Selasa, 26 Ogos 2008

Kepada Sesiapa Yang Pemurah ..

Sahabat kita, Allahyarham Jumali telah pun meninggalkan kita.

Walaubagaimanapun, beliau telah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak. Kesemuanya masih bersekolah lagi. Sebagai sahabat, sudah tentu kita berasa terpanggil untuk membantu setakat kemampuan kita. Kalau seorang dua mungkin tidak dapat memberi impak yang besar .. akan tetapi aku rasa kita ni ramai .. kan ?

Ada beberapa sahabat menganjurkan cadangan untuk mengadakan derma kilat. Hasil kutipan ini akan diserahkan kepada balu Allahyarham. It's a noble intention indeed. Tapi bagi mengelakkan berlakunya salah faham mahupun fitnah walaupun mungkin tak akan ada semua itu, the admin team feels that biarlah sedekah itu dimasukkan terus ke akaun penerima, balu Allahyarham.

Here's the detail's :

Akaun Maybank (MBB) - Personal Account
Nama : Azlina Ahmad Sanusi
No. Akaun : 1120 8100 7249

* Sila pastikan nama & no. akaun ini betul sebelum korang tekan button confirm (takut salah masok plak). Terpulang samada korang nak masokkan sekali jer ke .. monthly ke .. as long as ikhlas dan tak mendatangkan kesusahan bagi pihak korang plak .. and tiada paksaan ..

39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah kengkawan,semangat persaudaraan macam tulah yg patut kita semua miliki,sayang sesama insan,memiliki hati nurani yg bernilai murni,saling membantu,persaudaraan yg kita miliki melalui smpt'82 dulu masih tetap utuh.Gembira saya bersama anda semua.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah kengkawan,semangat persaudaraan macam tulah yg patut kita semua miliki,sayang sesama insan,memiliki hati nurani yg bernilai murni,saling membantu,persaudaraan yg kita miliki melalui smpt'82 dulu masih tetap utuh.Gembira saya bersama anda semua.

The Admin berkata...

tetapi lebih bagus lagi sekiranya tanpa nama itu mempunyai panggilan nama sekiranya kami ini layak utk digelar kawan ..

harap beri kerjasama .. saya pasti ramai yg ingin tahu ..

Tanpa Nama berkata...

WARKAH DARI PERANTAUAN

Izinkan saya mengisi ruang forum ini untuk berkongsi pengalaman ketika berada disini semuga ianya dapat manafaat kita bersama...Insyallah!

Saya ini bukan lah penulis professional jadi jika ada penyusunan perkataan yang tidak sesuai harap dimaafkan.

Setelah selama beberapa tahun berada di perantauan dan juga meraih pengalaman berada dikota barat yang serba indah menakjubkan bagai syurga dunia yang hanya sementara. Ingin saya berceritakan sesuatu pengalaman ketika berada disini yang harus kita bersama2 memikirkannya secara mendalam iaitu mengenai Kitab suci Al-Quran Karim.

Telah saya berpengalaman bercampur dengan bangsa yahudi, nasrani, majusi dan tidak kurang juga bangsa atheist disini. Sewaktu saya di tempat sendiri (Malaysia) tidak dapat membayangkan secara terperinci bagaimanakah kedaan kehidupan seharian dan juga kepercayaan mereka. Dapat saya merumuskan kepercayaan bangsa Yahudi dan Nasrani tidak banyak jauh bezanya dengan agama Islam yang kita anuti iaitu mempercayai kepada Tuhan yang satu dan Tuhan yang sama. Telah saya melihat secara imbas Kitab2 mereka iaitu Kitab Taurat (bahasa Hebrew) dan juga Injil yang menceritakan kisah2yang sama KECUALI memang benar banyak ayat2 Allah telah diputar belitkan oleh mereka dan bagi mereka, itu adalah kepercayaan turun temurun nenek moyang mereka yang mengatakan sahih kitab2 mereka itu tanpa membuat perbandingan terhadap Kitab Suci Al-Quran.

Kebanyakan orang2 barat beranggapan yang orang2 Islam adalah terrorist yang sentiasa membuat kerosakan dimukabumi ini dan masyarakat Islam disini kekadang tergugat atas anggapan mereka yang sedemikian yang tentunya ternyata tidaklah benar sama sekali.

