Selasa, 17 Ogos 2010

Adakah Kita Sedar ? ..

Dari catatan ruangan di www.harakahdaily.net

Ada beberapa perenggan aku delete supaya ruang ini tidak dianggap bias atau cenderung kpd. mana2 parti politik.

Aku tampal berita ni xde kena mengena dgn politik .. tapi inilah gejala sosial yg semakin menular sekarang .. didiklah anak2 kita dgn sebaik mungkin didikan agama .. samada Islam mahupun agama lain ..

*********************

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala .

Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui .

Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya .

Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas .

Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.



Harakahdaily/-

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

..hmm aparaa !.. petik dari harakah tapi seru jgn cenderung pada mana party2 politik..

..the very existence of harakah adalah politik.. lidah rasmi party isle 1msia..

The Admin berkata...

brader .. artikel asal aku dah edit .. aku keluarkan any wording yg ada kaitan dgn parti whatsoever .. aku tinggalkan nama akhbar tu as a credit dari mana artikel tu diterbitkan .. it's called courtesy. Tapi aku rasa ko tak tau makna cortesy ni not even being a professional politician.

cuba ko baca artikel tu .. it's about human dan apa yg boleh kita buat ..

dari dulu aku kata, kalu ko nak sangat bicara pasal politik .. jgn menyorok belakang "tanpa nama" .. tu bacul namanya ...

so, the next time ko try nak jadi hero bodoh aku akan tolong selamatkan maruah ko dgn men"delete" posting ko ..

capice ?

Tanpa Nama berkata...

~

..delete ?.. hehe.. well finally you willing to do the most original thing as blogger picisan..

..its easier to shun eh ?..

..hmm copy sana.. paste sini.. then u feel u've done enough..

..highlighting a social problems any 2year old can to do ler mat..

..grow up pls..

~

Tanpa Nama berkata...

~

..btw ngapa takut bebenor dgn politik mat ?..

..politics part of life.. we're all play it..

..if u've no party affiliation thats fine..

..but why impose restriction to your readers..

~

The Admin berkata...

naper bangang sangat ko nih .. this is a social blog .. not a political blog ..

mmg aku copy+paste dari blog lain .. tak pernah aku sorok atau sembunyi dari kenyataan ini .. aku sentiasa give due credit pd blogger asal even minta kebenaran dari mereka ..

maybe aku blogger picisan .. tp aku x menyorok belakang "tanpa nama" menjadi org yg x bertanggungjawab dan takut dgn bayang2 sendiri .. kalu ko nak jadi sgt blogger yg hebat .. setup sendiri pyer blog and get ur own material .. jgn jd maggot melalak x tentu hala .. and aku x takut dgn politik dan aku ada pendirian politik aku sendiri but I won't discuss it in here sebagai menghormati kawan2 lain dan nama blog ini sendiri .. I NEVER restrict a sensible and responsible reader BUT I won't tolerate irresponsible maggot anonymous reader ..

and you please grow up and get a life .. once ko dh grow up kita bicara politik in real life dan secara berdepan .. until then ko pergi main krayon .. or play with yourself ..

Tanpa Nama berkata...

~

..thats typical.. emotional betol ler ko ni mat.. hmm responsible readers eh ?.. they must be a confused lot..

..u r contradicting urself la mat.. u respect them n yet u caution them not think politically when copy n paste article about politics..

~

The Admin berkata...

you ARE actually contradicting with YOURSELF ler bro .. look at you .. you got a name .. even an internet connection .. YET you are so SCARED or maybe so ASHAMED with yourself to let people know who you are .. you were throwing stones yet you run and hide ..

as I said .. GO GET A LIFE ! such a sorry act of a so called "responsible" notizen .. hell .. I'm so sorry people are ignoring you ...

Tanpa Nama berkata...

~

..hehe.. mat o mat.. tang mana aku contracdict myself mat ?.. obviously your anger has effected your brain to differentiate..

..u've given options to those who want to comment.. "tanpa nama" is 1 of the options ler.. why the fuss ?..

..so next time ko copy paste.. just copy n paste in its entirety ler n let your readers hv the freedom to think n see from whatever angle they like..

..n if they're perturbed or concerned enough perhaps they will start writing..

..afterall berapa kerat je yg masuk blog ko ni..

..no hard feelin mat.. btw my crayons are runnin short n i'm left with limited colors ler.. haha..

~

The Admin berkata...

not just crayon bro .. i think your brain about to expire .. since you can't differenciates things that others can ..

go seek help laa .. i feel sorry for you .. no one to love you huh ?

Unknown berkata...

hm, apa punya komen da....
komen la yg berkaitan ngan posting..
aku peduli apa amik dr paper mana pun, yg penting isi artikel tu..
btw, memang sedih dengan perkembangan semasa tentang isu sosial ni...memang problem la bila anak2 gadis yg mengaku ISLAM menggadaikan maruah..dalam ISLAM, maruah anak gadis sgt ditekankan sehingga kalau kita terkorban sebab mempertahankan maruah diri, kita diiktiraf sebagai syahid (betulkan kalau aku salah).... moga2 kita semua dilindungi dr malapetaka berkaitan masalah sosial ni....

The Admin berkata...

at last .. a sensible comment ..

Unknown berkata...

bukan apa, topik menarik...
sayang kalau kita x berkongsi pendapat..terutamanya tuk org2 muda caam aku (muda ke?....) yg masih dlm proses pembelajaran... semakin banyak komen2 bernas, semakin banyak la input yg aku boleh dapat....sama2 kita berkongsi ilmu....

The Admin berkata...

itulah matlamatnya .. tapi sayang disalah ertikan ..