Isnin, 22 September 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 ..

Kita kini telah masuk pada hari2 terakhir Ramadhan ...

Semoga bertambah keimanan kita semua, Insyaallah ..

Di kesempatan ini, aku buat ruang khas ini untuk kita bersama2 menghantarkan ucapan kepada semua SMPTians sempena Syawal yg akan tiba. Let me start the ball rolling ..

Saya, Mohd Noh Abu Bakar dari kelas 5A1 ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yg kenal akan diri saya. Maaf zahir & batin sekiranya ada kesilapan dari pihak saya selama ini. Mungkin sepanjang mengendalikan blog ini, ada yg tersinggung, makan hati atau hangin dgn cara aku ini, aku mintak maaf ler bebanyak.

Salam Aidilfitri dari,

Mohd Noh
Norazua
Muhammad Faris Aiman
Nurul Aisyah
Nurul Nuha



45 ulasan:

  1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.


    drpd. Zainal & keluarga

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir sahaja daripada Siti sekeluarga

    Siti Jamilah (5Sc1)
    Rashidi
    Amir
    Atiqah
    Azim

    BalasPadam
  3. and please .. kalau boleh .. SEMUA pelawat ke blog ini mencatitkan sedikit ucapan .. TQ

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum semua,

    Disini Lya sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI mohon maaf pada kengkawan semua jika ada kesilapan2 yang tersengaja atau yang tidak di sengaja sepanjang hayat kita sebagai kawan / sahabat (tp rasanya klu ada silap tu memang tak sengaja......)

    Jika ada kengkawan yg beraya kat JB, jemputlah dtg ke rumah.

    Wassalam,
    dari Lya/Shah/Danish/Dayana.

    BalasPadam
  5. Malam raya pasang pelita
    Hidung gelap penuh jelaga
    Ampun & maaf mohon di pinta
    Dari kami, Zakaria sekeluarga.
    SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATHIN.
    Mana mana yg terhutang masa sekolah minta dihalalkan sama juga sesiapa yg belum bayar hutang masa sekolah dulu aku halalkan.
    Aku sekeluarga beraya di KL, Labis dan Melaka.
    Siapa beraya di Melaka, call lah.
    Dari
    Zakaria
    Rosnani
    Muhammad Amirul Rejab
    Muhammad Aminur Syafiq
    Muhammad Ammar Aiman
    Fatin Nabilah
    Fatin Nadzirah
    Fatin Naemah
    Muhammad Adha Hafiz
    Fatin Natashsh
    Muhammad Asmar Farooq
    Fatin Nawarah
    (..............)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum

    Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kengkawan, kalau ada salah silap, ampun dan maaf dipinta...

    Raya ni saya beraya di KL ajer, orang tak de kampung huhuhu

    ikhlas dari :

    Muzamir & Norsitah(5sc2)
    Abdullah Marzuki
    Nur Diana Munirah
    Anwar Muáaz
    Wangsa Maju, Kuala Lumpur

    BalasPadam
  7. Bauh ,aku tak menyepi,tapi ditemani isteri & anak-anakku.
    Raya pertama hingga raya keempat,
    aku raya di Masjid yg. di buat dr.
    tanah, Melaka.

    BalasPadam
  8. Asalamu'alaikum Semua,

    Untuk kawan2 yang dikasihi, sempena ketibaan Syawal saya sekeluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI'dan maaf zahir batin.

    Dari,
    Amree(5S2) & Jaja
    Nur Miza Izzaty
    Nur Alya Adlina
    Nur Aina Irdina
    ...............

    AU2 Keramat, Kuala Lumpur
    Sila datang...

    BalasPadam
  9. Bauh, kenapa nama kat bawah sekali (...........) ada lagi ke??? TQ ye sebab hari tu belanja siti. Selamat hari raya

    BalasPadam
  10. dcita, patutla masa siti tengok gambar anniversary kat hi5, rasanya macam pernah jumpa husband u rupa2nya satu kelas... selamat berbahagia dan selamat hari raya

    BalasPadam
  11. CT

    husben kita bukan satu kelas lah... dia senior kita masa kat ITM Johor.
    CT, gambar u dengan Mahathir tu,
    masa bila?

