dalam kes li’an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara’; empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya.”

Islam sangat berhati-hati dalam melaksanakan undang-undang ini kerana dalam Islam seseorang wanita yang belum berkahwin juga boleh mengandung tanpa perzinaan atau perogolan. Jadi, orang lelaki terutama suami tidak boleh cepat menuduh seseorang wanita itu berzina hanya semata-mata kerana dia mengandung.

Oleh sebab itu suami tidak seharusnya rasa curiga dengan isterinya, sebaliknya memberi didikan iman terhadap mereka. Sikap menuduh isteri curang hanya kerana isteri berbual dengan seorang lelaki adalah tidak adil.

Ketahuilah suami yang baik akan dikurniakan perempuan yang baik juga, oleh sebab itu peliharalah amanah Allah S.W.T. itu dengan sebaik-baiknya. Takutilah laknat Allah S.W.T. seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar,”(Surah an-Nur: 23).

Ambillah peluang bersama isteri untuk membawanya ke arah kebahagian di dunia dan akhirat. Didiklah isteri dengan iman dan amal agar dia takut kepada Allah dan taat kepada suami.

Menyentuh soal qazaf, suka dijelaskan di sini bahawa tuduhan lazimnya datang dari pihak lain yang meragui akan seseorang lalu mendakwanya. Seperti dalam kes di atas, suami menuduh isteri curang atau isteri menuduh suami berzina dengan jirannya, sebagai contoh.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu pihak mangsa juga boleh mengaku dan mendakwa seseorang itu telah meliwat atau merogolnya. Namun pihak yang mendakwa perlu memahami risiko tindakannya kerana dia boleh disabitkan sebagai qazaf jika tidak boleh mendatangkan empat orang saksi atau bersumpah sebanyak empat kali.

Tersebut dalam sebuah hadis bahawa seorang wanita datang menghadap Rasulullah dan mengaku dia telah berzina. Dalam kes ini dia tidak mendakwa mana-mana lelaki yang berzina denganya. Dan Rasulullah sendiri tidak pula bertanya kepada wanita itu, siapa lelaki yang terlibat.

Di sini Rasulullah hanya menghukum wanita itu setelah anak yang dikandungnya itu sudah putus menyusu ibu. Sedangkan lelaki yang terlibat tidak dicatat dalam sejarah sama ada sudah dihukum atau tidak. Kenapa wanita itu tidak mahu membawa kes lelaki itu. Ternyata dia tidak mahu terlibat dengan kesalahan qazaf.

Alangkah cantiknya dunia ini kalau umat Islam boleh kembali ke zaman Rasulullah, tiada kes jenayah yang dibesar-besarkan.

Rabu, 6 Mei 2009

Kemusykilan Yang Terlampau ..

Ada tak antara korang yg tak boleh post komen ?

Aku ada terima e-mel dari Awaluddin kata dia tak boleh post apa2 kat blog nih .. hmmm .. tu yg pening sket. Sebabnya yg lain so far aku tengok takder masalah (walaupun asik2 orang tu jer yg post komen). Tapi aku rasa mungkin dia nak post artikel & gambar. Tu aku rasa je larr ..

So I hope klu sesaper ada masalah nak akses or post komen buat ler macam Awaluddin, e-mel pada aku dulu. Even klu korang ada material yg nak dimasukkan pada blog ini, sila e-mel aku. Insyaallah aku akan bantu.

psstt .. xder sesaper balik Perak ker esok .. 7hb Mei ..

Selasa, 5 Mei 2009

Di Manakah Saudara Zulfadzil Ni Pulak ..



Ni sorang lagi .. gambar nih pada hari yg sama gak (2002). Rambut decent jer hehe .. sebelah tu wife dia.

Member ketat gak masa sekolah dulu. Zufadzil Ibrahim, abang kepada Zamani Slam. Bro nih last aku jumpa masa hari Jumali meninggal di UH (Al-Fatihah). Harap dia sekeluarga dlm keadaan sihat sejahtera ..

Di Manakah Saudara Bob Kita Nih ..


Ada sorang lagi member yg dah lama aku tak dapat jumpa ..

Bro Ruzaidi a.k.a Bob .. ini adalah gambar terakhir yg aku ada sbb time nih dia & Yet datang beraya kat rumah ada bikin open house sket masa tu (2002).

Bila larr nak dapat jumpa lagi ekk ..

Isnin, 4 Mei 2009

Amaran Global .. Influenza A a.k.a Selsema Babi ..

Wabak Selsema Babi H1NI

April 27, 2009 by SYK
Filed under: Luar Negeri

GEMPAR!!!

RED ALERT!!!

Dulu burung yang kena selsema sekarang babi pulak yang kena selsema. Wabak yang bermula di Mexixo sudang masuk ke negara jiran iaitu Amerika Syarikat.

Apa itu H1n1?

Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.

“H” bermaksud Hemagglutinin protein

“N” bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.

Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Dapatkan cerita/ berita terkini dari sana dengan membaca suratkhabar Mexico. Anda akan tahu betapa seriusnya wabak ini.

*Artikel ni aku kutip dari antara beribu-ribu artikel berkaitan. Rajin2 ler cari info since selsema ni dilaporkan belum ada vaksin yg bersesuaian lagi. Masih ramai lagi orang pertikaikan sebab apa Allah swt mengharamkan babi untuk dimakan. Harap mereka ambil iktibar dari epidemik ini ..