Sabtu, 26 Julai 2008

Reunion 2008 - The Review Part 2 ..

By this time, semua para jemputan telah pun berada di tempat duduk masing2 yg telah disediakan. VIP kita, Chekgu Misran & Puan Che Wa serta Mr. Lee tiba dan disambut oleh SEMUA para hadirin. Mereka kelihatan begitu terharu dgn sambutan yg telah diberikan. Mana tak nyer, semua member lama ingat lagi akan diaorang (ada yg masih phobia kot hehe..takut kena rotan).


MC of the day, saudara Yusof Harun memulakan ucapan aluan kepada semua yg hadir. Setelah bacaan doa selamat yg diketuai oleh saudara Azauddin, saudara Zamri dijemput naik ke pentas sebagai mewakili semua komiti event menyampaikan sepatah dua kata. Antara ucapan beliau adalah agar selepas ini (reunion) kita semua dapat menyambung silaturrahim antara kita melalui blog ini, di kawanaku.com dan juga MSN Forum, yg mana telah dibangunkan utk kita semua berinteraksi sesama sendiri di samping bertukar2 informasi berkaitan kita semua agar hubungan kita tidak terputus begitu sahaja selepas sekian lama terpisah haluan.Selepas itu, tetamu VIP kita, Chekgu Misran telah dijemput utk menyampaikan ucapan beliau sebagai amanat utk para hadirin. Ucapan beliau antara lain adalah akan rasa terharu beliau kerana kita semua (the 1st time) telah menunjukkan penghargaan yg tinggi kepada beliau & para guru lain amnya. Walaupun nampak agak berusia, akan tetapi karisma beliau masih lagi kelihatan. He was given a standing oviation dari semua yg hadir sebagai lambang terima kasih akan jasa2 para guru mendidik kita pada satu ketika dahulu.

Sementara itu, aku pulak telah di "petik" utk memberi sedikit ulasan akan video presentation yg telah ditayangkan di skrin besar yg memaparkan antara lain gambar2 lama yg telah mengimbau nostalgia kita semua. Setelah ucapan selari aku yg tak seberapa tu, MC Yusof telah meminta kami sedekahkan Al Fatihah kepada beberapa rakan2 kita yg telah meninggal dunia, antaranya adalah Razali Majid, Azhar Majid, Azhar Marzuki (An) & Noraidah Mohd Tahir. Suasana sepi seketika ...

Kita berhenti utk iklan lagi ...

Tunggu ...

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Soul nice photo. Tapi sedih sikit sebab muka gua tak nampak..isk..isk..:-(

Tanpa Nama berkata...

Sorry Soul, pembetulan...doa selamat dibaca oleh Azauddin.

Tanpa Nama berkata...

ye lah soul, bila lak bauh baca doa... bukan ke azau... kan dia kata dia yg nampak paling tuas sekali... jgan marah azau..

kumaiman berkata...

amree, dcita, baoh mmg ada baca doa, korang tak dgr. masa nak makan dia ada baca.. hehehe. anak2 dia aminkan.
soul, upload ler gambor dionag ngan mr lee tu.. cute ape.. hehehe

Bauh....... berkata...

betulah kau ni soul... bila aku baca doa..dulu adalah..ingat nak naik pentas juga ari tu, tapi bukan nak baca doa tapi nak nyanyi tapi mc tak panggil....

Tanpa Nama berkata...

LUV FROM HBC....

WAH GAMBAR DAH MASUK...
NAMPAK KITE TAK?........
NOMBOR 4 DARI DEPAN , LIHAT-LIHAT TAK NAMPAK..

HIE...HIE...HIE....

LUV HBC....

Tanpa Nama berkata...

kumai kalo gambar kitarang 5sc 2ngan Mr. Lee tu memang semuanya nampak cute... dari dulu kini dan selamanya... tetap cute hehehe

kumaiman berkata...

betul baoh, kalu ko nyanyi mmg macam 'giant'(doraemon)..nanti tak nak lepas mike, sbb tu aku pesan jgn bagi baoh baca doa, nanti dia nyanyi. kehkehkeh..
dcita, mmg gambo 5s2 tu cute2 suma, nampak mr lee lebih muda..(ops, dari cikgu misran!! hehe)
hbc, sori tak cam gak mana ko..

The Admin berkata...

eremerks .. pakcik dah tua hehe .. ok aku dah betulkan .. sorry azau ..

amree .. gambar ko tu ada .. kat part 3 .. check it out ..

Tanpa Nama berkata...

mana chef awin kita nih dah lama tak nmpak kat cni......

PEPPERMINT ZING berkata...

Ade...sehari 2 x misti lalu tp tak post je....