Isnin, 5 Julai 2010

Siapakah Kita ?

Aku selitkan komen dari blogger asal artikel ini. FYI ini adalah laporan dari Utusan Malaysia .. sempena lawatan Mak Menteri ... jamgan pandang dari sudut politik. Pandanglah dari sudut kemanusiaan ...

REBAN AYAM JADI TEMPAT TINGGAL - Utusan Malaysia

Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa di sini menjadikan bahagian bawah sebuah rumah yang tingginya hanya kira-kira satu meter sebagai tempat tinggal mereka.

Bahagian kolong rumah itu yang keluasannya hanya kira-kira tiga meter persegi dan didiami oleh Fatimah Jalim, 36, bersama suaminya Yusuf Wahab, 35, sejak tiga tahun lalu, asalnya merupakan sebuah reban ayam.

Dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, di situ jugalah pasangan tersebut membesarkan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah, 6, Mohd. Haikal, 5, dan Mohd. Aiman, 3.

Fatimah berkata, kesempitan hidup yang dihadapi termasuk suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lebih baik.
"Setiap hari kena merangkak, sudah tiga tahun macam ini. Terpaksalah terima walaupun sedih.

"Kalau diberi peluang siapa yang tidak mahu rumah lebih baik berbanding hanya tidur beralaskan tikar getah di bawah kolong yang dulunya merupakan sebuah reban," demikian ujar Fatimah dengan wajah sayu.

Fatimah ditemui sewaktu menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil di rumahnya di sini semalam.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md. Noor Chik dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

NOTA:
mari kita fahami berita ini :
ianya membuktikan masih ada di kalangan kita
yang tercicir dalam kehidupan. hidup dalam penuh
kemiskinan. ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan
melanda keluaraga ini.
siapa hendak kita salahkan? diri kita sendiri. kita benarkan ini
berlaku dihadapan mata kita sendiri.

masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawab kita
semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawab.

para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan
kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah.
kemiskinan bukan dilawan dengan memberika beras dan ikan masin.
kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan
yang kurang adil adah penyebab utama.

beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan
sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang
melakukannya telah membuat amal yang baik.

tapi untuk berapa lama?

disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan
dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara
menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicicir jatuh
miskin.

kita bersedih bila membaca berita ini.
kita bersimpati apabila menghayati berita ini.
tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata.
kunci nya pada diri kita sendiri.

dalam dunia ini yang jahat bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa.