Khamis, 21 Januari 2010

Al-Fatihah Untuk Ayahanda ..

Kau Pergi Jua ..

Setelah bergelut begitu lama dgn berbagai komplikasi jantung, ayahanda akhirnya tewas pada jam 12.25 pagi 20 Januari 2010 di sisi keluarga tersayang.

Aku akur dgn kehendak Ilahi .. memandangkan saban hari melihat beliau terseksa .. keluar masuk hospital, diuji dgn berbagai peralatan dan ujian hospital, terbaring atas katil sepanjang masa tanpa mempunyai kuderat utk berdiri dgn sendiri. Tapi .. aku begitu bersyukur kerana telah diberi peluang utk menjaganya .. di antara tugas dan tanggungjawab keluarga serta agama. Semua itu menyedarkan deriaku terhadap kehidupan serta qada dan kadar .. hari-hari terakhirnya akan ku ingat sampai bila2 .. walaupun aku terpaksa abaikan tugasku .. demi kasih sayang tak berpenghujung buat seorang insan bernama .. AYAH ..

Kasihmu hingga ke hujung nyawa .. akanku abadikan legasimu pada zuriatku .. itu janjiku ..

Al-Fatihah ..

3 ulasan:

  1. Semoga arwah aman dan ditempatkan bersama mereka yang beriman..

    Begitulah puas hati andai dapat terus berbakti kepadanya hingga ke akhir hayat beliau.. Lalu pemergian pasti diredai dgn tenang

    Al Fatihah...

    BalasPadam
  2. Tahziah utk anda sekeluarga,semoga rohnya dicucuri rahmat,sebagai anak sudah tentu,kita lebih tahu apa tanggungjawab kita sebagai anak.

    BalasPadam

Atas permintaan ramai .. aku buka semula ruang komen to everybody .. no more moderating TAPI please make sure put your name & class in SMPT .. sila berikan kerjasama .. kita semua dah besar .. kan ....

Thank You for your cooperation.