Khamis, 15 Julai 2010

Renungan ..

Dari sekitar blogger .. untuk maklumat kita bersama .. gambar tu cuma hiasan (dari blogger asal) ..

Matlamat perkahwinan dlm Islam

3 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Mendapat kemulian dr Islam dgn perkahwinan.

Diantara perkara yg menunjukkan Islam memuliakan manusia dgn perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah. Nabi bersabda:

(في بضع أحدكم أجر) Maksudnya: Hubungan kelamin yg dilakukan oleh seseorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala? Lalu Nabi menjawab:.

(نعم، أرأيتها لو وضعها في حرام أكان عليه وزر؟ كذلك لو وضعها في الحلال كان له أجر)
Maksudnya: Ya, Ape kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pd yg haram(tentunya mendapat dosa)? Demikian juga sebaliknya apabila seseorng tu melepaskan pd yg halal, dia akn mendapat pahala.(HR Muslim)

Begitu juga Allah membantu kepada mereka yg ingin berkahwin. Nabi bersabda:

(ثلاثة حق على الله عونهم: -منها-الناكح الذي يريد العفاف)
Maksudnya: Tiga Golongan yg Allah pasti tolong mereka: -slh satunya- org yg bernikah kerana nak menjaga dr maksiat. (HR Tirmizi)

2.Mencari ketenangan dan kebahagian dlm perkahwinan.

Firman Allah s.w.t:

((ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة))
Maksudnya: Diantara tanda2 kekuasaannya menjadi pasanganmu dr kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati pdnya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri...(Al-Rom: 21)
Nabi bersabda:

((أربع من السعادة: -منها-المرأة الصالحة))
Maksudnya: Empat dr kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)

3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.

Nabi bersabda:

((من تزوج فقد استكمل نصف الإيمان، فليتق الله في النصف الباقي))
Maksudnya: Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)

4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal.

Nabi bersabda:
((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله))
Maksudnya: Apabila seseorang kamu melihat wanita yg cantik dn tertarik dgn wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya.(HR MUslim)

Ibnu Masud berkata berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku..sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dlm keadaan aku bujang.

5. Membina generasi yg gemilang.
(تناكحوا تكثروا، فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة)
Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin,d gn itu dpt memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dgn umat yg banyak pd hari kiamat..

Jangan kita kata gatal pd org yg nak kahwin tapi kita bekalkan dia dgn ilmu Allah swt. Aku sekadar menyampaikan maklumat yg aku ada ...


2 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

SATU LAGI KISAH DI TAHUN 60'AN

Masa tu gua ingat sekitar akhir tahun 1968.Umur baru 3 tahun.Pada hari tu,gua punya Daddy bawak gua pergi kerja sekali ke tempat kerjanya di Jalan Mountbatten.Dari tempat kerjanya(Plessey Ltd),dia bawak gua hantar barang dengan menaiki scooter 3 roda(berbumbung)Ke satu tempat bernama Tropicana Hotel di Sentul.
Tak ada apa yang menarik tentang hotel tu,kecuali tempat tu ialah R&R Centre untuk askar-askar Amerika yang berehat dari tour of duty di Vietnam Selatan.Daddy tak benarkan gua masuk ke dalam.Tapi gua boleh intai dari luar pintu,ada 30 ke 40 askar Amerika sedang beratur menuju kearah satu meja besar.Di meja tu,duduk seorang perempuan Cina gemuk dengan rokok di bibir melayani diorang tu.Di kiri-kanannya berdiri dua orang lelaki Cina berbadab tegap dengan leher macam lembu jantan,seorang botak licin dan seorang lagi rambut crew cut.Of course gua tak tahu apa masa tu,tapi askar tu semua sedang berlanggan perempuan untuk social escort sepanjang masa mereka bercuti tu.Disebalik tangga ditepi dinding tu,gua tengok berbaris`kupu-kupu malam'(terdiri dari bangsa Melayu,Cina dll.) sedang duduk sambil menyapu make-up dan minyak wangi,menunggu dijemput oleh askar-askar tersebut.Askar-askar tersebut terdiri dari berbagai-bagai bangsa(Orang Putih,Negro,Hispanic,Red Indian dll.menurut kata Daddy).Ada 4 orang anggota polis(berseluar pendek dan bersetokin panjang)berkawal di luar hotel tersebut.
Sebenarnya,R&R Centre tersebut telah dibuka pada tahun 1966,serentak dengan yang ada di Hotel International,Georgetown,Pulau Pinang dan Shelford Drive di Singapura.Gua tengok Daddy agak friendly betul dengan seorang askar Amerika yang berketurunan Hawaii.Lepas hantar barang,Daddy terus bawak gua kesatu restoran bernama A&W bertentangan dengan Globe Silk Store,Batu Road.Di situ tercegat askar keturunan Hawaii tadi dengan jeep tenteranya.Sebab mukanya macam orang Melayu,gua cuba nak berborak-borak dengannya.Tapi dia cuma tersengih sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.Daddy berborak dengannya dalam bahasa Inggeris.Dalam restoran itulah ,first time gua dapat makan American Fast Food,dengan hamburger,french fries,milk shakes dan of course root beernya yang famous tu.Sambil duduk makan-makan tu,gua pun tanya Daddy;apa yang askar-askar dan perempuan-perempuan bermekap tebal di hotel tu tadi nak buat?Dengan pantas dan pendek,Daddy jawab"Diorang tu nak kahwin",dan suruh gua habiskan makan cepat.Habis makan,kitorang pun terus keluar dari situ,dan askar ni pun menyeluk poketnya sanbil menghulurkan coklat Hershey's pada gua.Sambil berpisah,dia pun melambai pada kitorang.Namanya,Daddy pun dah lupa,tapi mukanya sebijik macam Ricky`The Dragon'Steamboat(yang wrestling tu).
Beberapa lama kemudian,R&R Centre di Pulau Pinang tu pun tutup pada Ferruari,1969.Yang di K.L.ni pun tutup bila berlaku peristiwa 13 Mei,1969 tu.Manakala di Singapura ,tutup pada Januari,1970.Demikianlah konsep`kahwin'setengah-setengah bangsa dan peringkat masyarakat,macam askar-askar dan perempuan-perempuan bermekap tebal tu tadi.
Syukurlah,pengaruh macam diatas tadi tak menular dengan teruk dalam Tentera Malaysia.
Renungkanlah dan fikirkanlah.

Yang Ikhlas,
Gua Yang Belum Kahwin

The Admin berkata...

malangnya budaya "RAGGING" masih diteruskan to the extend of life threatening .. naper ekk ?