... Eksklusif untuk bekas-bekas pelajar Tingkatan 5 (1982) SMPT .. yang 81-84 tu nak join pon boleh ...
Khamis, 28 April 2011
Lawak Sengal ..
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA: "Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah."
KATAK: "...patutlah,rokok dah habis lah!"
KURA: "Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu."
KATAK: "Ala... kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli."
KURA: "Bagus jugak idea kau tu."
ULAT: "Aku malas lah nak pergi beli."
KURA: "Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah..."
ULAT: "Ok lah,aku pergi beli sekarang."
10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA: "Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?"
KATAK: "Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni."
KURA: "Rokok yang aku suruh beli tu mana?"
ULAT: "Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!"
KATAK: "Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?"
ULAT: "Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!"
Rabu, 27 April 2011
Pagi Yang Gelap ..

Jam 7.30am tapi mendung semacam lak .. tp bukan pasal nak hujan .. hmmm. .. pelik2 cuaca kat sini .. Sampai ofis seem too early so kami konar balik kuar ke pekan pekena roti canai plus rendang daging .. terbaekk ..
So Friday nih exit meeting harap dapat settle cepat .. I missed my family ....
Night In Kuala Lipis ..

Kami sampai malam terus gi makan dulu kebetulan dekat hotel ada port makanan panas. Hotel just a walking distance jer .. confirmed booking so xde hal late check in .. Masa jalan ke hotel lepas makan, aku nampak bulan tengah mengambang cantik .. so aku pon kuarkan phone dan snap pic nih against backdrop hotel .. tetiba anjing menyalak semacam .. naik bulu roma jap .. Hotel ni plak hotel lama berdepan dgn belukar di kaki Bukit Clifford .. huhu .. new place yg x pernah aku jejak .. terngiang lagu Hotel California lak dlm kepala aku ..
Takmo citer panjang .. but 3 days later kami tukar hotel lain kat Bandar Baru Kuala Lipis .. huhu
Kerana Tugas ..
Aku ada kat ofis dlm 2 minggu je paling lama .. sbb for the past 2 month aku kena tour Pahang. Sebelum nih Jerantut .. now dah masuk minggu ke 2, aku di Kuala Lipis. Penat mmg penat .. mana tak nyer .. balik hotel just for tidur jer .. and the hotel .... small town hotel .. go figure. Tapi bab makan .. mmg aku tabik spring .. sedap dan murah !!
Kat Jerantut tu hari got a chance belasah ikan patin courtesy of the local office .. yg best nyer straight from the source .. Kuala Tahan. Aku tak tau berapa harga semua yg kami makan .. but 1st time aku enjoy makan ikan sungai.
Lipis .. selain dari Siti .. top dgn ikan kelahnya .. maybe weekend nih .. lalala
Jumaat, 22 April 2011
Selasa, 19 April 2011
Siapa Boleh Confirmkan ? ..
Bapa Francissca Peter Meninggal Dalam Islam
Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.
Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu.
Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.
Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan.
Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.
Posted @ www.isuhangat.net
Tazkirah Pendek ..
Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran
Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan
1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan. Klik like jika anda pengguna FB.
Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam
Selasa, 12 April 2011
Ucapan Hari Lahir ..
Baru balik dari Jerantut skang terus kena prepare utk outstation lagi. Masa yg teramat "limited" utk bersantai .. even FB aku pon jarang2 bukak .. on certain time cuma browse thru tepon jer ..
Since ada kelapangan sikit nih aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada kawan2 aku yg baru2 nih celebrate such as Awal/Akhir yg baru terlepas nih .. yg sebelum2 nih dah yg akan datang (Kamalia, Azauddin, Lau, Siti Jamilah dan lain2). Semoga kalian semua berbahagia selalu dan dikurniakan kesihatan yg terbaik.
Happy Birthday y'all ..
Rabu, 6 April 2011
Kini Kembali ...
Huhu .. mmg penat .. sbb kena check kerja orang .. tapi alhamdulillah .. so far so good. Banyak pengalaman yg aku dapat .. and a lot of new friends too .. Dapat makan ikan patin FRESH dari sungai (yg bukan diternak) .. masuk Taman Negara ke perkampungan Orang Asal/Asli ..
