Isnin, 7 Jun 2010

Tazkirah Isnin .. Doa Ringkas Selepas Solat ..



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

1 ulasan:

AZLAN HAMZAH berkata...

Sebut pasal tazkirah ni,gua pun nak bagi tazkirah jugak.Gua punya topik kali ini ialah"Apa Makna Silaturrahim(Persahabatan)Pada Akhir Zaman Ini".Memang bila kita lihat lifestyle umat manusia pada masa ini,segala-galanya nak cepat:nak cepat kaya(tanpa hitung halal haramnya),nak cepat naik pangkat,nak cepat naik gaji,nak cepat cari orang gaji(nak ganti yang telah lari) dll.Everything's made possible dengan teknologi terbaru,seperti internet dan cellphone.Sejak reunion pada 2008 yang lepas,gua perhatikan member-member semua dah hilang steam dan mula rasa boring antara satu sama lain.Walaupun dengan adanya Facebook,tapi gua tengok dalam tu,tak banyak perbincangan yang serious,only lots of childish banter,tak lebih dari tu.Macam terikut-ikut pulak dengan budak-budak muda yang lain dalam website tu.Come on guys,we are all 45 now,and getting older moment by moment(ouch!).Right now,is the time to discuss the true meaning of friendship.Macam gua cakap tadi,sikap nak cepat dan terlalu bergantung pada cellphone dan internet,boleh menyebabkan kita hilang sabar dan cepat bosan dengan orang yang kita ada connection.Masa mula-mula tu,memanglah bersemangat,tapi lepas tu,lama-lama masing -masing mula dah naik menyampah antara satu sama lain:bila tertera nama yang sama pada screen handphone tu,mulalah merungut"Binawe,tak da orang lain ke nak call ni".Ini ialah contoh yang gua nak tunjuk pada kauorang,mengapa kalau sesuatu teknologi tu kalau digunakan secara melampaui batas,akan mendatangkan keburukan pada penggunanya.Tentang subject friendship ni,sebenarnya it's better kalau kita meet face to face,rather than spent endless hours depan computer screen merapu benda yang bukan-bukan,which getting us nowhere.Berbalik pada relationship antara kita sekarang,gua akui kita memang tak terror macam budak-budak St.John dan VI yang hampir tiap-tiap tahun boleh adakan reunion,dan ada pula clubhouse di sekolah masing-masing untuk diorang punya Old Boys'Association.Mereka mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lagi sejak di sekolah lagi,tanpa mengira kelas.Berbalik pada kita di SMPT ni pulak,budak-budak kelas pandai tak berani nak campur dengan budak-budak kelas bodoh(takut berjangkit pulak).Gua dulu duduk di kelas 5A1,kira kelas bodoh jugak la tu.Jadi,the main point is,kita tak pernah akrab.At least dalam 5A1 ni pun,tak da langsung end of the year party;isk,isk,isk,rasa macam nak nangis.Jadi,kejayaan kita adakan reunion pada 1999 dan 2008 lalu,boleh dikirakan sebagai satu miracle.Macam mana pun segalanya sekarang adalah terletak ditangan kauorang samada nak teruskan benda baik ni atau tidak.Gua pun masa sekolah dulu,tak pernah berkawan rapat dengan sesiapa,rasa macam tak sabar nak cepat besar dan pegang duit sendiri,satu sikap yang gua rasa amat kesal sampai kini.I think what brother Mohd.Noh did right now is commendable,in spite of increasing difficulties to keep our friendship together.But it looks like he's fighting a losing battle.Unless we give our full support to him,we could always have each other.Otherwise,we'll even lose this website too...this time for good!