Jumaat, 25 Jun 2010

Untuk DiFikirkan Bersama ..

aku terima e-mel nih baru pagi ni. Tak tau samada korang ada dpt yg serupa but aku rasa terpanggil nak kongsikan di sini ..

Perjuangan Sedunia untuk Palestin



siapa rachel corrie


Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.



Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.

*sebelum dilanggar ..




*selepas dilanggar ..

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



malangnya .. kita tidak pernah tahu ........






Khamis, 24 Jun 2010

Tujuan Sebenar Kita Berdoa ? ..

... dari blog seorang sahabat ...

Tujuan kita berdoa adalah mengikhlaskan apapun yang sudah menjadi kehendak atau ketetapan Allah. Apapun masalah yang kita hadapi hendaknya benar-benar menyandarkan diri kepada Allah sebagai penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Apapun yang menjadi kehendakNya dan ketetapanNya itulah yang terbaik untuk kita.

'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.' (QS. al-Anbiya : 88).

Dengan berdoa memohon kepada Allah akan membebaskan diri kita dari perasaan takut akan masalah maupun ketakutan itu sendiri. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah. Mereka tidak mendapat bencana apapun. Mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. ali- Imran : 173).

Lantas apa kuncinya sebuah doa dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Apakah kita termasuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sehingga doa kita layak untuk dikabulkan atau tidak? Bagaimana dengan perbuatan kita sehari-hari? apakah memudahkan doa kita dikabulkan ataukah malah menjadi penghalang doa kita untuk dikabulkan?

'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. (QS ath- Thalaq : 2-3).

Cerita Pasal World Cup 2010 Lagi ..

1st round hampir tamat ..

Tempo sudah mula naik with some teams sudah mula menyesuaikan diri dgn Afrika dan rakan sepasukan. About 70% game aku tgk "live" yg balancenya mostly highlights ataupun replay late games ..

Yang menariknya edisi kali ni byk principle team apart from Argentina & Brazil nampak mcm struggle nak lepas group matches nih. Pasukan yg ada nama2 besar like Spain, England, Germany dan France nampak seolah2 team yg tak bersedia utk Finals nih .. France dah konpem "out", mungkin sbb sumpahan Ireland dan "leprechaun" mereka, England .. as usual a pale shadow of the EPL/BPL flares dan yg lain2 ..

Aku harap2 knock-out stage nanti semua team yg layak akan bermain full steam ahead utk perlawanan akhir .. My dream semi finalists would be Portugal, Spain, Argentina & Brazil ..

Korang pulak ??

Selasa, 22 Jun 2010

Bye Bye Pudu Jail ..




Satu lagi sejarah telah berkubur ..

Kawasan ini pernah menjadi tempat permainan aku masa sekolah rendah dulu sebab member baik aku anak warden di sini. Aku memang membesar melihat perkembangan Pudu Jail nih. Masa para banduan dikerah untuk melukis mural di tembok2 Pudu Jail ini almost every day aku lihat perkembangannya. Dari tembok kosong .. kepada satu graffiti yg tinggi nilai artistiknya.

Now .. no more ... walaupun baru 300m je yg dirobohkan .. hanya untuk memberi laluan kepada ini ...