Selasa, 10 Ogos 2010

Ibadah Puasa ..

Dari blog yg sama ..

10 Ogos 2010

Niat puasa

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Semua ulama bersepakat bahwa Niat adalah dituntut pada semua jenis puasa. Tidak kira yang sunat atau yang fardu. Ia adalah dikira syarat sah puasa disisi kebanyakan ulama dan dikira rukun puasa oleh ulama syafie.

Tempatnya adalah hati dan hakikatnya adalah berazam untuk melakukan sesuatu. Disunatkan melafazkan niat disisi ulama mazhab Syafie supaya dapat membantu untuk membetulkan niat didalam hati dan menghilangkan was-was.

Kebanyakan ulama meletakkan 4 syarat untuk mengesahkan niat puasa seperti berikut:

Pertama: Berniat pada waktu malam

Sabda Nabi s.a.w:

من لم يبيت الصيام قبل طلوع الفجر فلا صيام له

Maksudnya: "Sesiapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum masuk waktu subuh maka tidak sah puasanya."(Hr Amad dan Ashabus Sunan)

Dalam mazhab Syafie boleh niat puasa sunat sebelum zuhur selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Sesiapa yang tidur tanpa niat dan bangun sudah subuh maka dia wajib menahan makan dan minum walaupun tidak sah puasanya. Dia perlu qada selepas ramadan.

2. Menentukan jenis puasa bagi puasa fardu

Hendaklah orang yang hendak berpuasa fardu menentukan jenis puasanya ketika berniat. Dia hendaklah berniat samada puasa ramadan, nazar atau qada. Jika dia niat puasa sahaja maka tidak sah. Ini pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie. Mazhab Hanafi tidak meletakkan syarat ini.

3. Niat yang pasti. Jika seseorang itu berniat di malam hari syak "Jika esok bulan ramadan maka aku berpuasa. Jika esok bukan ramadan maka aku puasa sunat." Maka tidak sah.

Begitu juga sekiranya jika dia berniat "Aku berpuasa ramadan esok hari insya Allah " dan ia menyebutnya kerana tidak pasti hendak berpuasa atau tidak, maka tidak sah puasanya. Adapun jika dia berniat begitu kerana nak ambil berkat dgn perkataan insyaAllah maka sah puasanya.

4. satu niat untuk satu hari puasa.

Setiap hari puasa dibulan ramadan hendaklah dgn satu niat dimalam sebelum puasa. Tidak boleh hanya satu niat untuk satu bulan ramadan. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.

Mazhab Maliki berpendapat bahawa cukup satu niat sahaja untuk sebulan ramadan.

# saya ada terbaca di akhbar tabloid di malaysia dlm ruang soal jawab agama yg mengatakan mazhab hanafi yg membenarkan satu niat untuk satu bulan. Ini saya tidak pernah lihat dalam kitab2 utama feqh perbandingan. Banyak lagi jawapan2 dari ustazah lulusan mesir ini yg mengelirukan. seolah2 beliau tidak merujuk pada kitab2 utama feqh. Jadi berhati2.


1 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

BICARA TENTANG MIMPI

Yang aku selalu heran ni,tiap kali aku tidur samada siang atau pun malam,dalam bulan Ramadhan ni,bila saja aku bermimpi,hampir semua mimpi ni nampak real dan betul-betul graphic.Tak kira samada,happy dreams atau nightmares.Dalam mimpi ni,aku betul-betul merasakan scene tersebut exactly seperti aku masa terjaga.Banyak kali betul aku bermimpi berjumpa dan bergurau dengan brothers and sisters kita yang lama di alam barzakh,selalunya ditempat yang familiar seperti sekolah dll.Bila mana aku berjalan-jalan dengan diorang di padang sekolah ,aku dapat rasakan matahari pagi memanaskan badanku,bau asap daun kering yang sedang dibakar dan kasut sekolahku yang basah dek embun yang melekat pada padang rumput tu.Yang herannya,selain dari kami,tak ada orang lain dalam mimpi tu.Macam mana pun,kitorang bermain kejar-kejar keliling sekolah,masuk kantin,bilik darjah dll.seolah-olah dunia ini kami yang punya.Ada sekali mimpi tu,aku nampak arwah Noraida Mat Tahir berdiri dalam hujan memegang payung diseberang jalan,menjerit sambil ketawa pada ku,"Lan!Engkau punya SPM Gred 3,macam mana makwe nak pinang engkau!".Dengan mengambil satu tuala basah dikaki ku,aku berlari dalam hujan tu dengan tujuan nak menenyeh hidungnya.Arwah terus berlari sambil ketawa mengelakkan aku hingga tiba-tiba aku terjaga dari tidur.Dalam kegelapan bilik tidurku aku memanggil,"Nor!Nor!".Tapi Noraida tak menjawab,kerana sudah tentu Noraida tak ada disitu.

Al Fatihah untuk semua brothers and sisters yang telah berada di alam barzakh.

Amin.