Jumaat, 16 Mei 2008

Reunion Classes of 1982 - Form 5

Antara tujuan blog ini disediakan adalah untuk memberitahu akan cadangan untuk mengadakan reunion rakan-rakan lama dari SMPT terutama kelas Tingkatan 5 tahun 1982.

Satu jawatankuasa kerja telahpun ditubuh khas bagi tujuan ini. Antaranya adalah rakan-rakan yang telah berusaha semasa reunion terakhir pada tahun 1999. Masih ingat lagi Zamri, Khairuddin, Rosli, Syahrul Azizi dan juga rakan-rakan dari kelas 5A1/5A2/5S1/5S2/5G & 5P (ini aku ingat sebab all girl punya kelas) hehehe ...

Anyway, kami kini dalam peringkat pengumpulan dana serta rakan-rakan lama yang lain. Jenuh gak tu .. sebab terlalu lama kita tidak berhubungan. So kalau sesiapa antara rakan-rakan yang masih mengenali kami ini bolehlah menghubungi kami melalui blog ini. Just put it up in the comments. Yuran penyertaan ? Tak banyak cuma RM100 sefamili (kalau derma lebih lagi baik). Kami kini sedang menyediakan aturcara-aturcara pada hari tersebut. Insyaallah kami akan cuba melakukan yang terbaik sempena reunion ini tapi memang ler agak payah juga .. maklum ler kerja amal jariah. Hope that dengan penyertaan ramai rakan-rakan nanti, it'll be a worthwhile cause. Lokasi dan waktu akan saya sampaikan di blog akan datang.

Siapa saya ni ekk ?? ... Tungguuu ....

Tiada ulasan: