Khamis, 28 Januari 2010

Siapa Ada Berani Mahu Cuba ..

Mari kite cuba ramai2..

meh kita tengok ekspiremen sains kat bawah nie...untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone....

sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebijik...cari yang leper tu...

2. 3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...

3. 1 rol kertas foil...kertas timah tu laa....yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...

4. Handphone sebijik...dan pastikan gak ade kredit...

5. Minyak petrol sikit..kalo xnak beli kat stesen....curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...


susun kad tadi lebeh kurang macam nie...

letak plak kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol ckit...

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....

Untuk Semua ..

Kalau ada yang nak menderma pun boleh .. dipersilakan ...

DOA MENGHINDARI DARI SEBARANG PENYAKIT DAN BALA ( DIBACA SEBANYAK 3X WAKTU PAGI DAN PETANG )

12 Safar 1431H
Emel : Sal Am

1- تَحَصَّنْتُ بِذِى الْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعْتَصَمْتُ بِرَبِّ الْمَلِكِ وَالْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَيِِّ الَّذِىْ لاَ يَمُوْتُ اِصْرِفْ عَنَّا اْلأَذَى إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍْ قَدِيْرٌ .
Aku membenting diri dengan Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,aku berpegang pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib,aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati.Hindarkan kami dari bala dan wabak,sesunggohnya engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

2- بِِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئْ ٌ فِىْ اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاْءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.


3- بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَسُوْقُ الْخَيْرَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ الْسُّوْءَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ مَاْ كَاْنَ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ, بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,tidak ada yang dapat memimpin kearah kebaikan melainkan Allah. Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,tidak ada yang dapat memaling kejahatan melainkan Allah.Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,kesemua nikmat itu datangnya dari Allah,Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang maha tinggi dan besar.

4- بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَسُوْقُ الْخَيْرَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ الْسُّوْءَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ مَاْ كَاْنَ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ, بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Allah sesunggohnya aku berlindung dengan engkau dari penyakit dan taun,dari serangan bala,mati mengejut,deman panas,taqdir yang buruk dan kejahatan bala.Dan kami berlindung dengan engkau dari ditimpa celaka dan serangan musuh.Hai Tuhan yang hidup,hai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya,hai Tuhan yang mempunyai kemuliaan "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman". "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.Dengan rahmatmu hai Tuhan semester alam,Ya Allah ya Hafiz ya Allah Ya Rafi'

5- اَللَّهُمَّ ﺇِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِ أَعْدَاْئِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَاْمَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ يَا جَبَّاْرُ يَاْ مُنْتَقِمُ يَااللهُ يَااللهُ يَااللهُ اَللَّهُمَّ يَاْ مُنْزِلَ الْكِتَاْبِ وَيَاْ مُجْرِيَ السَّحَاْبِ وَيَاْ هَاْزِمَ اْلأَحْزَاْبِ ﺇِهْزِمْهُمْ ﺇِهْزِمءهُمْ ﺇِهْزِمءهُمْ وَانْصُرْنَاْ عَلَيْهِمْ .
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka, Wahai tuhan yang sangat keras Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
.
يَا دَاْفَعَ الْبَلاَءِ يَا اللهُ, يَا دَاْفَعَ الْبَلاَءِ يَا رَحْمَنُ, يَا دَاْفِعَ الْبَلاَءِ يَا رَحِيْمُ, إِدْفَعْ عَنَّا كُلَّ بَلاَءِ الْدُّنْيَا وَبَلاَءِ اْلآخِرَةِ, وَشَرِّ الْدُّنْيَا وشَرِّ اْلآخِرَةِ, وَمِنْ عَدُوٍّ مِنَ اْلإِنْسِ وَالْجِنِّ وَمِنَ الْشَّيْطَاْنِ وَإِبْلِيْسَ, وَمَا يَطِيْرُ فِىْ الْهَوَاءِ, وَمَا يَنْزِلُ مِنَ الْسَّمَاْءِ وَمَاْ يَخْرُجُ مِنَ اْلأَرْضِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاْحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَاْلَمِيْنَ.
Hai Tuhan yang menolak bala,Ya Allah! Hai Tuhan yang menolak bala,Ya Rahman! Hai Tuhan yang menolak bala,Ya Rahim!hindarkan dari kami bala di dunia dan bala di akhirat,dari keburukan dunia dan keburukan akhirat,dari musuh dikalangan manusia,jin,syaitan dan iblis,dan apa yang terbang di udara,yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi dengan rahmat mu hai Tuhan yang maha pemurah,kesejahteraan Allah keatas penghulu kita Nabi Muhammad,keluarganya dan kesemua sahabat baginda,segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Disediakan oleh:
Ustaz Ibrahim b Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK
Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun Bank Muamalat no.08030002138714
Atau CIMB Bank no 0815-0000173-10-9
NO.TEL 05-6883659 H/P 019-2627636

Renungan Pagi Khamis ..

dari blog Cina Islam ..