    BalasPadam
  12. CT,
    Yg .....tu insyallah kalau ada rezeki, tahun depan.

    Nal,
    aku raya 4 baru balik melaka.

    zamri gi mana ye, dgr citer gi shanghai... betul ke? senyap je dia
    Soul, hang tau tak zamri kemana

    BalasPadam
  13. yg aku tau dia kata pi shanghai .. beli kueh bulan hehe ..

    tapi rasa nyer dh balek ..

    BalasPadam
  14. Salam Ramadhan dan Salam Eidul Fitr kepada semua.
    Dicadangkan buatlah satu perjumpaan Hari Raya untuk rakan-rakan yang ada di forum ini. Boleh berjumpa dan berkenalan dengan suami/isteri dan anak-anak masing-masing.
    Saya rasa lebih sesuai dengan suasana Hari Raya berbanding dengan perjumpaan yang terdahulu di mana sepatutnya hanya bekas pelajar dan guru yang hadir. Faham-faham lah bila suami/isteri yang hadir, mungkin tak dapat nak berborak lama sesama bekas pelajar disebabkan "sekatan-sekatan" tertentu dan terpaksa melayan kerenah anak-anak dan terpaksa "menjaga hati" pasangan masing-masing. Mungkin juga terdapat ada keadaan di mana perhubungan semakin rapat di sesama bekas pelajar tetapi sebaliknya "menjauhkan" antara pasangan. Berhati-hatilah kerana ini mungkin berlaku. Ye la....asyik bercakap dan bercerita mengenai perjumpaan dan tak habis-habis bercerita tentang blog dan bla...bla..bla.....

    Terima kasih kepada Admin kerana membenarkan saya menyertai forum ini dan syabas.

    Yang mana menjemput datang ke rumah tu, bagi la alamat penuh. Mungkin ada yang berkesempatan untuk singgah.

    DCita tak ada cadangan ke nak hantar daun ketupat kepada Malau.

    Akhirkata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin.

    DH M

    BalasPadam
  15. yg tak bernama tu kenalkan diri, baru senang nak sembang ke .. minta maaflah kalau tersinggung.

    selamat hari raya

    BalasPadam
  16. klu sekadar kata DH M .. pastu bila org tanya .. kata takyah tau atas sebab2 tertentu .. maaflah .. klu sekadar nama payah nak beritahu kenkawan .. camner nk kawan .. takut takder org nk layan jer nnt ..

    so I hope DH M .. u r not one of them with this kinda attitude ..

    capice ?

    BalasPadam
  17. Bauh,
    ye ke ada lagi? orang rumah awak umurnya belum sampai 40 ye? berapa lama bauh kawin boleh dapat sampai 10?

    Dcita,
    kalau cam2 sorry la salah orang pasal gambar dengan Tun masa perasmian Galeri Dunia Seni Lukis salah satu daripada anak syarikat boss ct tapikan suka pun suka tengok gambar kawin tu ambil yang baru ye? ct pun teringin juga nak posing balik macam dolu dolu

    BalasPadam
  18. aa t. umunya dah 38.. dah rezeki.
    Ct raya kat mana? adik ct, c maria kat mana sekarang.

    BalasPadam
  19. CT
    gambar tu anniversary kita yg ke 10, tahun 2000 tu, teringin nak amik gambar kat studio, nasib baik husben kita agree.. masa tu anak2 kecil lagi, ialah 8 tahun lepas.. cuba tengok gambar family tu bebudak tu kecik2 lagi.. kalau CT teringin nak posing, gi lah posing kat studio, puas hati tau, gambar cantik...

    Bauh
    respek kat wife u lah yek, rezeki u kan, wife u bersalin mudah kot..

    BalasPadam
  20. DH M

    Bukan aku tak nak antar daun ketupat kat Malau, tapi cian kat dia.. kempunan lak...

    Anyway ko dari kelas mana?

