Jumaat, 3 September 2010

Renungan Jumaat ..

Catitan dari seorang blogger yg patut kita kongsi bersama ..

Keyakinan

23 Ramadhan 1431H
Oleh : Jarjani Usman

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (QS. Al-Imran: 104).

Kalau membaca sejarah, tidak sedikit di antara sahabat Rasulullah s.a.w. pada awalnya adalah orang-orang yang tidak dilahirkan dalam keluarga muslim. Mereka non muslim. Mereka kemudian beralih keyakinan, dari non muslim menjadi muslim. Termasuk Umar bin Khattab r.a., yang kemudian menjadi sahabat dekat Rasulullah, muslim taat, dan bahkan menjadi amirul mukminin. Bukan hanya di masa lalu, sekarang pun banyak yang demikian.

Biasanya, tidak mudah merubah keyakinan seseorang manusia. Kalau pun kemudian mahu diubah, itu karena sudah sekian lama berusaha untuk menjawab rasa ingin tahunya tentang Islam. Dibacanya kitab suci Islam, iaitu Al Quran dan segala yang membentuk keyakinannya, termasuk bertanya kepada orang alim sebanyak mungkin. Setelah terbentuk suatu keyakinan yang mantap, barulah menyatakan diri masuk Islam. Karena sudah yakin, umumnya mereka benar-benar menjalani hidup sebagaimana disuruh dalam agama Allah itu.

Lantas bagaimana dengan kita yang terlahir dalam keluarga muslim? Di satu sisi, kita beruntung dan sepatutnya bersyukur karena ditakdirkan demikian. Namun di sisi lain, sebahagian kita bagaikan merasa selesa saja dalam keluarga Islam, meski tidak mahu mempelajari Islam. Seakan-akan keyakinan itu terbentuk sendiri. Akibatnya, begitu mudah mengabaikan segala perintah Allah, semudah melakukan segala yang dilarangNya. Diakui atau tidak, inilah pertanda belum terbentuk keyakinan diri tentang Islam, yang selanjutnya membentuk generasi yang lemah.

Generasi yang lemah ini, kalau tidak ada kepedulian dari kalangan umat tersebut, kembali menghasilkan generasi yang lebih lemah lagi. Karena itu, patut disyukuri di saat sedang bermaharajalelanya kemungkaran yang mematikan nurani sebahagian orang, masih ada segolongan orang yang senantiasa peduli terhadap nasib umat, menyeru kepada yang makruf dan mengajak untuk mencegah yang mungkar seperti ayat diatas.

1 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

DATUK DR.SHEIKH MUSZAPHAR

Aku pertama kali dapat jumpa dia pada awal tahun 2008 lalu di PWTC.Dan sejak itu,aku beberapa kali jumpa dan dapatkan autograph daripadanya,kerana hobby ku sebagai collector,malah dapat attend 2 lecture yang dibuatnya,mengenai Malaysian Space Program.
Mengapa Dr.Sheikh Muszaphar?Bagiku,dia adalah seorang lelaki yang patut dijadikan contoh bagiku dan bagi yang lain,jika ingin mencapai kejayaan material yang maximum dalam hidup.Bagi memulakannya,beliau adalah seorang yang all-rounder(serbaboleh)dan perfectionist.Sikap positivenya yang luarbiasa membolehkan dia memegang banyak peranan tetap dalam hidupnya pada usia 37;angkasawan pertama Malaysia,doktor perubatan,pengusaha restoran,part-time modelling,setakat yang kita tahu.Restoran Rebung(usahasamanya dengan Chef Ismail)di Bangsar,adalah antara yang popular di Malaysia.Manakala,beliau juga memiliki 2 klinik perubatan(di KL dan Rawang).Didikan tegas dari ayahnya(Datuk Sheikh Mustafa)seorang pemaju perumahan dari Seremban,membantu membina character yang bersikap`saya boleh'untuk menghadapi cabaran yang paling sengit dalam hidup.Beliau tidur cuma beberapa jam dalam sehari dan hampir-hampir tak pernah berhibur(seperti menonton dan sebagainya),kerana menganggapnya membuang masa saja.Hiburan baginya hanyalah careernya yang tersebut dan sukan seperti jogging dll.
Ini semua berbeza dengan sikap majority lelaki Melayu yang hobbynya hanyalah merempit,lepak di kedai mamak,menganggu perempuan dan berdemonstrasi tanpa apa-apa sebab munasabah.Dahlah pemalas,buruk pulak perangai tu.Dalam drama TV pulak,ditunjukkan orang Melayu ni semua kaya.Biar papa asal bergaya.

Fikirkanlah.