ADAB MENDENGAR AZAN

12 Safar 1431H
Emel : Amin Fadzlan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.' Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidahini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin . .' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE , Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar !


Rabu, 27 Januari 2010

Nukilan Untuk Seorang Ayah ..

Kini kau telah tiada,
Begitu cepat masa berlalu,
Masih ku terasa akan kehadiranmu,
Masih ku ingat jari jemari ini memegang erat tanganmu,
Di masa kau diganggu mimpi ngeri,

Di masa penghujung perjalanan hidupmu,
Ku alunkan ayat-ayat suci,
Ku sebutkan kata-kata barakah,
Kau mengikut pertuturanku,
Di dalam lemah,
Di dalam redha,

Airmatamu mengalir,
Mulutmu berkata-kata,
Tanpa ada suara,
Tapi ku tahu,
Setiap nafasmu,
Mengingati Dia,
Dia yang telah memanggilmu,

Di pagi yang dingin itu,
Kau telah tiada,
Walaupun ketika itu,
Aku sedang memanjatkan doa kepada Ilahi,
KehendakNya mengatasi segalanya,

Kau meninggalkan anak-anakmu di dalam iman,
Kau meninggalkan kami dengan tenang,
Kau meninggalkan kami dengan ilmu,
Kau meninggalkan kami dengan kasih sayang,
Bertenang dan amanlah,
Doa dan zikir anak-anakmu akan menjagamu,
Doa dan zikir anak-anakmu akan menerangi duniamu,
Doa dan zikir anak-anakmu akan mengiringimu,
Sehingga kita bertemu lagi,
Jika diizinkan olehNya
Itu janji kami,
Yang menyayangimu,

Amanlah kau di sana .. Amin, Amin Ya Rabbul Alamin ..

Khamis, 21 Januari 2010

Al-Fatihah Untuk Ayahanda ..

Kau Pergi Jua ..

Setelah bergelut begitu lama dgn berbagai komplikasi jantung, ayahanda akhirnya tewas pada jam 12.25 pagi 20 Januari 2010 di sisi keluarga tersayang.

Aku akur dgn kehendak Ilahi .. memandangkan saban hari melihat beliau terseksa .. keluar masuk hospital, diuji dgn berbagai peralatan dan ujian hospital, terbaring atas katil sepanjang masa tanpa mempunyai kuderat utk berdiri dgn sendiri. Tapi .. aku begitu bersyukur kerana telah diberi peluang utk menjaganya .. di antara tugas dan tanggungjawab keluarga serta agama. Semua itu menyedarkan deriaku terhadap kehidupan serta qada dan kadar .. hari-hari terakhirnya akan ku ingat sampai bila2 .. walaupun aku terpaksa abaikan tugasku .. demi kasih sayang tak berpenghujung buat seorang insan bernama .. AYAH ..

Kasihmu hingga ke hujung nyawa .. akanku abadikan legasimu pada zuriatku .. itu janjiku ..

Al-Fatihah ..

Rabu, 30 Disember 2009

Kini Kembali ..



Alhamdulillah .. setelah hampir 2 bulan berada di Mekah dan Madinah, aku kini di tanahair semula.

Banyak kenangan manis yg diperolehi sepanjang masa aku di sana. One thing for sure .. umrah bagai langit dan bumi kiranya dibandingkan dgn Haji. So bagi sesiapa yg berhajat/berniat utk mengerjakan Haji di tahun hadapan, pastikan kalian semua mempersiapkan diri secara mental dan fizikal. Sebab apa ? Just believe me .. Rajin2lah berguru dan bertanya serta berkursus.

Ada masa nanti aku akan cerita panjang with pics ..
Posted by Picasa

Isnin, 9 November 2009

Pemberitahuan ..