    BalasPadam
  21. Bauh,
    Ct beraya kat Ulu Kelang sbb husband satu kampung.
    Maria duduk kat Kuantan, husband dia keje ngan petronas hari isnin ni dia balik beraya kat Ulu kelang.
    Untung awak ye...ct rasepun wife bauh senang melahirkan senang2 pun sakit juga kan... kesian dia dah la tu kasilah dia rehat k

    Dcita,
    Lepas raya nanti ct nak bodek husband supaya dia setuju ambil gambar kat studio kalau siap nanti kita kasi tayang k

    BalasPadam
  22. SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN AIDIL FITRI.

    MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    Dari :-

    Faridah Hanum (5Sc2) & Zainuddin
    Muhammad Afiq
    Nur Ameera
    Muhammad Aiman
    Nur Athirah
    Nur Azreena

    BalasPadam
  23. selamat hari raya..
    fhh raya kat mana?
    Soul... hang raya kat mana

    BalasPadam
  24. Esok saya bertolak ke kampung suami di Segamat, Johor. Lepas tu barulah beraya di AU 2.

    BalasPadam
  25. Soul, Zainal, Siti, Baoh, DCita, FHH, Lya, Amree, DHM, and suma kengkawan, adoi yai..pc then rosak la pulak.. microsoft office buat kacau, suh legalise.. slow gilor pc then..
    Selamat Hari Raya pada suma para sahabat serta korga suma. Maaf zahir dan batin.
    Taun ni raya kl jer. mlm ni nampak tenang..mungkinkah lailatul qadar?

    BalasPadam
  26. Assalamualaiakum Abang-abang dan kakak-kakak semua. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana tidak memperkenalkan diri terlebih awal.

    Saya junior abang-abang dan kakak-kakak semua.
    Saya tertarik untuk menyertai forum ini sejak dari awal lagi seperti yang telah saya tuliskan dalam tulisan saya yang terdahulu di mana saya rasa kagum dengan usaha yang telah dijalankan terutamanya oleh Penganjur yang diketuai oleh Abang Soulman yang telah melaksanakan "tanggungjawab sosialnya" kepada kelas 1982. Tahniah dan syabas sekali lagi.

    Saya memang kagum sebab setelah perjumpaan pun , masih diteruskan blog ini tetapi belun ramai yan mengambil bahagian. Mungkin belum ramai juga yang belum celik komputer agaknya.

    Saya ingin belajar dan menimba pengalaman agar saya dapat menganjurkan majlis yang sama untuk rakan-rakan SMPT84 pulak. InsyaAllah.

    Maaf kerana agak lambat untuk memberi maklum balas kerana saya bekerja shift. Baru balik dari kerja ni.

    Untuk Abang-abang yang akan memandu jauh balik kampung untuk behari raya ni, pandu lah dengan lebih berhemah dan lebih berhati-hati manakakala kakak-kakak tu, pesan lah kepada Cik Abang tu tentang perkara yang sama.

    Tak mau lah dengar nanti, tragedi menimpa salah seorang dari Abang-abang dan Kakak-kakak atau ahli keluarga ditimpa musibah.

    Bauat Abang Bauh dan Abang Soulman, saya memohon ampun dan maaf jika tulisan saya dahulu menguris hati Abang. Bukan niat saya. Sekiranya terguris atau terkecil hati, sekali lagi saya mohon maaf.

    Buat Kak DCita, kiriman daun ketupat kepada Abang/Kakak Malau tu untuk tujuan dia boleh anyam dan rebus ketupat di sana. Nak hantar ketupat dah masak nanti takut basi pulak. Kak Dcita tak ada kampung ke? Tak balik kampung Abang Muzamir?

    Untuk Kak FHH , selamat balik ke Segamat.

