Khamis, 5 Jun 2008

Guess Who??

Last Week we managed to relocate some of our ex-teachers. Surprise, they looked young and was very excited about our visit to their house:

Standing: Awal, Wana, Anak Hasni, Hasni, Shahrul Azizi
Sitting: Husband, Pn Zawyiah
Standing: Wana, Hasni, Zamri, Khairudin, Shahrul
Sitting: Mr Lee and his Wife

Back Row: Wana, Awal, En Misran, Shahrul, Hasni
Front: Khairudin, Safani

and check it out guys, they confirmed attending our reunion day on 20th July. So, see you all.

24 ulasan:

  1. Cikgu cikgu ni duduk kat mana? diaorang datang tak nanti? Diaorang buat apa sekarang? Cikgu yg lain tak jumpa ke?

    BalasPadam
  2. derang duduk atas kerusi .. heuheuheu ..

    kang jemput ramai2 kang .. bajet kita ciput .. makan gula2 plak kang ...

    BalasPadam
  3. ada.. kami sedang trace mr mario ..dont wory. Kami juga dah dapat contact puan shamsiah, pn che wa. at least 5 cikgu pun ok ler. ramai sgt nanti jadi "reunion cikgu" lak.

    BalasPadam
  4. Masuk ni dah 3 kali saya cuba log in.....hampeh..
    Saya mahu dikenali sebagai Budak HB81.. Rasanya saya tua setahun tapi saya muda lagi sebab my larling always call me 'Yang' jange mare...

    Syoknyaaaaaa dapt jumpa cik gu-cikgu kita dulu. Cik gu Misran, Puan Zawiyah and Mr .. Sir Lee Pheng Eong ( is it correct to spell your name Sir..Mr Lee). Puan Yau yang tak ada rambut tu tak jumpa ke ( Biology Teacher ). Puan Maznah cik gu chemistry ?

    Adik beradik yang Mula / dan penamat agama tu tak besar-besar lagi ke... Janggut dan misai jer boleh nampak brutal.. boleh tahan ... Tapi ..guchi...guchi...gu.!!!! Ha...ah... Dah basah dah.. Mare ke..Nanti kena jual..

    Zamri (hairy) Samad kat mana sekarang hah... ? Ingat ke dia kat saya... Tanya sikit , dia masih banyak bulu lagi ke?

    Mak cik Hasni tu tak semput lagi? masa dia prefect tu selalu gak dia semput.. Shahrul! Awat nampak tak sihat?

    Ok lay sampai sini dulu.... nak tahu siapa saya ... Seru Saja nama HB81 dalam blog ini...insya allah ada masa boleh drop by lagi...

    Oopppsss... Zulfadzil kat mana sekarang......Kebelakangan bila nengok Zamani Slam , mula tergambar si chubby boy gigi bertindih tu.... Adik dia dah Fopfular la kan........

    BalasPadam
  5. bestnya korang dapat jumpa cikgu2 kita... nampak tua sangat Mr. Lee cikgu kelas kita... (opss.. ya lah kitapun dah tua). Zamri, jgan lupa contact mr. mario. cikgu chemist kita yang kelakar tu..dan puan zainab othman.. cikgu bm yang aku sayang..

    BalasPadam
  6. salam,

    dcita...pn zainab cikgu bm tu dah pencen dok kat johor nih, ada terjumpa dia 2 thn lepas.

    nak tanya...zulfadzli tu abg zamani slam ker? waaa....wa minat ler zamani tu

    BalasPadam
  7. oh... johor kat mana?

    x tahulah pulak zulfadli tu abang zamani slam... tapi si zamani slam ni classmate adik kita kat srk jalan padang tembak 1...

    korang dapat contact zamri tak- 5sc2, dulu kitaorang neighbour..

    BalasPadam
  8. kat Zulfadzil tu korang tak minat lak .. hehehe ...

    BalasPadam
  9. Salam...
    Ai Md Noor... saya pun confuse.. saya rasa Zulfadzil bukan Zulfadli. Prefect chuby2 besar teguh peramah tuuuu.....adik beradik dia sume mula dengan huruf Z. Tak salah Zulfadzil ada adik perempuan...ZZZZZubaidah ke ZZZZuraidah.... Memang Zamani Slam tu adik dia... Kita tahu tau...sebab dia orang punya tag sama dengan tag ZORRO

    Ingattak abang senior kita yang jadi Head Boy '81 tu. Sapa arrr...nama dia? Kat mana dia sekarang? Ramai juga yang minat kat dia. Teringat kita kat satu budak gegirl si Nor***** 3P2/'80 (sume pompuan tu) Sampai dalam girl's toilet si Nor jerit nama dia sebab abang tu tak layan dia. Nak tergelak bila ingatkan kesah si Nor**** tu. Satu hari tu... Abang headboy pi masuk library, kita tengokkan je gelagat si Nor***** tu. Bila Abang tu keluar kat korridor, dia pun keluar, bila abang tu masuk dia pun masuk. Tapi malangnya Abang tu tak pun perasan atau pernah perasan kat dia. Tu yang sampai tension jerit nama pun jadilah. Dalam toilet pulak tuh....Aduhai Si Nor***** kemanakah awak sekarang iya.... Kita minta maaf le tercerite kisah lama kat dalam blog ini..

    Puan Norlina kat Taman Malawati fasa 3. Encik Fakir Mohamed ada kat UM, bertugas sebagai pensyarah , satu hari ltu bila masuk kelas Strategic Management, terkejut kita bila nengok dia yang masuk mengajar. Puan Ramlah Giman, Puan Khor yang ajar kita english tu ada jumpa ke? Best kan kalau dapat reunion balik... Dulu kita kecik-kecik je.... Sekarang ini ....Kalau jumpapun tak perasan agaknya.