Tetapi apa yang menyedihkan saya sememangnya ada segelintir daripada mereka yang bertopengkan Islam (entah wallahualam agama apa asal mereka) yang banyak menonjolkan ciri2 yang tidak sewajarnya eg; meminta sedekah hampir dimerata tempat umum, mencuri, menipu dll.
Jadi, bagi mereka pemilik kitab2 tersebut sememangnya memandang kaum Islam itu hina dina.

Saya ingin berceritakan kisah yang amat menakjubkan bagai mukjizat kisah saya bertemu dengan seorang berbangsa Peranchis yang dilahirkan dalam keluarga yang mempercayai Kitab Injil, seorang yang di kalangan keluarga terhormat tidak kurang juga kebijaksanaannya. Beliau percaya kepada wujudnya Tuhan yang satu tetapi tidak yakin akan agama yang dianuti oleh datuk nenek moyangnya dan juga penduduk dinegeri¨Peranchis iaitu, agama Katolik yang menyembah Tuhan dengan menggunakan salib Isa dan Mariam sebagai perantaraan itu agama yang benar. Jadi, bertahun2 lamanya beliau tercari2 kebenaran agama yang mana satukah yang sebenar2nya agama yang tulen dan suci yang berhak dianuti?

Sehingga suatu ketika beliau pernah merantau ke negara Yahudi (Israel) untuk mengetahui apakah Kitab Taurat itu kah yang lebih benar dari Injil. Masih samar2 jawapannya tidaklah diketahui sehingga beliau bernekad melakukan suatu perjalanan kembara seorang diri yang merentas padang gurun pasir kontang yang tiada berpenghuni dengan tidak membawa bekalan yang secukupnya. Meredah gurun pasir yang kontang yang tiada penghuni seorang diri selama 48 jam berterusan tanpa berhenti dengan kelaparan dan kehausan yang hampir2 meragut nyawanya sendiri. Beliau pasrah berdoa agar Tuhan dapat menunjukan nya ke arah manakah harus beliau tempohi bagi dapat menyelamatkan dirinya di tengah2 gurun yang kontang itu. Tiba2 beliau ternampak dari jauh ...illusi seorang yang berpakaian arab yang menunjukkannya arah yang harus beliau lalui. Beliau meneruskan perjalanan kearah tersebut dan tiba2 bertemu dengan sekumpulan arab2 Badwi dan beliau terselamat dari maut, dibekalkan makanan dan minuman dan dikatakan kepadanya oleh arab Badwi itu jika seandainya beliau meneruskan perjalanannya kearah yang bertentangan dari arah yang beliau lalui beliau akan mati kerana akan menemui Laut Mati. Setelah terselamat beliau menceritakan kepada sahabatnya yang berbangsa yahudi tentang perjalanannya dan sahabatnya mengatakan yang beliau telah melalui perjalanan rentasan Nabi Allah Isa a.s. Wallahualam.

Setelah kejadian tersebut dan beberapa tahun berlalu, beliau mendapat petunjuk dari Illahi dan menganut agama Islam. Ketika beliau mengucapkan dua kalimah syahadat dan ditanya oleh imam pertanyaan mengapakan beliau memeluk islam? Jawapannya, beliau menceritakan pengalaman beliau ketika di Israel dan imam tersebut mengatakan kepada beliau yang beliau telah lama islam tanpa disedarinya. Terjawab sudah baginya agama yang sebenar2nya yang dicari adalah agama Islam yang unggul. Tidak pernah beliau melihat dan mengenali Kitab suci Al-Quran dan apabila beliau diperkenalkan kitab tersebut dan menelitinya, beliau amat gembira yang teramat sangat tidak dapat dibayangkan disini kerana kitab tersebut baginya adalah amat bernilai, jika kita semua dapat mengetahui isi kandungannya dan memahaminya. Ianya menjadi pegangan kehidupan harian beliau sehingga hari ini.

Ulasannya disini teman2 saya, kita semua dilahirkan Islam bersyukur kehadrat Allah tetapi ianya tidak mencukupi bagi kita hanya dilahirkan sebagai warga Islam tetapi tidak mahu mengambil tahu apakah Islam yang sebenar2nya dan mengkaji apa isi kandung Kitab Suci Al-Quran yang banyak dapat membimbing kita kearah kehidupan seharian dengan sempurna.

