Khamis, 21 Ogos 2008

Jenazah Kini Di Puchong ..

Jenazah telah selamat di bawa ke rumah Allahyarham di No. 33, Jalan 1/13A, Taman Suria, Batu 6, Jalan Puchong kira-kira jam 1 pagi. Seluruh keluarga arwah telah membuat persiapan untuk pengkebumian. Hadir di hospital semalam selain dari aku adalah Shahrul/Hasni, Zulfadzil, Bauh & Kamarulzaman. Roslah datang juga walaupun agak lewat. Zamri bertolak dari urusan niaga di JB telah menunggu jenazah di rumah arwah di Puchong.

Sesiapa yang ada kesempatan, bolehlah ziarah keluarga beliau dan sedekahkan bacaan Yasin di rumah arwah. Ikut pada jadual, urusan jenazah akan disempurnakan di Masjid Ar-Rahman pada jam 10 pagi dan pengkebumian dijadualkan sebelum Zohor.

Klau ada sesiapa yang kenal atau ada nombor telefon kenalan arwah yang lain, harap dapat disampaikan berita ini.


Al-Fatihah ..

3 ulasan:

The Admin berkata...

UPDATE!!

Jenazah kini di Masjid Ar-Rahman Puchong .. baru terima SMS dari Zamri ...

The Admin berkata...

UPDATE!

Jenazah telah selamat disembahyangkan dan akan bertolak ke Tanah Perkuburan Kinrara as at 11.30am ..

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada pertemuan yang tidak diakhiri oleh perpisahan dan tidak ada pula yang hidup yang tidak disudahi oleh mati..."wahai Tuhan kami, ampunilah dia, rahmatilah dia, 'afiatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah tempat masuknya, bersihkanlah dia dengan air, salji dan air dingin, dan sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kotoran, dan gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya(sebelumnya), begitu juga keluarganya yang lebih baik dari keluarganya(sebelumnya), dan pasangannya yang lebih baik dari pasangannya(sebelumnya). Masukkanlah dia kedalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan azab api neraka".(Hadis Riwayat Muslim, An Nasaa'i dan Ibnu Majah)