Rabu, 28 Januari 2009

Sakit Masuk Wad dan Sakit Tak Masuk Wad

Me and Ayun (bukan nama sebenar, nama sebenar Khairuddin hehe..!) melawat sahabat-sahabat kita Shahrul Azizi yang bedah lutut di Tawakal Hopital dan Suzana Omar yang kejang otot tengkuk.

Gambar atas Shahrul dan dan Khai di Tawakal Hospital. Gambar tengah Khai, Hj Baoh (bukan nama sebenar), Isteri Hj Baoh dan Sham baru pas makan. Gambo bawah Kamaruzaman dan Sham Ghani. Ni kat Nilai pas lawat rumah Suzana.

Citer pasal sakit2 nih, Shahrul Azizi terkoyak ligemen lutut dan terima pembedahan kecil (yg tak brapa kecil) pada sabtu lepas. Aduh sakitnya lutut aku bila Sharul citer pasal pmbedahan dia. Tapi seronok plak bila tuan badan relax je dan ceria cerita pasal ibadah haji yang sempurna dibuat baru-baru nih. Itu la pasal, bila buat ibadah tak rasa sakit pun (ni lah nama ikhlas) tapi tak sedar rupa2nya lutut dah koyak. So, kini Shahrul dan Hasni kita kena pangil Pak Ji n Mak Ji lah.... harap cepat sembuh...

Suzana plak lebih serios walaupun bukan dlm hospital. Dia kekejangan otot tengkuk dan menahan sakit dgn pain killer. Dari lapuran tak rasmi, otot dia cedera teruk dan doktor suggest bedah. Eeee takut nya. Boleh baik ke? menurut doktor, dia tak leh gerenti, 50-50. kalu silap2 boleh sampai lumpuh dan kos bedah mencecah puluhan ribu RM. Doktor pun samdul gak, nak bedah tapi tak leh jamin. So, kami advise la Suzana to seek for 2nd opinion, jgn main potong dulu. Sesiapa yg rapat ngan Suzana yang nak tampil bantu apa2 silalah hubungi Hj Baoh (0173547729).

Gambo Suzana aku tak snap, aku malu lah nak minta izin. Hehe wartawan tak bertauliah. Tapi betul aku pegi. Hj Baoh and Zaman tentu tak caya.

Selasa, 27 Januari 2009

Newsflash : Shahrul Azizi Masuk Wad ..

Dapat SMS dari Wana pagi ni ..

Shahrul (Haji) telah menjalani satu pembedahan pada Sabtu lepas dan kini sedang berada di Hospital Tawakal bilik 106, Tingkat 1. Probably recurrance sakit tulang belakang yg dialami sekian lama (mungkin di Mekah banyak angkat beg berat).

Anyway sesiapa yg ada kelapangan perg ler melawat atau tepon Wana.

Ahad, 25 Januari 2009

Cuti Panjang Lagi ...

Mewah betul Malaysia dgn cuti ..

Esok Tahun Baru Cina .. cuti lagi. Tapi kali ni aku tak pergi memana. Initial plan nak pergi PD. Bilik dah book kat Ilham Resort but have to cancel sbb ramai nak bikin aktiviti keluarga di KL jer since mom-in-law aku takleh jalan jauh2. So change of plan !!.

Family gathering utk awal tahun nih kick off dgn BBQ kat Sg Penchala jer esok. Menu seperti biasa .. ayam/ikan bakar/nasi & mee goreng etc. Habis ler bersepah rumah. Tadi aku spent the day kemas2 apa yg patut & preparation for the BBQ.

Now lepak habis .. sambil tengok live Australian Open kt channel 813.

So apa aktiviti korang ?