Mulai hari ni aku akan timeout sementara waktu ..

Aku mula bercuti hari ini hingga mungkin awal tahun depan kerana akan mengerjakan haji. Flight aku insyaallah this weekend. Visa dah dapat tapi fight date hingga hari ni belum. Aku difahamkan ramai jemaah tahun ni menghadapi situasi yang sama. Entah kenapa TH tahun nih ada masalah .. even Saudi govt .. anyway ini mungkin untuk menduga kesabaran kita untuk beramal ibadat. Kita kena redha je larr ..

So, di kesempatan ini aku ingin memohon maaf di atas apa jua kesalahan aku sepanjang kita kenal esp. sepanjang kewujudan blog ini. Mungkin ada yg makan hati, terasa mahupun sakit hati dengan apa yg aku paparkan di sini. Harap semua dapat doakan aku sepertimana aku doakan kalian di sana nanti.

Insyaallah aku akan sampaikan berita2 terkini dari Tanah Suci Mekah dan Madinah melalui blog khas Kawakib Travel di alamat : http://umrah-haj2u-live.blogspot.com/



Sabtu, 31 Oktober 2009

Berita Baru Tahu ..


Aku telah diberitahu oleh Mazlan Senawi yang Yusof Harun kemalangan ..

Tak tahu macammana keadaannya .. tapi kejap tadi aku surf Facebook dia ada post gambar2 kesan dari kemalangan tersebut.

Aku harap beliau cepat sembuh ..

Korang boleh FB dia di alamat :

http://www.facebook.com/home.php?#/album.php?aid=167372&id=632796074
<- just click on the link.

Tapi tak sure samada korang boleh tengok gambar lain unless korang jadi friend dia kat Facebook ..





Jumaat, 30 Oktober 2009

Tazkirah Jumaat ..

Walaupun ramai antara kita yg telah berkahwin .. marilah sama-sama kita renungkan artikel ini ..

Tujuan Berkahwin

Email : mohd naim mohd zain
Artikel Dr Ikmal

Berhubung dengan persoalan kahwin atau nikah ini, kita perlu mengetahui apakah tujuan kita kahwin. Bagi orang Islam yang sebenar, tujuan perkahwinannya atas mencari keredhaan Allah, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.

Oleh itu niat kita hendak mendirikan rumahtangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Kalau niat mendirikan rumahtangga tidak betul mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka keluarga yang didirikan tidak akan mendapat pimpinan dari Allah swt.Sekiranya kita sudahpun mendirikan rumahtangga, tidak salah kalau niat ini kita perbetulkan semula.

Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumahtangga kita ialah untuk mendapat sebanyak-banyak anak yang soleh.

Allah dan Rasul memang menghendaki niat seperti ini kerana muka bumi ini adalah diserahkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia untuk ditadbirkan dengan baik mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah berikan.

Manusialah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini.”

Rasulullah saw juga penah bersabda:

‘………..kerana aku berbangga di hari kiamat nanti dengan ramainya umat-umatku dibandingkan dengan umat Rasul-Rasul sebelumku.”

Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah hamba-hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah-perintah Allah serta yang beriman kepada Allah dan Rasul.

Adalah hikmah dan rahsia pada ramainya bilangan isteri Rasulullah saw itu ialah supaya menggemarkan umat Islam pada membanyakkan bilangan umat Islam.

Jelas pada kita betapa Allah dan Rasul memang mengkehendaki umat yang ramai dan kerana itu Allah sediakan nikmat-nikmat yang banyak untuk manusia. Dan dengan sebab itulah, apa saja yang ada di muka bumi ini, samada kita sedar atau tidak, semuanya adalah untuk kita. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:

“Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu (manusia).”

Perlu kita ingat bahawa Allah amat mengetahui rancangan kita dalam merancang keluarga. Contohnya,kita tidak mahu anak yang banyak., kita makan pil-pil atau sebagainya.

Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt.Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya,Allah akan lebih menipu daya kita. Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya.

Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak. Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaannya.

Bukan sedikit anak itu yang menjamin kebahagiaan hidup kita. Malah, anak yang banyak yang kemudiannya soleh-soleh pula, dia akan mendatangkan kebajikan dan memberi kebahagiaan hidup kita, bukan saja di dunia,bahkan di akhirat juga. Jika anak itu mati semasa kecil, dia akan mendatangkan syafaat kepada ibubapanya.

