Aku dapat info ni dari e-mel pagi nih .. aku juga pernah melalui pengalaman yg sama spt penlis nih .. apa komen korang ? ..
Lebih  Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti  Paranormal
 Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7,  Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
  
 Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari  rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan  dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit  tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.
  
 
 
 
 
 
  
 Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan  secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari  tertentu mereka kerugian.
  
 Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini,  mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara  halal.
  
 Hampir  jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar  Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata  ...
  
 "Kemboja!  Kemboja!"
  
 Biarpun  hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena  jerangkap samar di negara asal.
  
 
 
 
  
 Sewaktu  saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya  berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit  berikutan kekangan bahasa.
  
 Beberapa  minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan  desakan hati kecil.
  
 
 
 
  
 Pasti  ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba  menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat  terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.
  
 Ketika  itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari  jarak jauh.
  
 
 
 
 
 
  
 Sewaktu  beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira  hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian  bergerak ke arah belakang kedai.
  
 Saya  mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan  gambar.
  
 
 


  
 Islam  pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta.  Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa  teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya  bulan untuk kita bersedekah.
  
 Ops!  Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara  teliti.
  
 
  
 Menarik?  Pelanduk dua serupa?
  
 Tumpukan  perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya  saya rakamkan.
  
 Ya,  kejadian pelik.
Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding  perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum  ini. 
  
 Saya  difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika  gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian  kenderaan.
  
 
 
 
 
  
 Sewaktu  dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun  tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 Papan  gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah  van. 
  
 Tadaaaaaaaaaa!
  
 
 
 
  
 Dia  kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap  berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa  peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram  mereka.
  
 
 
  
 Jam 6.28  petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi  seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya  fahami. 
  
 
 
 
  
 Saya  kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan  di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain  selempang dari dalam bajunya.
  
 
 
 
 
 
  
 Dia  memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung  melihat kaki kudungnya. 
  
 "Enam  puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju  merah.
  
 
  
 Itu  jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin  tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh  sama.
  
 
 
 
Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian  membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia  tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab  itu.
  
 Terlintas  di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?
  
 Mendengar  saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan  berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis  terbabit.
  
 
  
 Dia  kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang  ramai.
  
 
 
 
  
 Pengemis  itu kemudian dibenarkan beredar.
  
 
  
 Kali ini  dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus  mengekorinya sambil merakamkan gambar.
  
 
 
 
 
 
Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan  kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu  sahaja.
  
 
  
 Melihat  senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya  tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja  itu.
  
 Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi  dinaikinya tidak berasa selesa.
"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia  kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.
Akhirnya, kami difahamkan, pengemis  itu menetap di Damansara Damai.
"Saya tak nak bawa dialah," ujar  pemandu.
Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari  teksi.
  
 
 
 
 
  
 
 
 
  
 Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih  tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah  merah.
  
 
  
 Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang  'bayu senja' bulan Ramadhan.
Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga  Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara  mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi  negara ini bersama kita.
Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai  kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.
Bertindaklah  apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.
Itu pesan  saya.
  
 Nukilan Mazidul Akmal Sidik