Khamis, 5 Ogos 2010

Dah Nak Puasa Balik ..

Macam baru sangat melalui Ramadhan ..

At this time last year .. aku mmg sibuk dgn persiapan utk mengerjakan Haji dan urusan berkaitan kerja dan anak2. Tahun ni pulak dgn anak nak UPSR right after Raya. Agak kesian pulak kat dia since Ramadhan pun dia kena tusyen dan sekolah ada buat "gerak gempur". Apa yg gerak apa yg gempur pun aku tak pasti. Yang pasti Ramadhan tetap akan tiba.

Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, terkasar bahasa, tersinggung perassan samada sedar atau tidak ..

Rasullulah s.a.w bersabda barang siapa yang pertama mohon maaf kepada seorang lain di bulan Sya’aban, Allah akan haramkan api neraka padanya - saya sangat mengharapkan yang ini berlaku kepada kita semua. Mohon maaf lahir dan batin. Selamat menyambut Ramadan yang akan tiba.