Jadi, niat yang pertama dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah niat untuk mendapat anak sebanyak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik kerana, kalau pun pada pelaksanaannya, ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua dalam kita mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu dapat menghilangkan nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap wanita-wanita yang tidak halal bagi kita.

Melalui perkahwinan akan dapat mengelakkan diri kita daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat. Melakukan perkara yang halal dengan niat untuk mengelakkan diri daripada perkara yang haram merupakan satu kebajikan yang akan membawa pahala dari Allah. Rasulullah sawbersabda yang maksudnya:

“Pada kemaluan seseorang kamu itu pun adalah sedekah.”

Apabila seseorang itu berkahwin dengan niat ini,ia memilih jalan yang dihalalkan oleh Allah dan telah dicontoh oleh Rasulullah saw untuk memenuhi keinginan semulajadi.Ia mengatur dan menyusun perhubungan tadi mengikut lunas-lunas Islam.Dengan sebab itulah, Allah telah menghalalkan pernikahan dan mengharamkan perzinahan.

Niat yang ketiga dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu akan menyelesaikan masalah hati daripada mentadbir rumahtangga.

Dengan berkahwin, seseorang itu tidak akan menumpukan perhatiannya dalam menghadapi rumahtangga, terhadap ibadah kepada Allah terutamanya di dalam sembahyang.Kerana segala perurusan rumahtangganya sudah diselesaikan oleh isteri daripada memasak makanan,mambasuh pakaian, mengemas dan sebagainya, sekiranya seorang isteri itu tidak bekerja makan gaji. Isteri yang solehah dan yang beragama itu, dia akanmenyelesaikan semua urusan rumahtangga.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud:

“Perempuan itu dinikahi dengan empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih yang kuat beragama, nescaya dia menguntungkan kamu.”

Rasulullah menyuruh kita memilih yang beragama kerana perempuan yang beragama itu sempurna Islamnya dan sempurna ihsannya. Ini adalah syarat agama atau rukun beragama iaitu iman, Islam dan Ihsan.

Apabila kita hendak berkahwin, terpaksalah kita mencari perempuan yang sempurna agamanya kerana beragama itu adalah salah satu sifat wanita-wanita solehah.

Niat yang keempat dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu boleh menghiburkan hati kita.

Dengan kita kahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka. Dengan demikian akan menenangkan hati kita serta memberi kegembiraan kepadakita lantaran kita dapat menumpukan sepenuh kusyuk kepada ibadah kita dengan Allah swt terutamanya di dalam sembahyang yang mana merupakan ibadah yang terpokok.

Sedangkan untuk mendapat kekusyukkan di dalam sembahyang itu adalah yang paling susah sekali selagi kita tidak dapat hadir hati di dalam sembahyang. Kalau hati sentiasa resah dan gelisah, maka akan bertambahberserabut lah sembahyang kita.

Sebab itulah, hati kita ini perlu diberi hiburan dengan senda gurau kita terhadap isteri. Malah bukan dalam sembahyang saja, kita dapat mengusahakan kekusyukkan beribadah bahkan puasa juga tidak akansempurna kalau hati kita tidak tenang.

Puasa yang sempurna itu ialah apabila hati kita tidak teringat kepada perkara-perkara yang boleh melalaikan kita kepada Allah swt seperti kita teringat kepada dunia, kepada wanita-wanita dan sebagainya.

Dan akhirnya, niat yang kelima yang hendak kita pasang apabila kita hendak mendirikan rumahtangga ialah dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ia bererti yang apabila kita telah mempunyai isteri, kita terpaksa berlawan dengan kewajipan-kewajipan menjaga dan mendidik anak isteri.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang sifat-sifat seorang perempuan itu bahawa kata baginda, perempuan-perempuan itu adalah dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok yang kalau kamuluruskan ia dengan cara paksa dan mendadak, ia akan patah. Sebab itu, hendaklah di jaga isteri itu dengan bijaksana.

Satu daripada tugas kita dalam melawan nafsu ini ialah dalam menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat. Memang sudah demikian Allah jadikan kamu perempaun mempunyai nafsu lebih daripada lelaki.

Nisbah kalau nafsu itu ada sebanyak 10, 9 daripadanya adalah pada kaum perempuan dan satu pada kaum lelaki.Sedangkan nafsu itu sentiasa mengajak manusia berbuat jahat. Ertinya, kejahatan sajalah yang mempengaruhi kaum-kaum perempuan. Oleh itu, tugas kita bila berhadapan dengan isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu.

