Selasa, 21 Julai 2009

Kelas 5A1 Untuk Tahun 1982 ..


Ini plak class photo aku ..

So member2 yg dari kelas ni .. sila lapor diri.

Pop kuiz .. sila namakan mereka2 ini ..

Ahli Lembaga Pengawas 1982 ..



Flashback lagi ...

Ini lak gambar ketua2 samseng .. ehh .. pengawas batch 1982.

Frankly, tak sumer nama aku ingat ler .. sesaper boleh tolong ? ...

The 4 Musketeers ..


Flashback time !! ..

Ni dia geng 5A1 masa dah dekat2 nak SPM. Aku tak ingat time bila actually gambar ni diambil tapi gerenti time nih chekgu takder kat kelas .. hahaha

Sumer muda rumaja tu .. huhu. Dari kiri - Aku, Zaini, Ahmad Ridza & Zulfadzil.

Nota : .. tu yg x pakai baju prefect tu mcm samseng kg dusun .. hahaha


Sabtu, 11 Julai 2009

Tudung .. Tudung .. Aku Ada Jual Tudung ...

Ni adalah iklan ..

Aku sekarang tengah nego dgn supplier tudung utk pasaran. Takmo cerita panjang2 sbb blom dapat harga yg menarik lagi .. tapi kualiti sama macam kat Ariani atau Munawarah dgn harga yg kompetetif ..

Details will be made known later ...

Jumaat, 10 Julai 2009

Blog Nih Dah Setahun Udah ..

Aku tak perasan yg blog nih dah lebih setahun diwujudkan ..

Terlalu banyak pengalaman suka duka membangunkan blog nih. Asalnya bertujuan utk menghimpunkan seberapa ramai kawan2 lama sempena reunion last year, hingga menjadi tempat bertukar2 pendapat dan kunjungan kawan2 bloggers yg baru. Aku ucapkan berbanyak terima kasih kpd semua pengunjung blog nih walaupun ada antara kalian yg hanya singgah dan lihat.

Ada juga yg merajuk .. ada juga yg menjadikan blog nih tempat lepas geram & dendam. Tapi ramai yg jadikan blog nih sebagai laman nostalgia mengimbau kembali zaman remaja kita dahulu. Anyway .. aku tetap bersyukur kerana punyai rakan & kenalan seperti kalian semua. Teruskan sokongan kalian semua kepada blog ini.

p/s : Hawa, aku manader pernah block access sesaper to this blog. Even sekarang aku tak moderate langsung. Aku cuma harap para mengunjung boleh menjadi dewasa dan letak komen yg boleh ditontoni umum. Komen kalian semua amat aku hargai.

Terima kasih ..

Selasa, 7 Julai 2009

Sudut Kesihatan ..

dari blogger tok_busu ..

10 Jenis Makanan Antikolesterol

Oleh : Tok_Busu


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.




8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.



10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Renungan ... Cinta Dunia ..

ihsan dari seorang blogger ..

Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Bila dikatakan ibu itu maksudnya daripada cinta dunia lahirlah berbagai kejahatan lain. Boleh juga dikatakan ianya sebagai pokok kepada segala kejahatan. Daripada pokok cinta dunia itu, lahirlah buah-buah kejahatan lain. Maksudnya di sini, kalaulah hendak bebaskan diri daripada berbagai kejahatan, pokoknya kenalah ditebang. Iaitu, cinta dunia itu hendaklah dibersihkan daripada diri dan diganti dengan cinta Tuhan. Tidak akan bersatu dua cinta dalam satu hati. Kalau hati cinta dunia, mana mungkin cinta Tuhan akan duduk di dalam hati. Kalau hati cinta Tuhan, insyaAllah cinta dunia tak dapat duduk di dalam hati.

