Selasa, 13 Mei 2008

Welcome Old Boys & Girls SMPT Class of 1982

Selamat Datang ke laman blog yang tidak seberapa ini. Laman ini diadakan atas permintaan Jawatankuasa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Padang Tembak (1982) iaitu saudara Zamri Mohd Zain. Ianya bertujuan untuk menghimpunkan seberapa ramai yang mungkin bekas-bekas pelajar sekolah ini dari seluruh negara (dunia barangkali) samada berbicara secara maya (online), perancangan perjumpaan, diskusi dan apa sahaja yang berkaitan.

Adalah diharapkan kita semua dapat mengambil kesempatan ini untuk merapatkan semula hubungan yang telah terputus hampir 30 tahun. Kami juga berharap agar dapat dipanjangkan laman ini kepada sesiapa yang mengenali kami semasa di sekolah dahulu. Mana tahu, peluang ini dapat diraih bersama-sama bukan sahaja dari segi sosial, malah persaudaraan mahupun perniagaan.

Sudi-sudikanlah untuk menulis apa-apa sahaja di sini, asalkan tata susila dapat kita jaga bersama.

Sekian.

Admin
SMPT Class of 1982

Tiada ulasan: