Khamis, 5 Februari 2009

Ancaman Denggi ..

For the past months, ada banyak cakap2 pesal denggi nih .. tapi aku rasa tak banyak dihighlightkan dlm media arus perdana, mungkin sbb ada berita lain yg lebih sensasi kot .. yg peliknya media luar even WHO ada mention about it di web memasing .. hmmm ..

Nevermind .. anyway rakan sekerja aku spai sekarang masih MC sbb demam x kebah & suspected denggi. Tak tau lagi ada keputusan doktor so far. Yang aku diberitahu oleh member doktor mmg kes2 denggi kini mmg tinggi di WP/Selangor .. seramm ...

So harap2 kita sumer dapat pastikan diri kita sekeluarga terutama anak2 dlm keadaan selamat dan jauh dari wabak bahaya ini. Take whateva preccaution yg boleh bagi mempastikan we are not one of the statistic

Apa khabar member2 kita yg tak sihat tu hari .. ada perkembangan terkini ? Yg kat Perak skang jaga2 .. ada banyak katak .. hehe






5 ulasan:

kumaiman berkata...

demam denggi punca dia nyamuk je. alah kecik je tuuu... tapi Pol Pot yg samseng besor bunuh ribu-ribu orang mati pasal denggi.
So, ambil serios laa.. jauhkan tempat beranak nyamuk dari persekitaran umah masing2. Jgn tunggu gomen je.. kesian zanzilah, kalu korang harap kat dia sorang..
kalu tak cukup manpower, call baoh.

Bauh....... berkata...

AKU takde hal punya. Aku ada askar 10.5 org, Tapi jgn lupa... Raja Namrud mati kerana seekor nyamuk.

Bauh....... berkata...

Maklumat perkembangan.
Hari sabtu aritu Suzana dah pergi ke Pusat perubatan d melaka. Doktor Tulang Belakang tu kata suzana boleh semboh tanpa pembedahan tapi kena buat trapy sebanyak 40 kali. Seminggu 2 kAli. Kosnya dlm rm3000. Itu saje buat terkini. Sorry lambat update

Bauh....... berkata...

Wanna dan sharul apa cerita?

kumaiman berkata...

Utusan Malaysia Online 12 Feb

Kes denggi di Selangor membimbangkan - Liow
12/02/2009 5:22pm


PEKAN 12 Feb. — Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kes denggi di Selangor semakin membimbangkan dengan 18 kematian dan 6,700 kes dilaporkan sepanjang bulan lepas.

Beliau berkata Selangor merupakan negeri yang mencatat jumlah kes tertinggi setakat ini.

Liow berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran mengenai bahaya nyamuk Aedes yang membawa denggi.

“Kementerian Penerangan akan membantu menerusi kempen dan ceramah berkaitan kes ini dan kita juga berharap pihak Berkuasa Tempatan akan turut meningkat usaha membersihkan kawasan perumahan dan bandar,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata kementeriannya akan menyediakan sebuah bot laju untuk kegunaan Hospital Langkawi bagi membawa penduduk dari pulau itu yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.

“Bot ini menyediakan pelbagai peralatan merawat sama seperti sebuah ambulans,” katanya.

Beliau berkata bot itu akan dibekalkan pada pertengahan tahun ini sebagai menggantikan sebuah helikopter yang pernah dijanjikan kementerian itu kepada penduduk sebelum ini.

Penduduk Langkawi kini dibawa dengan feri penumpang untuk menerima rawatan di Alor Setar.

Liow hari ini adalah antara penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah peringkat pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Sultan Abu Bakar di sini.

— BERNAMA