Gambar atas Shahrul dan dan Khai di Tawakal Hospital. Gambar tengah Khai, Hj Baoh (bukan nama sebenar), Isteri Hj Baoh dan Sham baru pas makan. Gambo bawah Kamaruzaman dan Sham Ghani. Ni kat Nilai pas lawat rumah Suzana.
Citer pasal sakit2 nih, Shahrul Azizi terkoyak ligemen lutut dan terima pembedahan kecil (yg tak brapa kecil) pada sabtu lepas. Aduh sakitnya lutut aku bila Sharul citer pasal pmbedahan dia. Tapi seronok plak bila tuan badan relax je dan ceria cerita pasal ibadah haji yang sempurna dibuat baru-baru nih. Itu la pasal, bila buat ibadah tak rasa sakit pun (ni lah nama ikhlas) tapi tak sedar rupa2nya lutut dah koyak. So, kini Shahrul dan Hasni kita kena pangil Pak Ji n Mak Ji lah.... harap cepat sembuh...
Suzana plak lebih serios walaupun bukan dlm hospital. Dia kekejangan otot tengkuk dan menahan sakit dgn pain killer. Dari lapuran tak rasmi, otot dia cedera teruk dan doktor suggest bedah. Eeee takut nya. Boleh baik ke? menurut doktor, dia tak leh gerenti, 50-50. kalu silap2 boleh sampai lumpuh dan kos bedah mencecah puluhan ribu RM. Doktor pun samdul gak, nak bedah tapi tak leh jamin. So, kami advise la Suzana to seek for 2nd opinion, jgn main potong dulu. Sesiapa yg rapat ngan Suzana yang nak tampil bantu apa2 silalah hubungi Hj Baoh (0173547729).
Gambo Suzana aku tak snap, aku malu lah nak minta izin. Hehe wartawan tak bertauliah. Tapi betul aku pegi. Hj Baoh and Zaman tentu tak caya.
32 ulasan:
Mahaguru Sham ada mencadangkan Suzana berubat di Melaka. Apa nama tempat dia aku susah nak sebut.. berbelit lidah.
Aku dgn man confius, yeke kau sampai rumah suzana.
Hj Sharul bila dia keluar. Dia kat wad brape dan dimana?
Terasa dah senja umur kita semua.. Dah mula sakit dan mati menunggu kita...
Bagi yg sempat bertaubat, alhamdulillah....
Bagi yg baru nak buat jahat,
masaallah....
Marilah kita sama sama membantu yg memerlukan...
umur kita dah senja...tapi klau hati rasa masih muda...macam mana nak tele kan tu....
bila dah senja .. tiba waktu utk kita menasihati anak2 pula .. dunia semakin berubah ...
Senja tu kalu dari sudut matematik, tapi fizikal dan hati kena buat muda.. anak kecik2 lagi beb...
kalau hati masih muda, bagus tu. Kita akan sentiasa ceria... boleh tambah kota...
anak anak aku akan sentaisa ada yg kecik. tak tau bila nak besar semua.
ada org cakap, bomoh zamri kata suzana kena buatan org.. betul ke? minta tuan bomoh perjelaskan info yg aku dgr
aku dgr citer wanna pun nak operation mata, betul ke?
aik, mana plak dgr citer cam tu. bukan buatan orang kalau2 gangguan jin. caya tak caya pun benda tu mmg ada.
aku lupa nak citer, pas makan tu, sham bli 2 anak ekor angsa yg cute, zaman tak nak bli sbb dia dah ada unser (toyota), baoh tak minat sbb dia suka anak orang, khai plak kata dia ada ulser, jadi aku tak dapat nak answer.
tanam unser tu .. lama2 bleh jadi alphard .. hehe
Bauh, ye betol Wana akan operation mata on 02.02.09 untuk buang selaput putih kat belakang retina mata dia. Tapi dia kata jangan risau sebab 'operation kecik je'. kita sama2 do'akan semua ok.
wana nak tukar mata x-ray ..
Kita doakan sesama kekawan yg sakit maupun yg sihat.Amin.. Lama tak dgr citer semua. Sihat semua?
