Selasa, 10 Ogos 2010

Ibadah Puasa ..

Dari blog yg sama ..

10 Ogos 2010

Niat puasa

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Semua ulama bersepakat bahwa Niat adalah dituntut pada semua jenis puasa. Tidak kira yang sunat atau yang fardu. Ia adalah dikira syarat sah puasa disisi kebanyakan ulama dan dikira rukun puasa oleh ulama syafie.

Tempatnya adalah hati dan hakikatnya adalah berazam untuk melakukan sesuatu. Disunatkan melafazkan niat disisi ulama mazhab Syafie supaya dapat membantu untuk membetulkan niat didalam hati dan menghilangkan was-was.

Kebanyakan ulama meletakkan 4 syarat untuk mengesahkan niat puasa seperti berikut:

Pertama: Berniat pada waktu malam

Sabda Nabi s.a.w:

من لم يبيت الصيام قبل طلوع الفجر فلا صيام له

Maksudnya: "Sesiapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum masuk waktu subuh maka tidak sah puasanya."(Hr Amad dan Ashabus Sunan)

Dalam mazhab Syafie boleh niat puasa sunat sebelum zuhur selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Sesiapa yang tidur tanpa niat dan bangun sudah subuh maka dia wajib menahan makan dan minum walaupun tidak sah puasanya. Dia perlu qada selepas ramadan.

2. Menentukan jenis puasa bagi puasa fardu

Hendaklah orang yang hendak berpuasa fardu menentukan jenis puasanya ketika berniat. Dia hendaklah berniat samada puasa ramadan, nazar atau qada. Jika dia niat puasa sahaja maka tidak sah. Ini pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie. Mazhab Hanafi tidak meletakkan syarat ini.

3. Niat yang pasti. Jika seseorang itu berniat di malam hari syak "Jika esok bulan ramadan maka aku berpuasa. Jika esok bukan ramadan maka aku puasa sunat." Maka tidak sah.

Begitu juga sekiranya jika dia berniat "Aku berpuasa ramadan esok hari insya Allah " dan ia menyebutnya kerana tidak pasti hendak berpuasa atau tidak, maka tidak sah puasanya. Adapun jika dia berniat begitu kerana nak ambil berkat dgn perkataan insyaAllah maka sah puasanya.

4. satu niat untuk satu hari puasa.

Setiap hari puasa dibulan ramadan hendaklah dgn satu niat dimalam sebelum puasa. Tidak boleh hanya satu niat untuk satu bulan ramadan. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.

Mazhab Maliki berpendapat bahawa cukup satu niat sahaja untuk sebulan ramadan.

# saya ada terbaca di akhbar tabloid di malaysia dlm ruang soal jawab agama yg mengatakan mazhab hanafi yg membenarkan satu niat untuk satu bulan. Ini saya tidak pernah lihat dalam kitab2 utama feqh perbandingan. Banyak lagi jawapan2 dari ustazah lulusan mesir ini yg mengelirukan. seolah2 beliau tidak merujuk pada kitab2 utama feqh. Jadi berhati2.


Cerita Sebelum Puasa ..

Dari seorang rakan blogger ..

10 Ogos 2010

Kelebihan lapar dan keburukan kenyang

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Kelebihan Lapar dan keburukan kenyang

1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.

Firman Allah s.w.t:"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Al-A'raf)

2. Hanya dua pertiga perut.
Nabi s.a.w bersabda:"Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih terok dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)

3. Lapar menyukarkan syaitan.

Nabi s.a.w bersabda:'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.

Nabi s.a.w bersabda:"Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.w

Abu Hurairah r.a berkata:"Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.w

Suatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:

"Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum-hukum makan

Makan ini ada beberapa hukum:
1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.

Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan Kenyang

Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata:"Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:

1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat-tempat kotor dan maksiat.

10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.

Khalifah ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.

Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.

Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:
"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engakau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

# maksud lapar yang terpuji disini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang.


SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK .. dari team smpt82.blogspot.com

Isnin, 9 Ogos 2010

Musim Bola Dah Start Balik ..

Charity Shield EPL/BPL dah selesai semalam ..

As expected, MU got the upper hand sbb Chelsea pyer pre-season games sumer hampeh2 belaka. Tapi dalam tempoh 10 bulan season, macam2 boleh jadi .. harapnya Chelsea akan terus kecundang .. hehe

So yg suka berjaga malam "bertahajud" depan TV tu boleh ler terus sahur sepanjang Ramadhan yer ..

Saper ada berani nak buat prediction mcm Octopus Paul .. hehe