Tersentuh disanubari saya tentang orang yang saya temui itu adalah lebih Islamnya beliau daripada kita2 yang dilahirkan islam. Orang yang mencari dan orang yang tidak mencarinya adalah tidak lah sama. Alangkah bertuahnya kita telah dapat mengenali Kitab suci Al-Quran sejak lahirnya kita didalam keluarga islam tetapi kita mengambil sikap indah tidak indah tentang isi kandungannya. Bayangkanlah seseorang yang bukan dilahirkan Islam dan tidak lansong terdedah dengan Kitab suci Al-Quran itu dan terpaksa mencarinya bagai pencarian harta karun dan apabila ia menemui apa yang dicarinya amatlah dapat menilaikan dengan penilaian yang teramat tinggi. Jadi, janganlah kita menjadi orang yang separuh islamnya tetapi menjadi lah orang yang Islam sepenuhnya, Insyallah.

Sekian,warkah dari saya bagi topik buat hari ini.

Tanpa Nama berkata...

aku amat risau presiden peranchis akan mengambil tempat silaknat Bush, zaman die dah tamat ganti dgn yg baharu. dtg lak peranchis yg replace kalo dulu Chirac lansong x support Bush pasal perang di Baghdad. Tapi Sarko asal usul keturunan yahudi dah mula menghantar armynya ke afganistan! disebabkan kematian tenteranya seramai 10 org bebaru nih! aku harap Obama yg akan memegang teraju dunia n he will be able to change the world! tapi sayangnya org french x suka chirac! cume kami saje pendatang yg suka pd pemerintahannya.

The Admin berkata...

ya .. Chirac adalah seorang yg pragmatik .. sering meneliti sesuatu isu dari pelbagai sudut wihout prejudice .. an example leader for the new world supposedly but frankly .. the whole world sekarang especially ekonomi .. dikawal oleh Yahudi Zionis .. even the US economy is still under control of the Yahudi kecuali semua umat Islam bersatu ..

Tanpa Nama berkata...

Obama nye backgrd lak origine islam, how i wish that once he will bcome a presiden n like a miracle as well he himself will be reverted to become a moslem n lead the world.
chirac dulu menang pun sbb pendtg yg byk support dia menang! bush tamat n brit pun low profile, yg ketara sarko n russie!

The Admin berkata...

Coming soon .. mesia plak masok news .. hehe ..

Tanpa Nama berkata...

mesia masok news pasai apelak?
jaga2 juga kat sane sbb kat siam pun dah huru hara nih!

eh asai kengkawan lelain xnak masok bg komen? heran lak aku? aku slalu kat sini sbb aku cuti sebulan penuh x buat ape, so 24 hrs kat tenet! masok ramadhan, maybe kureng ler kot sbb dah sibuk!

Tanpa Nama berkata...

kumai, bile aku belek2 pic kelas kite, aku x kenal yg di belakang ko berbaju biru dan juga disebelah zanzilah berbaju hijau.

err....Baur n Man, korang berdua baru balik mengerjakan Umrah ke? :)

CT....ape yg ko segan2kan, aku lihat ko la ni mcm seniwati Saadiah lah...kalo ko leh pinjam tahi lalat faziaton lagi sebijik cam saadiah kooo! :)

Bauh....... berkata...

Kau ni betul lah hawa!!!! baju hijau tu takan kau tak kenal.. Itukan wan atau nama penuh Ridzuan Shaari kau tak kenal... Tapi sekarang Mejar(b) ridzuan. Sekarang dia jadi drebar Air-Asia. Kalau kau naik air-asia masa dia bawa, boleh duduk depan..
Yang baju hijau tu.. masa bergambar dia takde... tapi bila burn gambar dia ada..jeng..jeng..jeng.

Unknown berkata...

segan cikit2 adalah... tapi nak buat camnokan... ko orang yang ke berapa x tahula kata muka yang tembam ni macam saadiah orang pertama boss kita tapi bila kita pakai spek mata dikatanya pula macam rafidah aziz... baju belang hijau tu suhaimi la... mukanya masih maintain hensem (anak dia lagi hensem dari bapanya) pasal gambar nanti kita hanto k..

Tanpa Nama berkata...