Buang cinta dunia bukan bererti membuang atau menolak dunia. Dunia itu perlu dalam kehidupan. Dunia itu adalah wadah untuk menuju akhirat. Yang dikehendaki adalah menggunakan dunia itu dengan sebaik mungkin, tetapi hati tidak jatuh cinta dengannya. Hati tidak terpaut dengan dunia. Mudah sahaja dunia itu boleh dilepaskan. Dunia itu tidak mempengaruhi hati sehingga lalai daripada Tuhan. Dunia itu tidak memesong hati daripada cinta Tuhan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu sudah cinta dunia, mari kita lihat contoh-contohnya:

1. Bila tiba waktu sembahyang, seseorang itu dengan sengaja melewat-lewatkan sembahyang kerana lebih mengutamakan kerjanya.
2. Orang yang suka pada jawatan malah berebut-rebut untuk menjadi pemimpin
3. Orang yang kaya tetapi bakhil untuk mendermakan hartanya untuk tujuan kebaikan
4. Orang yang suka membazir pada barang-barang yang tidak perlu
5. Membuat kerja dengan mengharapkan pujian dan sanjungan orang
6. Membiarkan jiran-jiran dalam serba kekurangan padahal diri dan keluarga hidup dalam bermewah-mewahan
7. Sangat cinta pada diri sehingga mudah merajuk dan sakit hati bila dirinya ditegur dan dimarahi atas kesilapan yang dilakukannya

Moga-moga kita terhindar daripada cinta dunia dan menjadi orang yang hatinya mencintai Tuhan. Sekian.

Wallahu'alam

Isnin, 6 Julai 2009

Berita Dari Peranchis ..

Tadi aku ada dapat e-mel Hawa dari Paris ..

Dia kata .. Wana kata (berapa banyak kata daa .. hehe) baru dapat tahu ada seorang lagi kawan kita Md Shah Abd Kadir, classmate aku dulu - 5A1 kahwin dgn French girl dan kini menetap di Peranchis gak (which part not sure). Wana dapat tahu dari mana aku tak sure .. Pada sesiapa yg tahu dan ada contact dgn Md Shah harap dapat beritahu so that kita boleh trace dia dan we all can be in contact again ..

Meanwhile, Lau Sai Suan (betul ke nama dia) kini berada di US (Houston,TX) kerana mengikut suami bekerja di sana. Bagi sesiapa nak contact dia, boleh try cari di Facebook since ramai SMPT alumni (dari junior hingga senior) ada berkumpul di sana (taip kat search dlm Facebook "padang tembak" sure jumpa pyer) ..

Sekian dari pemberita yg xder gaji pemberita .. huhu

Isnin, 29 Jun 2009

Kembalinya Seorang Hamba .. MJ

Last week Jumaat pagi, semasa dlm perjalanan ke pejabat, kedengaran berita kematian Michael Jackson (MJ) di radio ..

Malam sebelumnya, dunia siber heboh memperkatakan akan kesahihan berita ini. Khabar2 angin bertiup kencang di hampir kebanyakan ruang pojok maya. Even member kat US pon menghantar e-mel tanya (biar betul!! .. alasannya klu citer wayang baru world premier kat US tapi Malaysia dah ada DVD copy .. apa kes hahaha).

Anyway, hampir kesemua dari kita membesar dgn MJ. Most of us kenal dia mulai dari awal 80an terutama bila album "Thriller" meletup di alam muzik, walaupun album solo beliau yg pertama "Off The Wall" melonjakkan namanya sebagai solo artiste. Most of us mempunyai album "Thriller" paling lewat 1985 .. Tapi bukan itu yg aku nak cerita. Apa yg aku nak cerita adalah kesan dari pengaruh beliau terhadap kita. Most of us akan nyanyi dlm hati bila dengar lagu Beat It! atau Billie Jean. Kita pasti akan teruja bila melihat beliau di kaca TV buat moonwalk. Aku berpeluang melihat sendiri konsert MJ di KL pada tahun 1996. Walaupun cuma di Stadium Merdeka, tapi tetap meninggalkan kesan kpd sesiapa yg berada di Stadium Merdeka pada ketika itu. Puas & berbaloi ... walaupun aku dapat tiket free !! .. Pengaruh beliau pada ketika itu mmg besar dan kuat .. hinggakan apa yg beliau buat menjadi ikutan hampir semua anak2/remaja mahupun dewasa.