Walaupun aku stay kat Jerantut(truly a sleepy town) for the whole time auditing .. fikiran aku tenang sbb tak perlu harungi traffic jam KL for a whole 3 weeks !! But still .. in interval ada gak fikiran aku ter"corner" sket sbb kan kenduri anak buah aku yg dibuat kat rumah .. but all was well ..
So my niece, Syahrain Hanna .. Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahgia mengharungi dunia baru bersama insan tercinta Mohd Nizam .. All The Best for Uncle ..
Ahad, 20 Mac 2011
Projek Ngeteh / Mini Reunion Kelas 5A1 ..
Nak tu nak le jugak .. tapi dgn modus operandi kerja aku sekarang nih, mmg payah aku nak buat since aku kena selalu bertugas luar KL hinggalah Ogos nih .. tu pon jadual utk tahun kewangan nih !! ..
So aku harap2 adalah member yg lain dapat bantu merealisasikan projek ini. Make sure at least 85% yg dpt dihubungi tu boleh hadir .. aku akan cuba bantu mana yg boleh .. this can be a run-up to a mega gathering in the near future .. who knows ?
Rabu, 19 Januari 2011
Setahun Sudah Berlalu ..
Esok (20 Januari) genap setahun ayah aku meninggal. Masih segar dlm ingatan aku .. minggu2 terakhir kehidupan dia .. setiap hari aku mendampingi dia .. cuba memberi dia semangat utk hidup dan kembali pulih .. sekembali aku dari mengerjakan Haji terus shj aku meluangkan masa yg tak seberapa ini demi utk dia ..
Aku bernasib baik cuti tambahan aku pada ketika itu diluluskan tanpa banyak karenah sbb pejabat aku tahu situasi getir aku ketika itu .. kalau aku bekerja pun takkan produktif dan hilang tumpuan. Sesekali aku ke pejabat utk urusan resmi dan tugasan yg org lain tak dpt buat bagi pihak aku. Malah aku diberi pelepasan keluar awal sekira perlu.
Kini .. semua itu tinggal kenangan .. aku puas kerana dpt berbakti hingga saat akhir ayah aku melihat dunia ini ..
Al-Fatihah buat ayahanda Hj. Abu Bakar Latiff ...
Selasa, 18 Januari 2011
Ngeteh Masa Cuti Raya Cina ?
* bagi yg tak faham .. ngeteh nih maksud jumpa kumpul sambil minum teh .. tu la lebih kurang ..
So .. yg aku nampak time nak Gong Xi Fa Chai nih ..
so sesaper yg berhajat tu .. sila buat arrangement .. untuk announcement sila ke Facebook ..
Isnin, 10 Januari 2011
Celik IT ..
Sabtu, 1 Januari 2011
2011 Sudah Tiba ..
Team SMPT Class of 1982 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kpd semua kengkawan .. semoga kalian semua dirahmati Tuhan dan sihat2 serta ceria selalu ..
Jumaat, 10 Disember 2010
Cuti Sekolah ..
Mesti geng2 SMPT (yg ada anak) puas & penat melayan karenah anak2. Pergi bercuti ke luar negeri ke .. dlm negeri ke .. jalan2 balik kampung ke .. semua kerana anak2. Di samping tu, kita juga dapat rehatkan minda dari belenggu kerja sementara waktu. Duit pon banyak terbang hujung2 tahun nih.
Yang dpt bonus tu, bleh jugak kaver belanja lebih sikit esp. persiapan utk sekolah anak2 tahun depan.
Bagi aku, minggu depan baru aku dpt cuti seminggu bawak budak2 berjalan. Kesian aku tak ke mana2 lagi derang. Aku sibuk dgn ofis & baru tapi aku kena make sure sebelum cuti semua kerja tip top tak nak bos telefon masa cuti.
Apa2 hal (walaupun lambat) aku ucapkan selamat bercuti pd semua anak2 dan mak bapak ..
