Sabtu, 25 September 2010

Open Haus ..

Ni hari langsung tak lekat kat rumah ..

Pagi breakfast kat One Utama. Lunch berlegar kat Bangsar cari katil utk anak bujang aku. Dlm kol 3 gerak menuju ke rumah Zamri. Jalan jem tak hengat!! Ada GPS plak aku lupa update map. Meraban carik rumah Zamri kat Puchong dlm hujan lebat. Pusing pyer pusing jumpa gak after 1 jam lebih perjalanan huhu .. Ingat nak terus ke rumah Zaiton kat Bandar Tun Razak. Jalan masih jem giler. Apasal aku tak tau .. Yet tepon kata dia dan Zulfazil & Ahmad Ridza dah sampai. Aku give up sbb masa tu aku masih di Puchong tgh beratur dlm jem. Aku kirim salam jer kat Eton. Sorry sis sbb aku ada itenary lain. Family matters ..

Ni baru sampai rumah .. esok sambung lagi .. ada kenduri & open haus sampai malam ....... rezeki Syawal kot ..

2 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

NEIL ALDEN ARMSTRONG

Aku first time dapat jumpa dia ni pada pagi hari Selasa 6 September,2005,di pintu masuk KL Convention Centre.Dia datang menghadiri Global Leadership Forum yang diadakan di situ.Walaupun tak dapat autograph(dia tak sign autograph sejak 1994 sebab ramai yang jualkannya balik dengan harga tinggi di internet),aku rasa bertuah dapat bersalam sambil berbual pendek dengannya.Aku betul-betul rasa teruja,esok pagi,aku berada di tempat yang sama semata-mata ambil peluang berbual dengannya lagi.
Mengapa Neil Armstrong?Sejak di bangku sekolah rendah lagi aku mula mempelajari tentangnya dalam buku-buku sains masa tu.
Beliau dilahirkan pada pukul 12.30pagi,Selasa,5 Ogos,1930,dalam sebuah rumah ladang dekat Wapakoneta,Ohio.
Pada hari Sabtu,3 September,1951,jet US Navy yang dipandunya,ditembak jatuh dekat Pohang,Korea,semasa Perang Korea.Namun dapat menyelamatkan dirinya menggunakan parachute.
Pada tengahari Ahad,16 September,1962,dengan secara rasmi menjadi angkasawan untuk National Aeronautics and Space Agency(NASA).
Pada hari Rabu,16 Mac,1966,pertama kali menaiki rocket ke angakasalepas bersama David Scott untuk Project Gemini 8.Namun pada hari itu,semasa di angkasalepas,rocket itu rosak sambil berpusing-pusing,hingga terpaksa dipandunya pulang ke bumi pada hari itu.
Akhirnya,pada hari Rabu,16 July,1969,beliau menaiki rocket Columbia bersama Edwin Aldrin dan Michael Collins dari Cape Kennedy,Florida,bagi Project Apollo untuk ke bulan.
Akhirnya,pada 10.56PM,Ahad 20 July,1969,kaki kirinya pertama kali memijak atas permukaan bulan,sambil menuturkan kata-kata hikmat,"That's one small step for man,one giant leap for mankind".
Aku berumur 4 tahun masa tu.Tapi peristiwa sejarah besar dunia itu tak dapat disiarkan cara langsung di TV Malaysia,kerana ketiadaan station satellite bumi masa tu.

Wassalam.

The Admin berkata...

ko tak hantar kat dia kad raya ke Lan .. hehe