    Akhirkata, Selamat Menyambut Eidul Fitr Maaf Zahir Batin. Semuga sempena Eid itr ini kita telah kembal kepada fitrah kita. Amin

    DH M

    BalasPadam
  27. oh DH M ni junior lah ye.. ish bagi lah nama penuh, sebab akak2 dan abang2 kat sini x kenal pun saper DH M ni..buleh kan...kenalkan diri dan dari kelas mana..

    akak beraya kat KL aje, sebab akak cuma ada mak aje lagi, mak dan my siblings semua kat KL, husben akak dah tak de parents dah, jadi kami balik Johor raya kedua, beraya rumah kakak2 dan abang2 nya...masa parents dia ada, memang setiap kali syawal x pernah miss balik kampung...

    DH M beraya di mana? kalau first raya kat KL datanglah rumah akak di Wangsa Maju...

    Untuk kengkawan yang beraya diKL, kalau sudi jemputlah ke rumah..

    No. 8, Jalan 1/27D, Seksyen 6, Wangsa Maju..

    BalasPadam
  28. Saya telah pun selamat sampai di Segamat pukul 10 am tadi. Alhamdulillah perjalanan lancar kenderaan pun kurang mungkin ramai dah balik kg semlm lagi.

    Dcita, insyaAllah bolehlah beraya di rumah u nanti lepas balik KL.

    Malau, kenapa menyepi diri, dah lama tak masuk blog ni. Sibuk bekerja ke.

    Kumai, raya di KL tu di mana? KL ni besar tau.

    BalasPadam
  29. camtu ler DH M .. aku bukan marah .. nasihat ....

    mcm kakak ko cakap t.. kasitau nama .. boleh kami search database yg dh karat nih .. hehe ..

    BalasPadam
  30. bauh .. wife & I KLites .. so raya no problem marr .. pusing2 sini jerr .. nak balek Manchester bulan doblas hehe ..

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum semua kakak2 dan abang2 semua.
    Saya pun ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri" kepada semua warga SMPT walaupun abg2 dan kakak2 semua tidak mengenali saya. Saya ni last kat SMPT tahun '87. Seronok tengok blog Abg Noh ni dikunjungi ramai. Abg ada belajar SEO ke? Nak blajar dari abg bole? :)

    p/s saya dah letak link abang kat blog saya. Last week server hosting saya down dua kali. tu yang lambat letak link abang.

    BalasPadam
  32. mony .. blog aku letak kas-kas lah .. hehe ..

    BalasPadam
  33. Salam buat kesemua teman2 se Camarades SMPT!

    Setelah sekian beberape ketika Malau menyepikan diri.....
    pergi bertape mempersiapkan diri...
    agar kelak dapat mengukuhkan kedudukan diri ....
    kini, Malau kembali lagi utk sekadar memberi Ucapan kepada teman2 se Camarades...esp Muslimin dan Muslimat yg amat dikasihi.....

    Ucapan Malau....
    'Selamat Hari Raya Aidil Fitri'
    Maaf zahir n batin sepanjang sepergaulan kite sesame sewaktu sekolah sehingga pertemuan di blog ini. Gurauan senda, makan minum, pertelingkahan dll nye yg ada diantara kita, harap dapat kita maafkan n halalkan.

    Bg Amree, thank u soo much for your very special Sajak for me! it is nice n so deep meaning!

    bg sorang yg ingin antar daun ketupat kat Malau, nape kene pakai dcita? u kan leh antar sendiri? Usah khuatir, usah gundah gelande, Malau kini bukannye spt Malau yg dikatakan oleh Kumai....'garang'! Malau kini adalah 'Malau' yg diibaratkan seperti 'Chabal' (french rugby player)

    For Fhh, kalo u raye kat segamat, sudilah kerumah my family disane! Salam rindu for they all semua!

