Posting ni takder kena mengena dgn sesiapa ..
Aku tulis posting ni sbb 40 tahun yg lalu aku dpt merasakan suasana 13 Mei .. walaupun tidak secara direct tapi bahang peristiwa itu tetap dpt aku lihat. Masa tu kami sekeluarga tinggal di kawasan Pudu (Jalan Cochrane to be exact). Ayah aku kerja di Percetakan Negara (Jalan Chan Sow Lin). Dia telah dijemput ke pejabat dgn di escort trak askar. Suasana pada masa itu mmg agak kelam kabut walaupun tiada kekecohan yg serius. Aku nampak mak aku berlinangan airmata melihat ayah aku pergi sbb pada masa itu tiada sesiapa pun yg tahu apa akan terjadi seterusnya. Apa akan jadi kepada kami anak beranak. Kami semua pada masa itu masih kecil dan tak dapat mempertahankan diri sekiranya yg tak diingini berlaku. Walaubagaimanapun kawasan kuarters kerajaan itu telah ditempatkan pos polis/tentera bagi menangani sebarang kemungkinan.
Kuarters ini menempatkan staf kerajaan dari pelbagai peringkat serata dari pelbagai kaum. Untuk beberapa tempoh kami hidup dalam keadaan ketakutan. Kedengaran kekecohan di radio dan jalanraya dan suara-suara melahirkan kemarahan serta ketenangan akan keadaan pada masa itu diikuti jeritan siren polis & ambulan. Aku tidak dapat mengingati semuanya kerana aku masih kecil tetapi yg terpahat di ingatan aku adalah ketakutan serta kesedihan mak aku serta kesunyian malam2 yg panjang.
Satu lagi yg aku ingat adalah semangat kejiranan yg tinggi dari pelbagai kaum pada masa itu, di mana keganasan telah menjauhi kami. Jiran2 yg sedia membantu antara satu dgn lain. Tiada batas perkauman, yg ada cuma kasih sayang & penghormatan sesama insan atas nama kemanusiaan. Kerana itulah aku sehingga kini masih percaya akan Islam itu melangkaui kaum. Jiwa Islam itu ada di dalam setiap manusia, cumanya batas pemikiran dan kehidupan insan itu sendiri yg membezakan kita.
Oleh itu, janganlah kita membezakan kaum itu samada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain2. Kita hidup di dalam satu daulah : Malaysia. Keamanan dan kesejahteraan dari setiap sudut adalah misi kita. Kerana dgnnya, apa yg kita impi dan idamkan akan tercapai dgn sendirinya ..
Ini adalah pengalaman aku sendiri .. terus dari apa yg aku lalui .. bukan dari tulisan2 yg telah sediada.

3 ulasan:
terimbau kenangan lalu...masa tu sy baru sampai di datuk keramat dari sarawak....malam pulak tu...gelap dan sunyi sekali...emak kata ada askar berjaga-jaga di sana sini....pengalaman pak saudara di itm pj pula, bas dinaiki ramai cina..dia pun memang mirip rupa cina cuma kecut perut takut ada yg menyapa...
betapa berharganya keamanan dan kemerdekaan... kita terhutang budi dengan para pejuang terdahulu yang mempunyai semangat perjuangan yang tulin dan tulus walaupun terpaksa menggadai nyawa.
hi saya pun ex-student from smkpt...
1994 - 1998...
norfaridah : ada antaranya yg nama mereka tiada dlm lipatan sejarah ..
cujie : geng2 ko yg lain ada dpt kontek ? uar-uarkan kpd mereka akan site ini .. and welcome //
Catat Ulasan