Jumaat, 7 November 2008

Haji Anyone ? ..

Musim Haji tiba lagi. Mungkin some of us tak terasa kehangatannya, tapi bagi sesiapa yg involved samadapergi menunaikan Haji, pengurusan jemaah mahupun saudara mara terdekat yg akan menunaikan Haji, bermacam2 persiapan telah dan sedang dilakukan.

As for me, since family aku pon ada travel agency yg menguruskan jemaah, sedikit sebanyak dapat merasai keseronokan bakal2 jemaah yg akan menunaikan Haji. FYI, kami telah mengambil-alih pengurusan Kawakib Travel Sdn. Bhd. since 2005 yg mana sebelum ini berpengkalan di Terengganu. Since then pengurusan agensi ini sedikit demi sedikit kami dah modernize kan hinggalah perpindahan pengurusan utama di Kompleks Angkasaraya (depan KLCC). Kami masih lagi beroperasi relatively in a small scale tak seperti Andalusia or Rayhar but still kami telah mendapat kepercayaan dari pihak Tabung Haji utk menjadi Pengelola Jemaah Haji Swasta Malaysia (under licensed by Tabung Haji).

Tahun ini, insyaallah, kami akan membawa 150+ bakal Haji dari seluruh negara seperti tahun2 yg lalu. Adik ipar aku akan mengetuai rombongan ke sana bagi mempastikan semua dalam keadaan teratur. FYI, jemaah tahun ini akan menghadapi banyak cabaran dan dugaan terutamanya di Mekah coz of the ongoing construction & upgrading of facilities di sana (projected akan siap sepenuhnya by 2019) dan khabarnya jemaah dari seluruh dunia tahun ni ada peningkatan sedikit. Tapi aku percaya, Allah swt amat menyayangi hambanya. Tiada kesusahan tanpa balasan kebaikan yg amat tinggi.

Semasa kali pertama mengerjakan umrah sekeluarga dahulu, aku merasa amat tenang & penuh kesyukuran kerana sepanjang aku berada di sana, semuanya berkeadaan baik utk kami sekeluarga. Tapi aku tahu, keadaan semasa musim Haji amat berbeza sama sekali. Aku amat berharap & berdoa agar aku akan menerima jemputan dari Allah utk mengerjakan Haji dlm masa yg terdekat ini bersama isteri sementara badan tengah kuat lagi seperti rakan2 kita yg akan mengerjakan Haji pada tahun ini. Antara yg aku dapat tahu adalah Faridah Hanum, suami & ibu mertua, Zakaria Makhdom (Bauh) & isteri serta Shahrul Azizy & isteri (Hasni).

Sama-samalah kita berdoa agar mereka akan dapat mengerjakan Haji tanpa sebarang masalah serta pulang dengan Haji yang mabrur.

Rabu, 5 November 2008

Interesting Article - Post Budget 2009 Review ..

Artikel ini dari salah seorang bloggers yg aku subscribe - Roslan SMS Corner .. sesuatu utk difikirkan .. this is a complete copy+paste, tiada apa2 perubahan dari artikel asal.

For a complete line of other article dari blogger nih go to http://n32.blogspot.com/

Belanja duit KWSP untuk rangsang ekonomi tak praktikal

Semalam kerajaan telah memperkenalkan rangsangan ekonomi bernilai RM7billion untuk menghadapi kesan tekanan terhadap ekonomi dunia. Salah satu langkah yang mahu diperkenalkan adalah membenarkan kaum pekerja mengurangkan caruman KWSP mereka secara sukarela iaitu sebanyak 3 peratus ke 8 peratus berbanding 11 peratus sekarang. Pengurangan ini akan berkuatkuasa selama 2 tahun bermula tahun 2009.

Tujuan pengurangan ini adalah bagi memberikan tambahan tunai kepada para pekerja untuk dibelanjakan. Menurut kajian pihak kerajaan sekiranya kesemua pekerja yang merupakan pencarum KWSP menerima opsyen ini bermakna sebanyak RM4.8 billion akan dibelanjakan sekaligus merangsang ekonomi negara.

Semasa dalam perjalanan ke KL pagi tadi saya sempat mengikuti radio Bernama24. Yang ditemumbual pagi tadi adalah Timbalan Setiausasah Agung MTUC Sdr Abd Halim. Jelas MTUC tidak bersetuju dengan pelan ini kerana hakikatnya KWSP adalah satu skim simpanan wajib untuk kegunaan masa tua pekerja. Jika simpanan ini dikurangkan bermakna kita turut mengurangkan dana para pekerja untuk digunakan semasa zaman persaraan mereka, sudah pastilah degan itu ia merupakan suatu keputusan yang tidak bijak.

