Isnin, 10 November 2008

Result UPSR Khamis Ini ! ..

dari Berita Hairan Online ..

Keputusan UPSR diumum Khamis

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

Pelajar boleh ke sekolah selepas jam 10 pagi

PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 akan diumumkan Khamis depan.

Katanya, semua calon peperiksaan boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

"Keputusan analisis UPSR akan diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom pada hari sama," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, semalam.



So mak bapak yg dah janji macam2 klu anak dapat 5A tu .. standby jer larr .. macam aku .. hehe

Tiada ulasan: