Khamis, 15 April 2010

Renung Lagi ...

GOPOH GAPAH ADALAH SALAH SATU SIFAT YANG DICELA


30 Rabiulakhir 1431H.
Ust. Ibrahim Zakaria

Salah satu di antara sifat atau tabiat kalau jadi manusia ialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan di dalam Al Quran yang bermaksud:
Ertinya : Dijadikan manusia itu sangat gopoh.

Ini juga diantara ujian kepada manusia. Apakah boleh berjaya atau tidak, manusia itu mendidik dan mendispinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Biasanya manusia yang gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang. Sentiasa gelisah dan resah, lebih-lebih lagi jika ditimpa ujian. Ujian golongan bawahan seperti miskin, orang tidak peduli, orang benci dll. Ujian golongan biasa seperti ada saingan di dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi di dalam perniagaan, tidak dilantik lagi menjadi menteri.

Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok. Ia akan bertunas, berdaun dan berbatang akhirnya membesar subur dan berbuah di waktu itu. Sifat gopohnya benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya menjadi budaya hidupnya.

Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat sulit sekali untuk membuangnya dan dengan sifat gopoh yang telah begitu subur di dalam diri itu dia sedar bahawa tabiat gopohnya itu sangat menyusahkan dan menyiksakannya. Namun untuk membuangnya amat sulit sekali. Kecuali berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang berhempas-pulas pula memerangi sifat gopoh itu serta memohon kepada Allah SWT selalu agar membantunya membuang sifat gopoh itu mungkinlah boleh. Justeru itulah manusia itu, kecil lagi memerlukan didikan yang berdasarkan Islam terutamanya ibu bapanya. Kemudian bagaimana hendak membentuknya agar jangan subur. Kerana membuangnya 100% dalam diri manusia adalah mustahil.

Memanglah setiap yang negatif itu adalah mudah dikawal waktu benihnya lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong akhirnya dia akan bantut tapi kalau dia dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka diwaktu itu kalau dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka waktu itu sudah amat susah dan sulit sekali untuk memusnahkannya.

MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH

Sifat gopoh jika ia telah dibiarkan tidak dididik dan tidak diasuh daripada seorang yang kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan sampai tua, sifat gopoh itu sangat merosakkan pada diri yang mempunyainya dan juga orang lain.

DI ANTARA KEJAHATAN DAN KEBURUKKANNYA YANG TIMBUL DARI SIFAT GOPOH:

• Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah .

Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudaian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam,"

• Dalam pergaulan dan perbincangan sifat gopoh itu mudah sahaja memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.

• Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

• Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita . Sedangkan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Teraniayalah orang itu. Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnya memusuhi kita atau terheret kita ke mahkamah.

• Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selapas itu akan berlaku dendam-mendendam . mungkin nanti masing-masing membawa klik atau kawan-kawan masing-masing. Maka kerosakannya lebih besar lagi.

• Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan orang .

• Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT.

Firmannya:

JANGAN KAMU BERPUTUS ASA DARIAPADA RAHMAT ALLAH"
"TIADA YANG BERPUTUS ASA ITU MELAINKAN KAUM YANG KAFIR"

• Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugi dan menyusahkan hati.

• Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat iaitu kerja akan terbengkalai dalam kehidupan.

• Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada kalanya dia kalau marah mendadak sahaja. Tanpa munasabah sekalipun pada kawan, isteri, anak-anaknya lebih-lebih lagi kalau bukan kawannya.

• Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itu mudah melulu bertindak. Mudah menjadikan musuh kawan dan juga menjadikan kawan itu musuh. Segala tindakan dan usaha-usahanya sembrono. Tidak berdisplin, bersusun dan teratur.

• Sifat gopoh mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah diucuk dan dihasut. Mudah dilatah-latahkan hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan seperjuangan.

• Sifat gopoh itu selalu sahaja membuat seseorang menyesal tidak sudah, sesal berpanjangan.

• Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh. Budi pekerti yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.

• Sifat gopoh itu pada seseorang mudah atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik.

Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang lagi dan dikawal, menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak sabar terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.

PUNCA-PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH

• Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan tuhan. Semulajadi ia lahir bersama-sama dengan tubuh kasar manusia. Kemudian dibiarkan dia tanpa dididik hingga menjadi subur

• Didorong lagi dengan sifat ego atau sombong samada disedari oleh orang itu atau tidak. Kerana sifat ego juga benihnya juga telah Allah ciptakan sejak lahir lagi. Apatah lagi didorong oleh faktor-faktor yang mendatang seperti ada pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain

• Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu hati atau jiwa. Samada Mahmudahnya mahupun Mazmummahnya. Ertinya hati atau jiwanya terbiar tanpa dapat pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam maka terdorong dari dalaman.

• Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah bermujahadah atau tidak sungguh-sungguh bermujahadah dikernakan lemahnya iman atau lemahnya iman atau lemahnya aqidah dan tidak tahan godaan diluar diri yang sentiasa mencabar.

• Mungkin juga didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh jiwa yang lemah kerana lemahnya aqidah dan sekalipun disertakan ilmunya, pakar aqidah atau pakar tauhid tapi tidak dihayati.

GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU.

Sifat gopoh boleh menjadikan manusia segala tindak tanduk dan sikapnya tidak berdisplin hidupnya terutama bila berhadapan dengan dua keadan ini.