Kamarulzaman :-
Maharagu Sham rupanya pandai cari urat ..Itu hari dia buat demo kat aku dan bauh memang power ..Sape ada yang terseliuh boleh la contact sham..Bauh lak tolong bagi isteri tu rehat ..cian aku tengok ...lepas ini kita buat rombongan cik kiah melawat wana...lepas reunion hari tu kita kali ini melawat orang yang sakit sahaja ...tapi bagus juga boleh juga insaf tentang pemakanan kita..Dan kali ini baru lah blog kita rasa macam ada sinar sikit...
Sesiapa ada masaalah sakit dalaman, boleh cari mahaguru Sham.
Kalau ada masaalah suara cari rockers zamri. Kalau ada masaalah keewangan, cari ayun.Tapi kalau ada masaalah saman DBKL,Penguasa Zanzilah lah orgnya.
alangkah beruntungnya org yg sihat jiwa raganya sihat poketnya dan sihat segala galanya sihat......
dan juga sihat amal ibadat nyerr ...
Haha ni la bagus, nampak macam yg tenggelam dah timbul balik hehehe yelah ari tu sebok ngan puasa, raya dah tu musim cuti2 plak. Apapon kita sama2 do'akan semoga kita semua sentiasa sihat serba serbi and hidup blog smpt!
MSN Group tu dh banyak kali nak cancel forum sinun sbb xder xtvt .. aku just login jer .. tapi xder org pon yg singgah .. so aku rasa next time Bill gates tanya nak tutup ke tak .. aku approve jer lah ekk ..
kawanku.com pon dh lama kejang ..
Alahai Admin janganlah merajok. Ari tu lepas reunion ada ura2 nak buat small reunion apamacam jadi ke? lya tabik kengkawan kite yg masih teguh & pegi melawat kwn2 yg sakit, tapi klu yg sihat pon tak salah klu kite jengok betol tak? lain x buatlah perjumpaan kat JB plak.......boleh tumpang sekaki hehehe
bukan majuk ler .. MSN asik tanya hantar e-mel kat aku .. so aku rasa since kt sinun xder org nk berforum scara tertutup (by approved members only)so i don't see any point of maintaining it ..
Kalau ada sesiapa nak orgenise re-union kecil kecil, war-war kan. Mesti ada yg nak joint. Bab kalau ada makan free, ha.... ini orangnya. Pandailah gue kumpul org org kampung smpt
Sembang sembang.. lupa nak tanya.. ana jaditak gi melaka hujung minggu ni
Ko ni Baoh, jap Bomoh, dah tu rockers lak..
Wana lum anta lapuran, gimana dia sekarang.. tolong sesiapa update..
Lya and Freda, welcome back, mana D'cita, FHH tak masuk dia pong tak msk. Mak ji tu dah balik ke? semoga sihat sejahtera,
Reunion kecik-kecik tu anyone leh organise, jgn tgu kitorang... aku pong dok tgu baoh and zaman kata nak buat kat PD..
Salam semua, wana admitted to Tun Hussein Onn Eye Specialist yesterday noon. Ari ni dia operate, klu takde ape esok dah boleh balik........dia kirim salam kat sumer kengkawan....
pasnih wana boleh guna contact lens kaler biru .. hijau .. huhu ..
harap sumer ok .. did mine long ago kat Dr Shukri ..
kat dr shukri dgrnya mmg bagus...my cousin patient dia...lya kirim salam kat wana....nak sms dia asik lupa jer....
p/s bila disbt freda....teringatkan seseorang...dimana dia skrang nih....dah lama tak dgr cite....
salam semua...
sori dah lama tak masuk sini, actually semalam baru balik dari umrah. Alhamdullillah... semua berjalan lancar.. ramai juga orang walaupun visa ziarah... opss... anne pun tak muncul kat sini ke...
to shahrul, suzana and wana moga cepat sembuh...
freda.....betullah mana HBC ya... lama tak muncul...
hingga skrang pun kita tak tau sape hbc...hmmm...
Siapa HBC tak penting, tapi siapa bebenor kawan dan siapa kawan masa senang je..
Catat Ulasan