Memaparkan catatan dengan label 5A1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 5A1. Papar semua catatan

Selasa, 4 Jun 2013

Pertemuan Demi Pertemuan..

For the past years, banyak kali gaks ada jumpa member2 lama..mostly atas inisiatif sendiri and masing2..

Kita bukan macam dulu lagi..petik jer bleh drop everything and meet..masing2 ada priority and mostly adalah keluarga. Tapi bila sekali sekala old boys and girl jumpa mmg happening tak hengat..

Come to think of it..don't u guys think dah tiba masanya kita bikin reunion lagi sekali ?

What say u all...



Blog Yang Kena Block..

Akibat terlalu lama tak buka blog nih..password aku kena block.

Google macam tak percaya aku owner blog nih sebab tetiba je nak log-in after some time...Frankly dengan kerja aku sekarang..every minutes amat berharga. Especially tahun 2013 nih tiga-tiga anak aku menghadapi peperiksaan yang penting (UPSR/PMR/SPM).

So..for the next six month aku dah request untuk tidak keluar stesen/pejabat tapi masalahnya kalau tak kena keluar auditing memang masak ler dok kat ofis. Lagi macam-macam kena buat especially pengumpulan maklumat awal serta data berkaitan next assignment untuk team mates yang berpuluh-puluh tu.

Tapi..ini semua kerja amal jariah..helping out my brothers-in-arm..

OK..till next time..


Rabu, 4 Januari 2012

Babai 2011 .. Hello 2012 ..

2011 telah meninggalkan kita ..

Banyak kenangan manis dan sebaliknya sepanjang tahun lepas. Nak cerita kat sini pon nnt jadi novel lak .. but I would rather kenangkan yg manis shj ..

2012 promise us banyak perkara dan kita juga banyak yg perlu diperlakukan bagi memenuhi impian 2012 nih. Bagi aku, 2012 nih tahun utk meningkatkan prestasi banyak hal samada dari segi agama, kerja, keluarga mahupun kewangan .. most of us will agree yg tahap kehidupan semakin meningkat .. begitu juga demand ke atas kewangan kita lebih2 lagi macam kebanyakan kita yg tinggal di metropolitan nih ..

Aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 .. semoga impian kita semua tercapai hendaknya .... Amin ..

Ahad, 20 Mac 2011

Projek Ngeteh / Mini Reunion Kelas 5A1 ..

Ada dapat mesej dari Yet (Zaini) mintak aku arrange event nih ..

Nak tu nak le jugak .. tapi dgn modus operandi kerja aku sekarang nih, mmg payah aku nak buat since aku kena selalu bertugas luar KL hinggalah Ogos nih .. tu pon jadual utk tahun kewangan nih !! ..

So aku harap2 adalah member yg lain dapat bantu merealisasikan projek ini. Make sure at least 85% yg dpt dihubungi tu boleh hadir .. aku akan cuba bantu mana yg boleh .. this can be a run-up to a mega gathering in the near future .. who knows ?

Sabtu, 25 September 2010

Open Haus ..

Ni hari langsung tak lekat kat rumah ..

Pagi breakfast kat One Utama. Lunch berlegar kat Bangsar cari katil utk anak bujang aku. Dlm kol 3 gerak menuju ke rumah Zamri. Jalan jem tak hengat!! Ada GPS plak aku lupa update map. Meraban carik rumah Zamri kat Puchong dlm hujan lebat. Pusing pyer pusing jumpa gak after 1 jam lebih perjalanan huhu .. Ingat nak terus ke rumah Zaiton kat Bandar Tun Razak. Jalan masih jem giler. Apasal aku tak tau .. Yet tepon kata dia dan Zulfazil & Ahmad Ridza dah sampai. Aku give up sbb masa tu aku masih di Puchong tgh beratur dlm jem. Aku kirim salam jer kat Eton. Sorry sis sbb aku ada itenary lain. Family matters ..

Ni baru sampai rumah .. esok sambung lagi .. ada kenduri & open haus sampai malam ....... rezeki Syawal kot ..

Isnin, 17 Mei 2010

Perjumpaan Tak Haram ..

Sabtu lepas telah diadakan satu perjumpaan tak haram ..

