Jumaat, 19 September 2008

Drebar Terlampau (Rated: U, untuk bacaan umum..hehe)

Dah masuk 5 tahun Kadim jadi drebar profesor. Selama tu juga dia tercongok di kerusi belakang kelas bila prof beri ceramah sampai dia boleh hafal banyak topik, gaya, dialog bahkan lawak prof. Satu hari kadim usulkan kpd prof untuk dia ganti tempat prof kalau prof letih atau mengantuk. Setelah kadim bukikan bakatnya pada prof yg memang dia boleh tiru ceramah bosnya 100%, prof pun setuju.

Maka pagi tu Si Kadim berlagak jadi prof dan prof pulak jadi drebar dan duduk di kerusi tempat biasa Kadim. Memang hebat drebar Prof ni, stail dan presentation sebiji macam Prof. Sehingga soal jawab pun Si Kadim hafal semua soalan dan jawapan sekali. Cuma soalan yang satu ni dia tak pernah dengar dan tak tau nak jawab.

Berpeluh dahi Kadim fikir lalu dia pun dengan selamba berkata "tuan-tuan jangan lah tanya saya soalan senang macam ni, kalau setakat soalan ni, drebar saya kat belakang tu pun boleh jawab..." lalu di suruhnya Prof yg jawab !!!!!

Masa nak balik, tayar kereta pulak pancit. Oleh sebab ramai peserta ada kat situ, Si kadim pun berlagak berleter pada Prof (pun stail sama macam Prof selalu marah dia) lalu Prof jawab "pam tayar ni senang je, prof pun boleh buat sendiri". Hari tu pertama kali Kadim pam tayar kereta pakai tie dan kot !!!!

Tiada ulasan: