Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya ..

Ada antara kita yg kata ni hari last day puasa ..

Ada jugak yg terus takmo puasa walaupun malam ni diisytiharkan raya hari Jumaat. Aku tau sbb aku pernah jumpa org camnih .. pelik tapi benar. Tak puasa tapi xleh raya .... masing2 pyer pendapat ler .. ada yg kata Nabi x pernah puasa lebih 29 hari .. tapi suruhan Nabi dan sunnah dia xde plak nak ikut (kecuali kawin 4 atau lebih hehe .. bukan aku yer). Bagi aku .. biar gomen yg tanggung since derang nak guna 2 kaedah sekali .. even Jamil Kher pon macam dah konpem kata Raya Jumaat .. aku pon moshkell kenapa masih penat2 tengok anak bulan .....

Anyway .. aku dok meraban pagi2 nih sbb kat opis dah xde orang .. sumer dah start cuti. Aku plak tak cuti awal sbb tak mcm sebelum ni aku uruskan ayah aku yg sakit dan sebelum dia sakit dulu sama2 dgn dia gi pasar beli apa yg perlu .. kini ... tiada lagi .. cuma insyaallah pagi Raya aku akan gi melawat dia dan emak di pusara Taman Ibukota Gombak ..

Selamat Hari Raya Aidilftri kepada SEMUA yg kenal aku .. Maaf Zahir Batin ....

1 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

KAMPUNG RANTAU SELAMAT

Masa tu dalam bulan Disember,1969,seminggu sebelum Raya.Aku dan Uncle(yang baru umur 19 tahun)bercuti di sebuah kampung dekat Sungai Petani,Kedah.Orang panggil kampung tu,`Kampung Rantau Selamat'(sebab hampir serupa dengan kampung yang disebut dalam novel"Rantau Selamat".Nama betul kampung tu sudah tentu dilupakan orang.Selain dari pemandangan sawah padi yang luas melaut,pokok kelapa,pisang dan rumah kampung traditional yang cantik-cantik belaka,kampung ni terkenal kerana mempunyai gadis belasan tahun yang ku panggil Kak Ani.Cantiknya bukan main.Memang padan dengan berlatar-belakangkan`Kampung Rantau Selamat'yang indah itu.Rasaku,sejak itu,belum ada sorang perempuan pun yang dapat menandinginya samada ratu cantik maupun bintang filem Hollywood.Mungkin sebab itulah Uncle mengajakku bercuti di situ,walaupun sangat jauh di pendalaman,tanpa sebarang tempat hiburan.Kami menumpang di rumah bekas kawan sekolahnya semasa di KL dulu.Aku peratikan Kak Ani bukan setakat mukanya cantik.Perangainya pun cantik.Seperti yang diduga,aku pun rapat dengannya.Dia layan aku macam adiknya sendiri.Seronok aku lihatnya memasak dan buat kerja-kerja kampung.Aku tak pulak campur bermain dengan kanak-kanak di situ.Melihat Kak Ani saja merupakan hiburan buatku.Tapi,Uncle ada plan.Dia cadang nak merisik Kak Ani dengan berjumpa dengan orang tuanya.Pada satu petang aku tengok dia pergi rumah Kak Ani.Lama juga aku tengok dia bercakap berjam-jam dengan mereka.Akhirnya dekat nak maghrib,barulah Uncle keluar.Dengan wajah yang sugul,dia ajak aku pulang.Tiba dirumah sahabatnya,barulah aku tahu.Kak Ani memang dah di`booking' orang.Tunangnya seorang leftenan muda.Tapi pada pandanganku,Uncle buat silap dengan berpakaian seluar jean,jacket jean,kasut Beatle dan rambut Beatle,berjumpa dengan orang tuanya.Pagi-pagi esoknya kitorang bertolak untuk pulang ke KL.Balik dengan keretapi.Sepanjang perjalanan,Uncle duduk menompang dagu,termenung tepi tingkap.Hujan renyai-renyai turun,menandakan bermulanya musim monsun.Aku pun ikut bersedih kerana tak dapat tengok Kak Ani lagi.Muka kitorang macam askar kalah perang.
And outside the train,it's just rain...rain...rain.

Pada tahun 1972,TV Malaysia siarkan drama"Rantau Selamat".Aku cuba tengok kalau-kalau Kak Ani muncul.Tapi hampa...

Selamat Aidilfitri To All Brothers And Sisters!