Isnin, 18 Oktober 2010

Wasiat Imam Syafie ..

Aku tak ingat samada aku pernah post artikel nih .. but this is for a good cause .. a friend reminded me ..

Wasiat Imam Syafie

9 Zulkaidah 1431H.
Email : misada misada

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selalu jugaklah aku baca cerita-cerita member yang ditimpa musibah;samada dalam kehidupan peribadi.career,business,kena tipu dll.Tetapi jarang jugak aku dengar yang mengaku ada buat perkara jahat pada masa lalu,walaupun kedua-dua perkara ni ada kaitan yang rapat.Jika musibah menimpa,cuma ada 2 sebab;
1)Allh Taala menghukum kita atas
perbuatan buruk yang telah kita
lakukan pada masa lalu.Kebanyakan
dari kita tak mau mengakui kita
mempunyai sifat-sifat jahat dan
pernah melakukan penganiayaan
yang sama atas orang lain.
Pendekata.siapa yang nak mengaku
dirinya jahat?Tetapi mengaku atau
tidak,terpaksalah kita akui yang
kita manusia ni sudah pasti tak
boleh elak melakukan kesalahan
atau kesilapan.The best we can do
is just take note of it and make
sure we don't take that same path
to destruction,unless kita
sanggup berdepan lagi dengan
hukuman Allah.Ubahkan perangai
buruk kita tu,walaupun kita tak
mahu mengakuinya.
2)Allah Taala sengaja hendak
menguji kita.Jika ini berlaku.
kita patut bersyukur kerana Allah
Taala hendak membawa amalan kita
ke tahap yang lebih tinggi dari
orang lain;setinggi orang-orang
beriman yang lain yang telah
diuji cukup-cukup hingga hampir
-hampir meruntuhkan kesabaran
mereka sendiri.Dalam Al Quran
sendiri,Allah telah banyak kali
memuji orang-orang yang sabar
ini.Memang kita akui,menjadi
orang yang sabar menghadapi ujian
Allah adalah perkara yang paling
mencabar dalam mendapatkan
keredaan Allah.Tapi,kita tak ada
jalan lain.

Fikirkanlah.

AZLAN HAMZAH berkata...

Hai..silap tekan lagi.Si Tanpa Nama yang dapat nama!