Sejauh mana kita berjaya memimpin anak isteri kita ke jalan yang diredhai Allah hingga mereka dapat melaksanakan syariat Allah, maka di situlah nilai pahala yang tinggi bagi kita di sisi Allah swt.

Di sinilah akan lahirnya sifat sabar pada suami iaitu kenalah banyak bersabar dalam menghadapi ujian yang didatangi oleh isteri, selain daripada terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”

Demikian lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumahtangga. Lima niat ini adalah yang paling kurang selain dari niat-niat baik yang lain seperti niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak isteri dan lain-lain.

Kalau sekiranya kita ada mempunyai 5 niat yang betul dan baik ini, maka di situlah Allah akan bantu kita dan akan memberi taufik dan hidayahnya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumahtangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah swt.


Jumpa Lagi ..

Follow up kepada cerita Syed Azmi nih ..

Selepas 28 tahun aku tak jumpa, at last kat Syed Bistro malam kelmarin kami bertemu kembali. Aku tiba lewat sikit, yg ada cuma Syed, Rosli & Suhairi jer. Beza mmg berbeza .. tu ungkapan pertama dlm fikiran aku bila 1st time nampak kelibat si Syed nih.

Anyway, stendet ler bila lama tak jumpa, memacam cerita berkisar zaman sekolah .. ironically .. nama Roslan Haniff keluar lagi ekk .. mana dia nih ?? Selain tu cerita kami berkisar semua hingga ke cerita business ventures. Utk makluman, Syed kini bolehlah dikatakan seorang usahawan berjaya .. sesaper nak cari cili dan belajar cara tanam cili cara yg betul .. sila hubungi dia .. promo nih brader .. huhu

Korang nak tau camner rupa dia kini ? .. Check it out ..


Rabu, 28 Oktober 2009

Syed Azmi Kembali ..

Korang kenal nama ni ?

Mungkin masa sekolah dulu dia kurang menonjol .. al-maklumlah badan dia kemetot sikit. Tapi dia ni classmate aku at 5A1. Last time aku pernah jumpa dia adalah pada hari terakhir sekolah way back 1982. Khabarnya he's doin' well on his own business. Good for him ..

Malam tadi got a surprise call dari dia !

Kami berbual tapi tak lama sbb dah malam. Lagipun maybe planning buat perjumpaan sikit di Syed Bistro (lokasi gathering last week). Katanya dia nak jumpa Suhairi. Maybe aku join sekali since aku ada sedikit urusan along the way.

Sesiapa yg nak join sekali, dipersilakan. Waktu maybe around 9pm++ gitu ..

Sabtu, 24 Oktober 2009

Jom Ngeteh ..... Sukses ..




Setelah beberapa lama .. dan beberapa kali plan .. akhirnya berjaya gak ..

Malam tu (malam Sabtu) sepertimana yg dirancang, old boyz 5A1 & 5A2 buat gathering (bunyi macam ramai hehe). Actually 7 orang jer. Well .. better than nothin' right. Aku difahamkan, kami miss dapat jumpa Jawa (Reduan Shaari) since minggu sebelum tu dia cuti.

Banyak yg diceritakan .. dari sekolah rendah sampai menengah .. dari kutuk member (kutuk gurau jer) sampai cerita gelagat guru. Anyway yg ada semalam adalah aku, Yet (Zaini), Zul (Zulfazil), Burr (Burhanuddin), Suhairi, Azhar dan Mazlan. Jeff (Jefri Khalid) ada dijemput tapi dia kena babysit anak2 dia daa .. Aku terpaksa gerak awal sebab ada tugasan (saper yg ada tau ler) but aku difahamkan derang borak tak hengat dunia till 2am++

**ralat : lupa warwarkan .. malam tu besday Suhairi .. dia belanja satay .. huhu

Enjoy the pics (setakat masa aku ada) ..

p/s : kualiti gambar agak kurang sket .. harap maaf sbb hanya guna kamera henpon jer ..



Ni "lone ranger" mana lak yg terlepas nih .. hehe




Jumaat, 23 Oktober 2009

Jom Ngeteh ..


Zaini semalam ada SMS aku ..

Katanya, Rosli Ismail ajak lepak minum teh somewhere in KL malam nih ..

