Khamis, 9 September 2010

Jalan Ke .. Sungai ? ..




Hujan lebat giler semalam ..

Lepas selesai urusan luar opis .. aku terus menghala balik walaupun dlm keadaan hujan lebat .. sbb memikirkan kalau aku tunggu hujan reda mau aku buka puasa kat luar .. which was not in my agenda ..

Dari Hiway Mahameru aku terus masuk menghala ke Jln Duta. Zass .. tetiba kereta semua berenti/slow down. Pekejadah ? Aku nampak dari atas bukit air lumpur turun macam air terjun melimpah ke tengah jalanraya. Kesekejapan jer jalan 4 lorong tenggelam tinggal lorong belah kanan sekali jer yg boleh lalu walaupun air dah naik setengah tayar. Those yg tak sempat mengelak atau beralih ke lorong kanan terperangkap. Alahai .. mana mau lari ! Aku nekad teruskan perjalanan. Semua kereta jalan in a single file berbaris dan bergerak dgn perlahan .. Sampai bawah flyover lepas exit naik ke Damansara rupanya air lagi dalam. Eremerkkss .. abih kereta aku, dah ler lowered mau jadi submarine nih .. teruskan jugak lah .. Niat aku nak sampai rumah berbuka dgn anak bini aku .. moga Allah permudahkan ..

Aku redah jugak .. After 100m water subsided sbb dah naik bukit .. Alhamdulillah lepas .. Sampai rumah aku tgk grill bumper aku penuh dgn sampah & ranting kayu .. Spotlight aku masuk air & sebelah terus padam. Kereta yg aku baru basuh 2 hari lepas dah macam baru keluar estate ... tapi yg penting alhamdulillah selamat sampai rumah ..

Tu ler adventure aku semalam dlm hujan ...

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya ..

Ada antara kita yg kata ni hari last day puasa ..

Ada jugak yg terus takmo puasa walaupun malam ni diisytiharkan raya hari Jumaat. Aku tau sbb aku pernah jumpa org camnih .. pelik tapi benar. Tak puasa tapi xleh raya .... masing2 pyer pendapat ler .. ada yg kata Nabi x pernah puasa lebih 29 hari .. tapi suruhan Nabi dan sunnah dia xde plak nak ikut (kecuali kawin 4 atau lebih hehe .. bukan aku yer). Bagi aku .. biar gomen yg tanggung since derang nak guna 2 kaedah sekali .. even Jamil Kher pon macam dah konpem kata Raya Jumaat .. aku pon moshkell kenapa masih penat2 tengok anak bulan .....

Anyway .. aku dok meraban pagi2 nih sbb kat opis dah xde orang .. sumer dah start cuti. Aku plak tak cuti awal sbb tak mcm sebelum ni aku uruskan ayah aku yg sakit dan sebelum dia sakit dulu sama2 dgn dia gi pasar beli apa yg perlu .. kini ... tiada lagi .. cuma insyaallah pagi Raya aku akan gi melawat dia dan emak di pusara Taman Ibukota Gombak ..

Selamat Hari Raya Aidilftri kepada SEMUA yg kenal aku .. Maaf Zahir Batin ....

Isnin, 6 September 2010

Di Penghujung Ramadhan ..

Hari ni dah 27 Ramadhan ..

Semalam masjid Sg Penchala depan rumah telah selesai majlis khatam Al Quran. Masjid TTDI masih penuh dewan masjid dgn umat Islam utk Isya' & Tarawikh .. tapi spt biasa selepas 8 rakaat ramai yg buat witir atau terus moreh (termasuk aku) ..

Kalau masa zaman kanak-kanak dulu time ni adalah kemuncak mercun dan bunga api .. begitu juga segala persiapan hari raya. Kini suasana agak lega sikit. Dah hampir tidak kedengaran bunyi mercun. Yang kedengaran semalam bunyi kanak2 membaca ayat2 suci sempena majlis khatam Al Quran. Alhamdulillah kerana tradisi ini masih diteruskan setelah 15 tahun aku tinggal di sini (and way before that) ..

Anak-anak dan isteri punya persiapan semua dah selesai ... aku jer yg takder apa-apa persiapan ..

Maybe 2-3 hari ni kot since aku tak dapat cuti sebelum raya dan masih ada kerja2 closing financial year last August. Tapi yg best nyer .. esok ramai dah start cuti .. ofis akan mula kosong .. boleh ler ejas2 sikit time .. lalala

Yang penting kerja siap .. lepas raya aku pulak bleh rileks .. lalala

BTW .. a few bloggers juga ada sentuh pasal iklan raya yg lawak bangang dari TV3. Aku tak tgk di TV tapi telah diupdatekan di Facebook dlm bentuk video. Kenapa unit yg sepatutnya memantau pembikinan iklan tu tak langsung memberi pendapat dari sudut Islam mahupun para ulamak yg arif akan hal2 sebegini. Aku tengok mula2 pon naik konfius .. iklan raya ke iklan krismas .. production's done .. payment made .. screening on .. last2 scrapped ! Sedap2 jer ada yg dpt duit raya .. rasa2 ada tak yg kepala kena pancung ...

Sementara itu .. aku baru dpt tahu dari beberapa blogger yg bekas isteri Nash Lefthanded hilang sejak 31 Ogos lalu .. agak misteri sbb hilang lepas keluarkan a few million RM bersama beberapa org .. pelik dan misteri ini telah menimbulkan berbagai spekulasi .. aku takmo sentuh lanjut akan perkara ini tapi agak kesian memikirkan anak2 dia yg hingga kini masih tak tahu apa sebenarnya yg terjadi ..

Harap2 all is fine in the end .. wallahualam ..