Khamis, 28 April 2011

Lawak Sengal ..

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA: "Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah."
KATAK: "...patutlah,rokok dah habis lah!"
KURA: "Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu."
KATAK: "Ala... kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli."
KURA: "Bagus jugak idea kau tu."
ULAT: "Aku malas lah nak pergi beli."
KURA: "Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah..."
ULAT: "Ok lah,aku pergi beli sekarang."

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA: "Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?"
KATAK: "Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni."
KURA: "Rokok yang aku suruh beli tu mana?"
ULAT: "Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!"
KATAK: "Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?"
ULAT: "Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!"


Rabu, 27 April 2011

Pagi Yang Gelap ..


Pagi tadi team aku decided utk keluar awal sbb nk siapkan report ..

Jam 7.30am tapi mendung semacam lak .. tp bukan pasal nak hujan .. hmmm. .. pelik2 cuaca kat sini .. Sampai ofis seem too early so kami konar balik kuar ke pekan pekena roti canai plus rendang daging .. terbaekk ..

So Friday nih exit meeting harap dapat settle cepat .. I missed my family ....

Night In Kuala Lipis ..


1st day sampai Lipis ..

Kami sampai malam terus gi makan dulu kebetulan dekat hotel ada port makanan panas. Hotel just a walking distance jer .. confirmed booking so xde hal late check in .. Masa jalan ke hotel lepas makan, aku nampak bulan tengah mengambang cantik .. so aku pon kuarkan phone dan snap pic nih against backdrop hotel .. tetiba anjing menyalak semacam .. naik bulu roma jap .. Hotel ni plak hotel lama berdepan dgn belukar di kaki Bukit Clifford .. huhu .. new place yg x pernah aku jejak .. terngiang lagu Hotel California lak dlm kepala aku ..

Takmo citer panjang .. but 3 days later kami tukar hotel lain kat Bandar Baru Kuala Lipis .. huhu

Kerana Tugas ..


Sejak start kerja kat tempat baru ni .. aku mmg jarang dah dok kat ofis ..

Aku ada kat ofis dlm 2 minggu je paling lama .. sbb for the past 2 month aku kena tour Pahang. Sebelum nih Jerantut .. now dah masuk minggu ke 2, aku di Kuala Lipis. Penat mmg penat .. mana tak nyer .. balik hotel just for tidur jer .. and the hotel .... small town hotel .. go figure. Tapi bab makan .. mmg aku tabik spring .. sedap dan murah !!

Kat Jerantut tu hari got a chance belasah ikan patin courtesy of the local office .. yg best nyer straight from the source .. Kuala Tahan. Aku tak tau berapa harga semua yg kami makan .. but 1st time aku enjoy makan ikan sungai.

Lipis .. selain dari Siti .. top dgn ikan kelahnya .. maybe weekend nih .. lalala