Kata Sdr. Halim sudah bertahun lamanya MTUC menuntut agar kerajaan mewajibkan COLA ataupun elaun sara hidup sebanyak RM300 untuk dibayar oleh majikan ke atas kaum pekerja di Malaysia. COLA inilah sepatutnya digunakan untuk kalau perlu merangsang ekonomi negara. Dan saya bersetuju sangat kerana ini tidak akan menjejaskan simpanan KWSP yang sewajarnya disimpin untuk masa depan.

Dalam ucapan penggulungannya di Parlimen semalam TPM Najib Tun Razak sekadar membuat perbandingan dengan mereka yang berpendapatan tinggi iaitu antara RM2,000 ke RM6,000 sebulan. Sudah tentulah mereka akan memperolehi antara RM60 ke RM180 sebulan jika menerima opsyen ini, tetapi bagaimana dengan mereka yang gaji pokoknya sekadar RM800 sebulan? RM1,000 sebulan? Kalau sekadar RM24 – RM30 sahaja, kemanakah mahu mereka belanjakan jumlah sekecil itu?

Oleh itu COLA tampak lebih praktikal dan sesuai dalam menghadapi kemelut seumpama ini

Sudah sampai masanya kerajaan mendengar dan menerima saranan pihak MTUC selaku wakil terbesar pekerja sektor swasta dari membuat sesuatu keputusan yang sebegini lemah dan tidak membantu mana-mana pihak sebenarnya termasuklah pekerja dan kerajaan sendiri.

US Presidential 2008 ..

Kalau ada sesaper yg minat politik, boleh usha keputusan terkini di sini

Persaingan kali ini agak menarik kerana senarionya lebih kurang macam situasi politik tempatan, cara lama vs pembaharuan. Impak keputusannya juga akan mempengaruhi pasaran dunia serta geo-politik antarabangsa.

Ini bukan political provocation, tapi aku rasa .. kumpulan umur kita ni memang perlu ambil tahu. Walaupun kita tak boleh mempengaruhi keputusan yg bakal diketahui, akan tetapi situasi global utk tempoh 5-10 tahun akan datang, bermula dgn keputusan hari ini.

So .. Obama atau McCain ?

Selasa, 4 November 2008

Kenangan Bersama Scruffy ..

Nak menyimpang jauh sket .. bukan apa .. cuma nak berkongsi sikit ..

Scruffy ? apakebendenyer plak nih ?? Sebenarnya dia adalah anak kucing kesayangan anak perempuan aku. For the past 6 months, derang enjoyed each others company. Furthermore antara 4 ekor adik beradik dia, Scruffylah yg paling cantik & comel. Telatah anak2 kucing nih kenkadang boleh menghiburkan kita jugak .. yg penting the kids was happy playing with them.

Tapi semalam, berita sedih dari vatenari .. Scruffy tak dapat diselamatkan due to internal bleeding. Why ? tak dapat dipastikan. Sehari sebelum itu, she was not her usual self .. lebih banyak berdiam dan cuma duduk di dalam kandang .. tak seperti sebelum ini, bermain dan berkejaran bersama adik beradiknya yg lain. Since dah mmg due utk vaksinasinya, kami bawa Scruffy dan adik beradiknya utk vaksinasi di klinik haiwan terdekat. Dr. Hani (rasanya nama doktor tu) bertanya .. "dia kena langgar ke?" .. We was shocked! Kami sememangnya tak tahu apa yg terjadi sbb petang sebelumnya bila dimasukkan ke kandang, Scruffy tidak menunjukkan tanda2 kena langgar .. The vet minta supaya Scruffy ditinggalkan di klinik for observation apart from ubat-ubatan yg diberi .....

Yesterday afternoon, the doc called, Scruffy telah mati akibat kecederaan dalamannya. Anak2 aku semua dlm kesedihan .. even aku & wife aku pon sedih gak sbb she's too young to die. But life have to go on ...

Kami ambil bangkai Scruffy yg telah dibersihkan dari klinik dan anak2 aku tanam di belakang rumah .. witnessed by adik beradik Scruffy yg lain ..

Goodbye Scruffy .. the kids missed you very much .. thank you for the wonderful memories ..