Allah memberi maghrifah kepada hambanya yang gigih memurnikan kesucian hatinya, dan taat kepada suruhanNya. Sesungguhnya DIA maha pemgampun.

Selamat Menjalani ibadah puasa to all SMPTians.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Menyambut Ramadhan yg mulia to all muslimin muslimat, bro n sis.

Bauh....... berkata...

SELAMAT HARI JADI KEPASA ZAMRI. SEMUGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN BERTAMBAH HENSEM

Tanpa Nama berkata...

Drp. Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda ketika akan tiba Ramadhan: "Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan keatasmu berpuasa didalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa.(HR Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi). "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK" dari saya sekeluarga.

kumaiman berkata...

Baoh, tengkiu. Sempena besday aku, kerajaan istihar cuti satu hari seluruh malaysia, singapore dan france.. hehehe..

kumaiman berkata...

malau, slamat puasa panjang. camner ngan cd aritu? ko dah konpom ke cd salah or setting kt pc salah. aku pun baru tgk je cd tu.
soulman and all, aku rasa elok buka tread satu-satu ikut topik lah. contoh ugama, sukan, keluarga, makanan, santai, isu semasa, and you all komen lak ikut ler topik. however kami sdg cuba utk upgrade blog ni jadikan web. aku tgk ramai yg dah tak anta komen eg awin, freeda, maybe topic blog ni tak suit some of us. comment plz..

Tanpa Nama berkata...

hepi besdey lah Kumai, tue dah ko tapi xpe masih control macho lagi!:)
cd ok ku tgk sekali perfect kat dvd, tgk X ke2, cd naik mamai n not functioning, anyway no hal coz pic tu same n dah cukop for me!

pasai komen tu i agree gak ikut topik, but hv a suggestion kalo ko bukak chat sesape yg ade online yg teringin bborak2 in anything general topic pun ok gak kot?

Tanpa Nama berkata...

aku rasa masih lum terlewat nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan2 smptians..dan keluarga..sepuluh jari disusun memohon maaf andai ada bicara yang tercela atau menyinggung perasaan...
sayu sungguh rasa hati kerana masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk menemui ramadan sekali lagi...alhamdullillah..

betul kumai, aku pun tengok awin, freeda dah x berminat nak chat lagi..mungkin x sesuai topik kot..

Tanpa Nama berkata...

opss.. lupa nak wish... happy besday kumai....moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon keizinan untuk "menyibuk" di ruangan ini kerana saya bukanlah bekas pelajar SMPT'82 tetapi setelah membaca blog ini, saya terpanggil untuk "menyibuk" dan berkongsi dengan peserta jika diizinkan.

Al Fatihan kepada Allahyarham . Mudah-mudahan dia ditempatkan Allah SWT di golongan yang beramal soleh dan takziah kepada balu dan anak-anak mudah-mudahan diberikan kesabaran dan redha lah kepada ketentuan Allah SWT. Kita semua maklum bahawa kita ini milik Allah SWT. Dunia ini hanya pinjaman. Tiada yang kekal.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur majlis perjumpaan/pengumpulan semula ( REUNION)pelajar-pelajar SMPT 82 di mana difahamkan dari pembacaan blog ini, majlis tersebut amat berjaya dan meninggalkan kesan masam,pahit dan manis yang mendalam kepada para hadirin termasuklah bekas pelajar, suami/isteri dan anak-anak.

Kesan masam, pahit dan manis yang saya sebutkan dapat dirasakankan dan diperhatikan sendiri dari ulasan/komen yang saya baca di blog ini di mana mungkin ingatan dan kisah masam, pahit, manis terimbau kembali apabila bertemu kawan-kawan dan sahabat lama yang telah tidak ditemui dan tanpa khabar berita sejak 26 tahun yang lalu. Kisah percintaan "anak anjing" ( puppy love)....hehehe jangan marah, kisah pencinta/peminat dalam diam, yang tak tahu di minati ramai pun ada...., gelaran-gelaran yang diberikan kepada kawan-kawan dan guru teringat dan tersebut kembali dan macam-macam kisah silam di zaman persekolahan dulu mungkin terbongkar dan diingat kembali.

Mungkin yang menjadi rebutan dulu kini menjadi rebutan kembali !! dan orang yang menjadi rebutan di dalam diam dulu, kini telah menyedari bahawa dia dulu rupanya menjadi rebutan. !! Ada ke agaknya ?? Wallahualam.