• APABILA WAKTU SENANG DAN MEWAH

Diwaktu mereka ada duit, hilang pertimbangan. Waktu berbelanja terlalu gopoh berbelanja. Ia beli apa saja, bermacam-macam. Berfaedah atau tidak berfaedah, perlu atau tidak terutama jangan sahaja nampak barang atau benda yang dia suka atau barang yang orang lain ada, dia kan beli. Nampak sungguh macam orang kemaruk atau tidak siuman. Hilang rasionalnya sekalipun seorang yang berpelajaran, mendapat pelajaran tinggi, berjawatan tinggi, kedudukan penting dalam masyarakat. Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyak hingga tidak terurus timbullah pembaziran. Maka kesenangan tidak dapat dikongsi oleh orang lain.

• APABILA MENDAPAT KESUSAHAN

Apabila mendapat kesusahan seperti kemiskinan, sakit, bencana alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu nampak sangat melulunya dalam hendak menyelesaikan masaalah, keluh kesahnya begitu ketara, mukanya tidak ceria, maka mengadulah ia ke sana, ke mari. Dia tidak fikir orang suka atau tidak. Sesuaikah orangnya untuk mengadu atau tidak. Orang itu simpati atau benci. Dia akan ceritakan masalah. Walaupun sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan masalahnya.

Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuat yang tidak patut hingga menimbulkan masalah lebih kusut lagi seperti berhutang di sana di sini hingga hutang keliling pinggang begitu juga kalau sakit, apabila bertemu sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, sekali dua sahaja digunakan atau dimakan, kemudian beli ubat yang lain pula. Begitu sekali gopohnya membeli ubat. Itu boleh tahan, setengahnya jumpa bomoh sami, berubat menyalahi syariat. Bersandar dengan tuhan langsung tidak ada dalam jiwanya.

Dia rasa semua masaalah boleh diselesaikan dengan usahanya. Hingga terlalu bersandar dengan usaha, hilang displin diri. Bila hilang displin diri nampaklah melulunya, tindak tanduknya hingga hilang pertimbangan aqal fikirannya.

BAGAIMANA MENGUBATI PENYAKIT GOPOH

Sebelum ini kita telah katakan bahawa penyakit gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang disebabkan sifat ego. Tidak faham perjalanan hati atau jiwa. Membiarkan sifat gopoh semulajadi hingga subur hingga jiwa menjadi kosong daripada menghayati akidah, sekadar ada ilmu aqidah. Boleh jadi ilmu aqidah pun tiada, lebih-lebih lagilah teruknya. Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah. Maka tuhan sudah tiada dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempat sandaran, tidak lagi menjadi tempat rujuk.

Tidak lagi dijadikan penyelesai segala masaalah maka timbullah jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang, datanglah sifat gopoh. Oleh itu, untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwa dan hati.

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA

Di dalam ajaran Islam semua masaalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masaalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masaalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat
dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim
itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan
Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata
-kata kami dengar dan kami patuh."

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;

"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit."

Maksudnya, orang menolak atau melupai tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714

Rabu, 14 April 2010

Renung & Tenung ...

Aku insaf selepas membaca kisah benar ini...
Posted By PakarHowTo On April 13, 2010 (3:59 pm) In
Kisah Benar

Dari tengahari tadi, saya dok menggodek-godek file di dalam komputer saya ini, mencari kalau-kalau ada artikel bagus yang boleh dikongsikan di blog PakarHowTo ini.

Tiba-tiba, mata saya tertarik dengan satu file yang bertajuk �Kisah Di Sebalik Ungkapan �Tak ada apa-apa�.

Eh, kisah apa pulak dah ni?�, hati saya berbicara sendiri.

Saya lantas membuka file tersebut dan membacanya. Aduh, hati saya begitu terkesan dengan kisah tersebut.

�Haaa, kisah ni memang perlu dikongsikan di blog PakarHowTo ni. Bagus untuk peringatan bersama.�

Maka, saya tanpa ragu-ragu lagi, ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah yang sangat menarik tersebut. Semoga ianya memberikan peringatan kepada kita semua.

Kasih ibu membawa ke syurga...

Baca dan ambillah iktibar dari kisah ini.

Kisah Di Sebalik Ungkapan �Tak ada apa-apa�
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. �Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,�katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, �Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?� Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.� Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,�Tak ada apa-apa�. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, �Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu Sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau.� Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?�Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. �Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakandan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.� Saya terkedu. Mama menyambung, �Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?� Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.�

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, �Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri akan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!� Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.� Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. �n Sabri, bulan depan telefon saya.� Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.��n Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.� Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.

�Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ��rang tua bodoh. Tak ada otak�� Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, �Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!�

Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan �tak ada apa-apa� dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan �apa-apa� yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.�� dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.� An-Nisa�:36

P/s- Saya tidak tahu sumber asal artikel ini. Sesiapa yang tahu, sila maklumkan kepada saya supaya saya dapat �kredit� kan sumbernya di sini. TQ

Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???

Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak perlakuan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??

Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa �REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita�.

Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan.

Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.

Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.

Selasa, 13 April 2010

Dah Balik Ke Belum ? ..

Kawan kita Zamri Zain katanya pergi buat umrah ..
Lama tunggu cerita baru dari sinun .. gambar2 ke .. rindu nak tengok suasana perubahan terkini dari Mekah & Madinah. Cerita pengalaman baru .. musti 1st time tengok Kaabah .. berair mata ..
Cerita ler sikit wehh ..
p/s : ini posting yg ke 200 di blog nih .. banyak korang kata ? ini terlalu sikit .. sebab takder berita yg nak disampaikan .. hahaha <- tawa dlm tangisan ..