Rabu, 6 Oktober 2010

Renungan Hari Rabu ..

Aku baru dapat e-mel dari seorang rakan kita maximum margin aka Awal/Akhiruddin (aku pon dah konfius) ..

Sangat menarik hingga aku rasa terpanggil nak tampal kat sini untuk dikongsi bersama ..

Kisah masa zaman Nabi Musa..

Time tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta dia untuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan. Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang. Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2. Bertanyalah Nabi Musa pada Allah,"Kenapa ya Allah?" Allah pun berkata,"Sesungguhn ya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu."

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu,""Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun.."

Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat.. Lantas, dia berdoa pada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telah bermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku.."
Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa..

Tak semena2.. Hujan pun turun mencurah2.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah? Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat." Nabi Musa pun berkata lagi,"Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia.."

Apa Allah kata selepas itu? Ini kata2 Allah.. "Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini.."

Source: Hati Sebening Mata Air, by Amru Khalid

Wassalam


2 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

GOODBYE JALAN COCHRANE

Sejak dari dulu,aku suka berbasikal ambil angin di kawasan ni.Bila dah penat,boleh duduk di mana-mana bangku batu yang ada di situ.Kawasan quarters kerajaan yang tenang dan damai ini penuh dengan laman-laman rumput yang menghijau dan banglo deret 2 tingkat stail lama.Malah aku pernah berangan-angan nak beli satu rumah di sini kalau ada rezeki nanti.Namun kali ini,nampaknya hajatku tak kan tercapai.Penduduk di kawasan ini baru-baru ini telah diberi notis supaya mengosongkan kawasan ini sebelum 31 Disember,kerana kerja-kerja pembangunan yang akan dilakukan di kawasan itu.Dan sudah tentu akan dibangunkan kondominium,shopping complex,pusat karaoke,cybercafe atas nama pembangunan.Wal hal akhirnya akan membawa masuk elemen-elemen dari tengah bandar seperti penagih dadah,warung-warung makanan yang tidak menjaga kebersihan,traffic jam dll.Inilah salah satu contoh dimana manusia menyalahgunakan anugerah Ilahi dengan melakukan kerosakan di muka bumisecara melampaui batas.Sepatutnya kawasan begini perlu dipelihara supaya generasi akan datang dapat sama-sama menikmati kawasan hijau ini sambil menyedut udara segar dan mengucapkan syukur pada Ilahi.Sekarang barulah aku faham mengapa Allah Taala banyak menimpakan bencana atas kawasan bandar.Kerana kita menyalahgunakannya.Bagaimana pun,farewell Jalan Cochrane.I'll surely missed you.

The Admin berkata...

Aku membesar di kawasan ini. Dari kecil aku tinggal di Lorong Cochrane Govt Quarters. So many beautiful & unforgetable memories. Kawan2 yg sama membesar was the best there is at that time until family moved out to Setapak in 1978. Aku selalu berkunjung ke sana bila ada masa esp. arwah ayah aku still beli barang dapur di Pasar Pudu and parked the car di Masjid Alam Shah. i would then went to get my old friends at the quarters to catch back old times. Bila aku dah boleh drive sendiri, I used to do a drive by at the area just to look & feel the calm atmosphere until the demolition start to make room for the MEX highway. By that time most kawan2 aku dan bertaburan hingga lost contact ..

Those were the days ...