Sabtu, 31 Mei 2008

Old Photos

Photo masa aktiviti di sekolah 1982:


Yang ni lak, 1st Reunion in 1986 Cameron Highlands. Sorry la..masa tu 5S1 and 5S2 organise jemput kengkawan 5A1 and lain2.

Apalagi... kalu ada photo yang clear and interesting tu email pada kami...OK.




Rabu, 28 Mei 2008

Dimana Cikgu kita..

Kami sedang cuba untuk traking cikgu-cikgu kita terutama Puan Zawyiah (Penyelia Petang), Cikgu Misran (Guru Disiplin hingga 1981), Ustaz Rahman (Guru Disiplin 1982), Pn Hamidah (Pengetua 1982), Mr PH Lee (Guru Fizik 1981/82), Mr Mario Selvaraj (Guru Kimia 1982), Pn Che Wa (Guru BM), En Rahman Ithnain (Penyelia Sukan).

Kepada sesiapa yang tahu dimana mereka, haraplah hubungi kami untuk kami membuat jemputan untuk hari reunion kita. Harapan kami dapat 4 orang pun jadi lah!

Suma cikgu di atas memang Ok ngan aku. Orang kata Puan Zawiah, Cikgu Misran tu garang, tapi ngan aku ok je. Hehehe.. Apa lagi En Mario, setiap kali dia tanya soalan kimia kat aku, sure aku tak tahu jawap. Dah tu aku jawap merapu, bila aku tanya dia apa dalam bikar tu pulak, dia jawap “sup kambing” hehehe…!

Uztaz Rahman orangnya nampak serios, tapi boleh tahan jugak pelawak.., Pn Hamidah lak kena cultural shock, dah tu kena perangai kita, dok gaduh dalam sekolah..miong dia!!.. Mr Lee dia cool je, sebab tu Fizik aku tak pernah fail.., Pn Che Wa lak selalu berleter.. walaupun dia nampak pendiam. Cikgu Rahman ni ‘care taker’ kelab sukan kita. Dia very supportive, itu lah sebab kita champion bola, takraw, hoki dan renang.. yang senior2 kita tak mampu capai. Itulah specialnye batch kita..jgn mareh bro and sis…