Isnin, 10 Januari 2011

Celik IT ..

Alhamdulillah ..
Sejak kebelakangan ini aku nampak ramai dah kawan2 kita dah mula celik IT .. Ada yg online guna PC .. adayg guna notebook(laptop) dan yg gunakan PDA/smartphone. Syabas! .. Zaman dah berubah .. so kita juga perlu meng"update"kan diri kita .. so sekarang bleh eksyen le dgn anak2 kita yg telah advanced .. hahaha
Kebanyakan dari kita telah mula aktif di dalam Facebook .. kini hampir setiap hari ada shj khabar berita dari kawan2 kita yg mana telah daftar di situ dan telah berjumpa kawan2 di talian. Telah mula keluar gambar2 nostalgia lama. Dah mula gelagat nakal kita semasa sekolah dulu .. tapi aku harap semua gurauan kita dapat diterima sekadar gurauan semata-mata .. tiada tujuan utk menyakiti sesiapa ..
Rosli, Khai, Zaini dan kini sahabat2 wanita kita yg selama ini kita tak tahu di mana berada telah begitu hampir dgn kita .. walaupun di dalam talian. Aku masih berharap Jefri, Ruzaidi, Zulfazil dan beberapa kenalan rapat yg lain sama2 dpt merasa suasana ini .. sesiapa yg tahu lokasi mereka ni .. sampai2kan lah ..
Keep it up guys & girls ..
* Ada pulak cerita2 yg mengatakan Mark Zuckerberg (pencipta Facebook) merancang utk menutup rangkaian ini .. samada bagus atau tidak aku tak tahu .. tapi yg aku tahu .. kini kawan2 lama kita telah kembali ..
Syabas sekali lagi ...