Sesaper yg berminat, sila telefon Zaini (012-9766465) atau Rosli (019-3163290)

Isnin, 5 Oktober 2009

Jadual Cuti Umum 2010 ..

Yang ini aku rasa ramai yg berminat nak tahu ..

 National Public Holidays for Malaysia

14 February Chinese New Year
15 February Chinese New Year

26 February Prophet Muhammad’s Birthday

1 May Labour Day

27 May Wesak Day

5 Jun Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

31 August National Day

10 September Hari Raya Puasa*
11 September Hari Raya Puasa*

16 November Hari Raya Haji*

7 December Maal Hijrah*

25 December Christmas

State Public Holidays for Malaysia

1 January New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

17 January Sultan of Kedah’s Birthday Kedah

1 February Federal Territory Day Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

February Thaipusam* Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor, Kuala Lumpur

4 Mac Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu Terengganu

30 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan
31 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan

2 April Good Friday Sabah, Sarawak

8 April Sultan of Johor’s Birthday Johor

15 April Declaration of Malacca as a Historical City Melaka

19 April Sultan of Perak’s Birthday Perak

7 May Hari Hol Pahang Pahang

17 May Raja Perlis’ Birthday Perlis

30 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah
31 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah

1 June Gawai Dayak Festival Sarawak
2 June Gawai Dayak Festival Sarawak

June Hari Hol Almarhum Sultan Ismail* Johor

8 July Israk and Mikraj Kedah, Negeri Sembilan, Perlis

10 July Yang DiPertuan Negeri of Penang’s Birthday Penang

19 July Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan

20 July Sultan of Terengganu’s Birthday Terengganu

11 August Awal Ramadan* Johor, Kedah, Melaka

August Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu

11 September Yang di-Pertua of Sarawak’s Birthday Sarawak

16 September Malaysia Day Sabah
Yang di-Pertua of Sabah’s Birthday Sabah

9 October Yang di-Pertua of Melaka’s Birthday Melaka

24 October Sultan of Pahang’s Birthday Pahang

5 November Deepavali All except Sarawak
& Federal Territory
of Labuan

11 December Sultan of Selangor’s Birthday Selangor
*Subject to changes

School Holidays for Malaysia

13 March – 21 March First Mid Term Break

5 June – 20 June Mid Year Break

4 Sept – 12 Sept Second Mid Term Break

20 Nov – 2 January Year End Break

Update Terkini : Gempa Bumi di Padang, Sumatera ..

.. dari sumber Associated Press ..

PADANG: Jumlah kematian akibat gempa bumi di sini dijangka meningkat dua kali ganda berikutan lebih daripada 600 penduduk kampung yang kebanyakannya menghadiri satu upacara perkahwinan dikhuatiri telah tertimbus selepas kejadian runtuhan lumpur di kawasan pergunungan.

Menurut pihak berkuasa dan seorang jurugambar media yang membuat liputan di tempat kejadian, tidak ada apa-apa yang tinggal di empat perkampungan yang terletak di lereng bukit Padang Pariman selepas gempa bumi yang melanda barat Sumatera, empat hari lepas.

Beratus-ratus doktor, jururawat, pasukan mencari dan menyelamat serta krew pembersihan dari seluruh dunia tiba di lapangan terbang yang berhampiran pada Sabtu.

Mereka turut membawa makanan, khemah, ubat-ubatan, air bersih, penjana kuasa dan pelbagai lagi peralatan yang diperlukan untuk merawat mangsa gempa.

Bagaimanapun, bekalan elektrik yang terputus, kekurangan bahan api dan telekommunikasi menyukarkan lagi keadaan.

Lebih 400 orang yang menghadiri upacara perkahwinan di Kampung Pulau Aiya pada Rabu lepas telah tertimbus akibat malapetaka itu. “Mangsa-mangsa kejadian tertimbus 30 meter ke dalam tanah. Sebuah masjid yang tingginya melebihi 20 meter juga hilang dalam kejadian itu,” kata ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya.

Menurutnya, hanya 26 mayat berjaya ditarik keluar dari kawasan tanah runtuh berhampiran Lubuk Lawe dan Jumena.

Mayat 618 orang lagi masih tertimbus jauh di dalam tanah.

Kerajaan Indonesia terpaksa bekerjasama dengan pihak luar untuk membantu penduduk di kawasan itu kerana jalan yang menghala ke kawasan tersebut telah rosak teruk. AP