Sabtu, 17 Mei 2008

TT Session Di Taman Tasik Titiwangsa 19 Mei 2008

Hari ni ada satu perjumpaan Ahli Jawatankuasa Reunion 2008. Most committee akan datang. Aku jer yang can't make it. Ni pon blog dari hotel lobby sebab aku takder kat KL. Anyway maybe hari ini ada ramai yang datang samada nak buat payment untuk Reunion ni mahupun jumpa member lama. Sesiapa yang ada masa pergi ler sana .. kat foodcourt sebelah sport centre tu ..

OK .. nak pergi lunch ..

Jumaat, 16 Mei 2008

Reunion Classes of 1982 - Form 5

Antara tujuan blog ini disediakan adalah untuk memberitahu akan cadangan untuk mengadakan reunion rakan-rakan lama dari SMPT terutama kelas Tingkatan 5 tahun 1982.

Satu jawatankuasa kerja telahpun ditubuh khas bagi tujuan ini. Antaranya adalah rakan-rakan yang telah berusaha semasa reunion terakhir pada tahun 1999. Masih ingat lagi Zamri, Khairuddin, Rosli, Syahrul Azizi dan juga rakan-rakan dari kelas 5A1/5A2/5S1/5S2/5G & 5P (ini aku ingat sebab all girl punya kelas) hehehe ...

Anyway, kami kini dalam peringkat pengumpulan dana serta rakan-rakan lama yang lain. Jenuh gak tu .. sebab terlalu lama kita tidak berhubungan. So kalau sesiapa antara rakan-rakan yang masih mengenali kami ini bolehlah menghubungi kami melalui blog ini. Just put it up in the comments. Yuran penyertaan ? Tak banyak cuma RM100 sefamili (kalau derma lebih lagi baik). Kami kini sedang menyediakan aturcara-aturcara pada hari tersebut. Insyaallah kami akan cuba melakukan yang terbaik sempena reunion ini tapi memang ler agak payah juga .. maklum ler kerja amal jariah. Hope that dengan penyertaan ramai rakan-rakan nanti, it'll be a worthwhile cause. Lokasi dan waktu akan saya sampaikan di blog akan datang.

Siapa saya ni ekk ?? ... Tungguuu ....

Selasa, 13 Mei 2008

Welcome Old Boys & Girls SMPT Class of 1982

Selamat Datang ke laman blog yang tidak seberapa ini. Laman ini diadakan atas permintaan Jawatankuasa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Padang Tembak (1982) iaitu saudara Zamri Mohd Zain. Ianya bertujuan untuk menghimpunkan seberapa ramai yang mungkin bekas-bekas pelajar sekolah ini dari seluruh negara (dunia barangkali) samada berbicara secara maya (online), perancangan perjumpaan, diskusi dan apa sahaja yang berkaitan.

Adalah diharapkan kita semua dapat mengambil kesempatan ini untuk merapatkan semula hubungan yang telah terputus hampir 30 tahun. Kami juga berharap agar dapat dipanjangkan laman ini kepada sesiapa yang mengenali kami semasa di sekolah dahulu. Mana tahu, peluang ini dapat diraih bersama-sama bukan sahaja dari segi sosial, malah persaudaraan mahupun perniagaan.

Sudi-sudikanlah untuk menulis apa-apa sahaja di sini, asalkan tata susila dapat kita jaga bersama.

Sekian.

Admin
SMPT Class of 1982