Jumaat, 10 Disember 2010

Cuti Sekolah ..

Dalam diam dah nak sampai ke penghujung cuti sekolah hujung tahun nih ..

Mesti geng2 SMPT (yg ada anak) puas & penat melayan karenah anak2. Pergi bercuti ke luar negeri ke .. dlm negeri ke .. jalan2 balik kampung ke .. semua kerana anak2. Di samping tu, kita juga dapat rehatkan minda dari belenggu kerja sementara waktu. Duit pon banyak terbang hujung2 tahun nih.

Yang dpt bonus tu, bleh jugak kaver belanja lebih sikit esp. persiapan utk sekolah anak2 tahun depan.

Bagi aku, minggu depan baru aku dpt cuti seminggu bawak budak2 berjalan. Kesian aku tak ke mana2 lagi derang. Aku sibuk dgn ofis & baru tapi aku kena make sure sebelum cuti semua kerja tip top tak nak bos telefon masa cuti.

Apa2 hal (walaupun lambat) aku ucapkan selamat bercuti pd semua anak2 dan mak bapak ..

2 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

Pejam celik pejam celik,dah pun sampai akhir tahun 2010.Dan akan masuk umur 46lah kita sebentar lagi.Masa terlampau pantas berjalan buat orang yang tak mau tua macam kita.Masa budak dan remaja dulu,tak sabar-sabar nak jadi dewasa.Tapi bila dah dewasa dan tua pulak,meronta-ronta cari jalan kembali ke alam remaja:salah satu caranya,tampalkan gambar masa muda kat profil FB.Ooii...tu dah terlajak lebih,brother!Tak kan tak terima kenyataan.Selawa-lawa manusia di dunia ni,satu masanya nanti,pasti berkedut muka bersama-sama dengan teman-teman yang tak lawa.Bagi gua,senang je.Gua sentiasa anggap diri ni manusia yang paling hodoh di dunia ni.Jadi,tak payahlah pening-pening kepala tengok cermin hari-hari,pastikan kedut dan uban tak tumbuh.Bila sampai masanya,yang lawa dan yang tak lawa,sama-sama akan berkedut dan beruban.Tapi,macamana pun,janganlah risaukan benda kecik tu semua.Yang paling penting,ialah persiapan kita menghadapi hidup di akhirat kelak.Kalau betul-betul jujur dan ikhlas,kelak akan gerenti selesailah segala permasalahan kita nanti(termasuk nak jadi muda balik).

Wassalam.

AZLAN HAMZAH berkata...

Sejak akhir-akhir ni,lepas je surfing kat PC,kepala aku rasa pening dan berpinar-pinar.Aku dah cuba catu time aku kat PC supaya tak lebih 1 jam saja.Tapi,benda yang sama tetap berlaku.Mungkin aku ni ada allergic dengan PC tak?Wallahualam.

Macamana pun aku kena ambik langkah drastic berhenti surfing atau posting kat web ni dan FB for the time being.Kecuali yang berkaitan dengan tugas je.Masa kecik-kecik dulu,mom and dad banyak kali sound aku jangan tengok TV dekat sangat,takut rosak mata.Dan sekarang,dengan duduk mengadap PC yang pancarannya macam TV,aku takut benda ni effect kat mata aku.Aku sebenarnya ada banyak idea dan maklumat yang belum aku siarkan dalam web ni.Namun benda ni nampaknya terpaksalah aku tangguhkan.Macamana pun aku haraplah member-member yang lain tu berilah support sebanyak mana yang boleh kat web ni yang specially created untuk kita semua,supaya ia boleh terus hidup.Until then...

SO LONG and...
GOODNIGHT!