1. Tiba-tiba kita terima berita sedih tentang kepergian arwah Jumali. Arwah tewas kepada serangan darah tinggi yang menyebabkan kecederaan serius di urat kepala. Kepada yang kurang mengenali, arwah dari kelas 5P. Aktif dalam sukan dan merupakan salah seorang ahli pasukan bolasepak sekolah yang menjuarai Zon Keramat pada tahun 1982. Arwah juga aktif dalam sukan lumba basikal. Meninggalkan seorang balu dan 6 anak. Diceritakan oleh balu arwah, pada malam terakhir, arwah makan banyak “tempoyak” bersulam ‘buah pala’ dan ‘air 100plus’. Malam tu arwah tiba-tida pengsan. Semasa koma, adik arwah ketika mengucapkan syahadah, tangan arwah terangkat seperti mengangkat sumpah walaupun sebenarnya masih koma. Itulah respon terakhir arwah. Al-Fatihah buat arwah. Amin.
2. Pemakanan .. Masyarakat kita tidak mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ramai yang berpendapat kita harus mengawal pemakanan terutama pada usia 40an, berhenti makan bila sudah kenyang, kurangkan kolestrol, gula dan ais. Lakukan senaman mudah. Kesihatan adalah juga anugerah kepada kita, kadang kala kita terlupa sehingga kita kehilangan anugerah ini. Makanan dan menu yang sedap-sedap, dengan resipi tradisi yang enak ditambah lagi dengan kekayaan kita berbanding masyarakat benua Afrika, membuatkan selera makan kita kadangkala tidak dapat dikawal. Saya selalu berpendapat diet harian kita mesti diubah termasuk waktu makan untuk membolehkan kita menjadi masyarakat maju. Kita tidak mampu memenangi pingat emas Olimpik, kita tidak mampu menjadi saintis yang mampu meneroka penciptaan teknologi dengan diet harian kita sekarang.
3. Melancung ke luar negeri .. Kepada yang mampu dan minat melancung, alangkah bahagia dan seronoknya melancung lebih-lebih lagi besama keluarga. Tapi tidak semua dari kita yang mampu. Melancung atau merantau ke negeri orang adalah sangat baik untuk kita. Pepatah melayu kata “jauh perjalanan luas pemandangan”. Minda seseorang yang pernah keluar negeri dan mangambil iktibar dari apa yang mereka lihat akan lebih terbuka kerana kita dapat melihat cara hidup, taraf hidup, kebudayaan, makanan dan macam-macam lagi. Ianya pasti tidak sama dengan apa yang ada di sekitar kita. Kita hanya dapat merasai dengan pergi dan melihat sendiri. Kalau kita anggapkan melancung adalah penting, maka kemampuan adalah perkara yang kedua. Dengan Air Asia contohnya, melancung ke negara serantau sekarang lebih murah. Apalagi kalau kita betul-betul merancang dari awal. Aktiviti pelancungan juga adalah sumber pendapatan yang baik untuk ekonomi.
4. Selamat berpuasa .. Bulan Ramadhan al-Mubarak akan muncul dan kita akan berpuasa selama sebulan. Bulan ini merupakan masa terbaik untuk berhenti merokok. Kalau kita boleh menahan rokok waktu siang, cubalah lanjutkan ke waktu malam terus atau berhenti saja merokok. Setiap tahun, harga rokok naik dan kalau kita tidak merokok, setiap tahun kita akan lebih jimat. Perokok memang mudah mendapat kawan baru dan kelihatan macho, tapi bukan dengan merokok kita macho dan mudah bergaul, yang penting kita tahu banyak ambil tahu general knowledge. Tidak merokok bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga untuk ekonomi.
Nukilan Zamri a.k.a Kumaiman