    Bagi Malau disini...., Malau akan menyambut di rumah Kedutaan Mesia berhari raya bersame2 rakyat mesia, with our ambasador indian ....back to mesian komuniti setelah sekian lame menyepikan diri dr org2 mesia! perhaps, it is about time to re-approach to say 'pekabor'....kat org2 mesia!
    so, kat sane nanti.... Malau akan belasah ape2 hidangan juadah hari raye, sudah tentunye ketupat rendang, satay semuanye ade....hmmmm! Alhamdullilah! kiranye taklah kempuanan Malau disini! :)

    sekian saja, warkah singkat dr perantauan, semuga menyambut raye dgn meriah bersame2 seiisi keluarga! Malau akan sambung menyepikan diri lagi pergi bertape......
    sehingga raye tahun hadapan, Insyallah! jika umur panjang lagi..... dapat kite bertemu lagi diruangan ini jika blog ini masih panjang lagi umurnye jua ! :)

    Bonne Fete et Bonne Route!

    malau

    BalasPadam
  34. Oops! Malau terlupa buat tambahan ucapan utk teman kite... Emadsen!

    ....Mega yang cantik itu akan hilang bila malam menjelma......
    Dan jika bulan menjelma dgn izin TuhanNya, malam itu akan kelihatan serinya kembali bercahaya menyinari.....
    Itu pun hanya bagi org2 yg tertentu sahaja yg pintu mata hatinya sentiasa celik dan tidak buta yg dapat menikmati keindahan tersebut!

    sekian...ucapan dr kawan semuga sambutan hari raya thn ini meriah buat teman seisi keluarga!
    selamat hari raya, Emadsen!

    BalasPadam
  35. takder pon kem salam kt aku ... <-- buat muka sedih ..

    BalasPadam
  36. FHH, parent i skang ni di BTR, cheras. so raya kat umah puchong n spend more time di cheras ikut rombongan korga ke umah pakcik2.. lama dah tak buat gitu.. segamat tu tempat i lahir di balai polis kolam ayer pada 1975 eh 1965 heheheh..

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum Abang dan Kakak semua. Selamat menyambut Aidil Fitri semuga dengan perginya Ramadhan dan datangnya Shawal, kita semua telah kembali ke fitrah kita dengan amal jariah kita sepanjang Ramadhan diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran seperti yang dijanjikanNya. Insya Allah.
    Mudah2an momentum ibadah kita dibulan Ramadhan dapat diteruskan dibulan-bulan seterusnya. Tapi janganlah sembahyang tarawikh dibulan Shawal pulak!! Tak ada guru mana yang mengajar begitu.
    Kak Dcita, terima kasih di atas jemputan. Saya beraya di Setapak tapi segan nak ke rumah Akak.
    Kak FHH aka Anne, salam saya pd orang Segamat. Saya pernah sekolah di sana dulu.
    Kak Malau, Deepavali baru ok ke Kedutaan Mesia kat sana. Boleh makan tosei dan maruku.
    Akhirkata, selamat menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Hati-hati memandu.

    DH M

    BalasPadam
  38. assalammualaikum semua.. selamat hari raya. .. Kawan baru balik dari kg. Raya kali ni kat Labis. Kalau tau fhh kat segamat, kawan cari dia.
    Kat h/way tadi oklah.. tak berapa jem.
    Betul lah soul, sedih malau lupa nak kirim salam kat kita.. nama org lain ada..
    *#baru balik dari johor, bahasakan diri 'kawan'#

    BalasPadam
  39. siapa ler kita ni kan bauh ...

    hatiku kachiwaa .. <-- nyanyi lagu R Azmi .. :)

    BalasPadam
  40. Assalammualaikum. Bauh, soulman dan gangjom kena teh. Lepas tu kita berasap.Fuh nikmatnyaaa!!!!

    BalasPadam
  41. kot iyer pon ngajak .. kat maner tu wehh ..

    BalasPadam
  42. Tempat biasalaa. RESTORAN PELITA JLN. AMPANG HARI JUMAAT MALAM SABTU
    10/10/08. TOLONG SEBARKAN.

    BalasPadam
  43. saper yg baca blog nih tau ler kot ...

    BalasPadam
  44. Enal, harap ramai yg turun. nti aku tlg war2..

    BalasPadam

Atas permintaan ramai .. aku buka semula ruang komen to everybody .. no more moderating TAPI please make sure put your name & class in SMPT .. sila berikan kerjasama .. kita semua dah besar .. kan ....

Thank You for your cooperation.