Yang hadir cuma 3 ahli majlis 5A1 iaitu aku, Zaini & Zulfazil. Kami bikin diskusi sampai jam 2 pagi kat Kota Damansara. Catched up on old times, borak2 hal semasa & passion masing2 .. siap tgk ada drama tepi jalan jap ..

Gambar xder atas sebab2 keselamatan .. hahaha

Jumaat, 30 Oktober 2009

Jumpa Lagi ..

Follow up kepada cerita Syed Azmi nih ..

Selepas 28 tahun aku tak jumpa, at last kat Syed Bistro malam kelmarin kami bertemu kembali. Aku tiba lewat sikit, yg ada cuma Syed, Rosli & Suhairi jer. Beza mmg berbeza .. tu ungkapan pertama dlm fikiran aku bila 1st time nampak kelibat si Syed nih.

Anyway, stendet ler bila lama tak jumpa, memacam cerita berkisar zaman sekolah .. ironically .. nama Roslan Haniff keluar lagi ekk .. mana dia nih ?? Selain tu cerita kami berkisar semua hingga ke cerita business ventures. Utk makluman, Syed kini bolehlah dikatakan seorang usahawan berjaya .. sesaper nak cari cili dan belajar cara tanam cili cara yg betul .. sila hubungi dia .. promo nih brader .. huhu

Korang nak tau camner rupa dia kini ? .. Check it out ..


Rabu, 28 Oktober 2009

Syed Azmi Kembali ..

Korang kenal nama ni ?

Mungkin masa sekolah dulu dia kurang menonjol .. al-maklumlah badan dia kemetot sikit. Tapi dia ni classmate aku at 5A1. Last time aku pernah jumpa dia adalah pada hari terakhir sekolah way back 1982. Khabarnya he's doin' well on his own business. Good for him ..

Malam tadi got a surprise call dari dia !

Kami berbual tapi tak lama sbb dah malam. Lagipun maybe planning buat perjumpaan sikit di Syed Bistro (lokasi gathering last week). Katanya dia nak jumpa Suhairi. Maybe aku join sekali since aku ada sedikit urusan along the way.

Sesiapa yg nak join sekali, dipersilakan. Waktu maybe around 9pm++ gitu ..

Sabtu, 24 Oktober 2009

Jom Ngeteh ..... Sukses ..




Setelah beberapa lama .. dan beberapa kali plan .. akhirnya berjaya gak ..

Malam tu (malam Sabtu) sepertimana yg dirancang, old boyz 5A1 & 5A2 buat gathering (bunyi macam ramai hehe). Actually 7 orang jer. Well .. better than nothin' right. Aku difahamkan, kami miss dapat jumpa Jawa (Reduan Shaari) since minggu sebelum tu dia cuti.

Banyak yg diceritakan .. dari sekolah rendah sampai menengah .. dari kutuk member (kutuk gurau jer) sampai cerita gelagat guru. Anyway yg ada semalam adalah aku, Yet (Zaini), Zul (Zulfazil), Burr (Burhanuddin), Suhairi, Azhar dan Mazlan. Jeff (Jefri Khalid) ada dijemput tapi dia kena babysit anak2 dia daa .. Aku terpaksa gerak awal sebab ada tugasan (saper yg ada tau ler) but aku difahamkan derang borak tak hengat dunia till 2am++

**ralat : lupa warwarkan .. malam tu besday Suhairi .. dia belanja satay .. huhu

Enjoy the pics (setakat masa aku ada) ..

p/s : kualiti gambar agak kurang sket .. harap maaf sbb hanya guna kamera henpon jer ..



Ni "lone ranger" mana lak yg terlepas nih .. hehe




Selasa, 21 Julai 2009

The 4 Musketeers ..


Flashback time !! ..

Ni dia geng 5A1 masa dah dekat2 nak SPM. Aku tak ingat time bila actually gambar ni diambil tapi gerenti time nih chekgu takder kat kelas .. hahaha

Sumer muda rumaja tu .. huhu. Dari kiri - Aku, Zaini, Ahmad Ridza & Zulfadzil.

Nota : .. tu yg x pakai baju prefect tu mcm samseng kg dusun .. hahaha