Walaupun begitu, MJ sebenarnya adalah seorang hamba. Dan tetap seorang hamba. Kapitalis2 yg mendapat keuntungan berlipat ganda dari keringat beliau adalah sebenarnya yg paling beruntung. Hingga ke akhir hayat beliau, MJ telah dipergunakan demi utk mengaut keuntungan. Tangan2 inilah sebenarnya yg telah merosakkan beliau sehingga dari seorang kanak2 yg berbakat besar telah dilihat sebagai badut pelik yg menjana keuntungan kpd mereka.

Tapi kebanyakan kita tidak mahu melihat itu semua. Kita mahu lihat MJ & tariannya .. moonwalknya .. kita cuma mahu hiburan. Dan beliau sedia memberinya .. sebagai seorang hamba yg mengikut kata tuannya .. atas nama kasih kepada peminat ..... dan kehidupan yg mewah dan pelik .. Kini setelah pemergiannya, kapitalis2 ini akan terus menjana keuntungan ke atas peninggalan beliau .. mungkin lebih dari apa yg pernah MJ perolehi sepanjang kehidupannya ..

Well MJ, now you're gone .. rest in peace ..

And .. if you're a Muslim .. Al-Fatihah upon your soul .....

Selasa, 23 Jun 2009

H1N1 Update ..

Walaupun boleh dikatakan belum tahap serius gaban .. tapi risau jugak ..

As of pagi nih .. dah 3 sekolah kat KL jer telah ditutup seminggu utk containment iaitu di SRJK (C) Jalan Davidson - Pudu, SRK Assunta - PJ (dah dekat dgn opis aku nih) dan yg terbaru Sri Cempaka - Cheras. Semua melibatkan pelajar yg baru pulang dari luar negeri (mostly dari US & Aussie).

Semalam, di Sekolah Damansara Utama, sepasukan doktor Kem. Kesihatan telah datang & buat pemeriksaan kerana laporan ada pelajar yg punyai simptom H1N1 dan kebetulan baru pulang dari luar negeri juga. Since DU adalah berjiran dgn TTDI, maka penduduk TTDI telah menyerbu semua farmasi berdekatan dan borong habis SEMUA face mask (aku tahu sbb SMK DU tu sekolah niece aku dan wife aku semalam call semua farmasi kat TTDI). Aku tak tahu apa findings semalam but nampaknya penduduk kawasan berdekatan mula mengambil tindakan sewajarnya.

So aku harap kawan2 semua, PLEASE take good care & berhati2 akan kesihatan anak2 & diri sendiri .. ni nasihat termasuk utk aku jugak.

Untuk update 24 jam boleh ke laman Bernama <-- klik sini.

Isnin, 22 Jun 2009

Fakta Berkenaan Kencing Manis ..

Dari blog yang sama juga .. aku rasa penting utk kita semua tahu ..

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?

Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Pil

Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untuk pesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikut keadaan penyakit seseorang.

Tips Yang Boleh Guna ..

dari blog
Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:

Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
- Selalu cuci bilik air.
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya.
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas.
- Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
- Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:

- Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
- Dua bahagian tepung gandum
- Satu bahagian koko
- Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
- Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

Selamat Mencuba ..




Jumaat, 19 Jun 2009

Bapak Bapak Sekelian ..

Weekend nih telah dinobatkan sebagai Hari Bapa ..

So kengkawan yg dah bergelar bapa tu .. that day is especially for you .. aku nak jumpa ayah aku nak bawak gi jenjalan & makan ..

Bagi yg telah tiada .. sedekahkan bacaan Yasin & tahlil ..





Khamis, 18 Jun 2009

Pop Kuiz ..

Just nak kasik gerak minda korang sket ..

Apa time / peristiwa yg korang ingat sampai sekarang masa time kat SMPT dulu ? Takyah list panjang2 .. satu pon cukup ..

Takder hadiah .. just utk perkongsian jer ..

Selasa, 16 Jun 2009

Dah Abis Dah Cuti Sekolah ..


Cepat betul 2 minggu ..

Bebudak dah start sekolah semula. Next cuti cuma pada Hari Raya. 2 minggu cuti ni aku tak ke mana2 pon sbb rumah masih dalam proses baikpulih & anak buah bertunang minggu lepas. Memang penat menguruskan kenduri, lebih2 lagi nak mengemas rumah yg berselerak sbb kerja2 kontraktor.

Luckily, all ended well .. penat masih tak habis lagi .. haighzz ..