Usaha murni ini seharusnya diteruskan agar ikatan Sillaturrahim terus berkekalan dan yang jauh dapat dirapatkan dan yang rapat mungkin dapat dieratkan. Mana lah tau ada yang menjadi bisan sesama sendiri nanti. Ada yang mempunyai nak dara dan teruna rasanya......

Yang jauh diperantauan seperti Malau mungkin akan dapat menggunakan medium ini untuk berhubung dan mendapat khabar berita dari Malaysia dan berkongsi pengalaman beliau dperantauan.

Mungkin juga ada sahabat yang sudi mengirim kepada Malau kueh raya atau ketupat ( daun je la.. boleh anyam dan rebus sendiri).

Akhirkata, selamat menyambut Ramadhan Al Mubaraq. Bulan yang penuh barokah ( bukan bilik barokah di Mekah/Madinah), bulan pengampunan, bulan yang penuh rahmat dan ganjaran berlipat kali ganda atas amal kebajikan yang dikerjakan.Bulan yan mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Selamat menjalani Ibadah puasa.

Wassalam.

DH M

kumaiman berkata...

Baoh, arini 2 Sept giliran aku nak ucapkan "hapi besday to you".. esok untuk salina plak. Sayangnya dia tah mana.. korang suma, cuba teka brapa umur baoh.??? hehehe..

The Admin berkata...

Bauh baru jer 24 kan .. hehe ..

kumaiman berkata...

Dcita, tengkiu. teringat lak masa besday yg ke 17 hehe..

kumaiman berkata...

24? tu bukan umur tapi ukuran leher dia je..

Tanpa Nama berkata...

ZAM, 'happy belated birthday' and BAOH 'happy birthday'...Semoga ALLAH memberi KESIHATAN dan RAHMAT yang berpanjangan...

Unknown berkata...

selamat ulangtahun buat Zamri dan Baoh... semoga di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang sejahtera .. amin

The Admin berkata...

dah tua iyer ko Zam hehe ..

The Admin berkata...

wehh .. xder sesaper ke yg nk try chatbox yg aku sediakan tu ...

Tanpa Nama berkata...

Happy Belated Birthday to Kumaiman and Happy Birthday to Baoh.

May Allah bless both of you with lots of happiness and long lives.

kumaiman berkata...

siti, amree, fhh, tengkiu for all yr besday wish. dah tua2 ni aku takut tengok nombor makin besor aka tua.
Soul, ko mmg super lah. apprieciate yr effort very much. nanti aku godek cam ner nak chat. la ni aku tak tau nak masuk. hehehe

The Admin berkata...

alaaa .. tu biasa gaban pyer chat jer .. free marr .. dan yg penting dia boleh integrate dgn blog tu .. no time nk carik yg lain .. lagipon most bloggers guna yg macam nih ..

Tanpa Nama berkata...

soul,
wa caya lu lah , cam tu lah pantau blog adekan yg canggih2 chatonline, mmg ramai pakai cam ni mudah jer!
xler boring tiap2 X buka ini blog, xde komen baru.....tapi chat ni kalo sesape ade online leh say hi hoi! :)

bauh, hepi besday moga bertambah zuriat lagi! :)

Bauh....... berkata...

tankiu everybody, Terharu... masih ada org nak wish dah tua tua ni... wish aje ke.. takde hadiah ke?

The Admin berkata...

hadiah ekk .. ko amik kat simpang tu .. hehe ..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sumer kenkawan, harap2 belum terlambat utk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semoga kita dpt melakukan amalan2 dgn lebih afdal....Amin...

Taklupa H'py Belated B'day to Zamri & Baoh, jgn nakal2 lagi ye...angka dah bertambah tu...moga2 segala usaha diberbati Allah S.W.T.

JB cuti pjg, ari ni baru lya start keja balik....hemmmm dptlah rehat 4 hari...Alhamdulillah....

kumaiman berkata...

Lya, tq..mana ada nakal.. hehehe..
Baoh, ko tak dpt adiah bestday ke? ..cian..ko nak elikopter kontrol ke psp?

The Admin berkata...

bauh kata dia nak cukupkan kuota .. hehehe ..