    Maal salamah.....HBC

    BalasPadam
  10. HBC ni saper laks ??

    Headboy '81 tu .... err .. tanya Awin Anor .. hehehe ...

    BalasPadam
  11. Kenapa pulak Awin Anor yg tau ?????
    Sape ek head boy 81 ??? He3x

    BalasPadam
  12. purak purak nggak ngertik ekk ..

    BalasPadam
  13. headboy 81 tu...sape ek nama dia...hehehe (pura-pura lupa lak)..camna dia nak layan..dia tak nampak orang lain dah ..sorang tu aje dia nampak...hehehe..bertuah budak tu dpt yg setia dulu kini dan selamanya...

    seronok tingat citer zaman kita dulu dulu kan....macam macam pe'el

    HBC kenalkan diri ler...

    BalasPadam
  14. Ehhh...pandai2 je.... sape dia ? C budak Bit 2 ke ? Entah le, mane dia sekarang ni ??? HBC tu......
    Hbc....siapa anda ??

    BalasPadam
  15. sapa lagi dah memang si budak Bit tu....kura kura dalam perahu lagi mau tannyaa.....huhu

    kirim salam kat budak Bit tu yek kalau terjumpa dia...hihi..itu pun kalu dia ingat lagik pen pall dia nih...heheh

    BalasPadam
  16. ni kang ada yang kena soal siasat nih .. hehehe ..

    BalasPadam
  17. Kepada Kekawan yang masih mengenali diri aku .... Jumali. Apa khabar semua dalam usia ke 43 bagaimana keluarga dan berapa harta yang diberi oleh Allah taala (anak) harap kalian keep in touch selalu.. Alhamdullilah dengan adanya blog ini dapat kita memanjangkan silatulrahim hendaknya. Aku tinggalkan no pengantaraan aku 016-3814623 ok wasalam

    BalasPadam
  18. ooo...aku ingat lagik jumali nih.....sama sekolah rendah pdg tmbk 2 dulu kan.....

    BalasPadam
  19. jumali elias jumanji.. welcome on board. ko tuka hp no lagi.. patut kitorang tak dpt cari.

    BalasPadam
  20. Mali .. welcome bro .. mmg lama x jumpa ko ..

    Hisaham "Hantu N" takder khabar berita .. any lead ?

    Pastikan ko datang 20/7 nanti .. in the meantime .. register kat www.kawanaku.com .. ramai dah ada kat situ .. KEEP IN TOUCH!

    BalasPadam
  21. Salam sejahtera

    Saya nak menambahkan lagi peserta dalam blog ini.

    Bila lihat wajah-wajah cik-gu2 kita ini , segera ingatan ini terimbas suasana SMPT akhir 70an dan awal 80an.

    Penyelia petang - Pn Zawiyah Markaya, Pn Siti Razor, Ustaz Daud, Ustazah Hasmah, Pn Tan cik gu sains, Puan Saadiah , Cik Gu Affendi, Puan Shamsiah, Encik Fakir, Mr Lee IA, Puan Chella, Puan Yong, Puan Khatijah, Puan Che Wa Peei, Puan Nasimah, Puan yang naik kereta SAAN lama Merah, Puan Rubiah, Cik Gu Rahman Ithnin dan lain-lain lagi.

    Satu kenangan yang tidak luput di ingatan saya bila kelas Puan Zawiyah. Kelas Lukisannya. Dalam satu sesi kelasnya , kami diminta membawa buah-buahan. ROSLAN , membawa 3 biji pisang untuk tujuan itu. Sebelum kelas bermula sebiji telah ditelannya.
    Masa sesi kelas itu berjalann Puan Zawiyah mengarahkan agar buah-buah itu diletakkan atas meja ( Ingat bilik melukis , blok B sebelah bilik guru). ROSLAN tak dengar arahan itu dan terus memegang buah pisang itu.
    Puan Zawiyah kan suka meronda, tetibaje di bersuara kat tepi ROSLAN. "Buat Hapa Awak Pegang Buah Hawak TU. Letaklah Atas Meja! Buah Awak Tu Tak Lari Punya"!!!!
    Habis satu kelas ketawa terbahak-bahak selepas Puan Zawiyah cakap. Naik Hairan Puan Zawiyah, Apakah salah statement yang dibuatnya." Tapi selepas itu Puan Zawiyah Senyum Sendiri...

    Parfumnya...... setengah jam baru hilang jika dia melewati kelas kita.

    Tapi tak yah kenal kitalah.

    Kawan Roslan

    BalasPadam
  22. sebut pasal puan zawiyah...teringat sy bila sy ke kantin, dia akan kirim goreng pisang letak sambal tumis.... hmmm..nyummm nyummmmm..teringat juga pn siti hawa yg tinggi lampai cikgu 3A1....

    5S2 lak mr lee yg pekenakan kitorg masa kelas lab semasa 1 april...teringat lagik marina sampai panjat meja nak tuang liquid dlm buret...takut tumpah sbb dah diberi amaran liquid tu jgn terkena...sume ambil langkah berhati2 pelbagai gaya dibuat nk tuang benda tuh...mr lee lak dok meronda dr meja ke meja sambil tersengih sengih.....at the end dia kata...its just an ordinary water...celup celup tgn lagik dlm liquid tuh....huhhh...terkena kita....

    BalasPadam
  23. korang yg lain takder citer flashback ke pesal chekgu nih ..

    saper yg ingat kejadian2 masa konsert dulu .. time form 3 ke form 4 gitu .. simple gaban giler pyer konsert but very entertaining .. kasik citer sket ..

    BalasPadam
  24. Guru oh Guru



    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    Pelita dan lampu segala
    Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
    Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
    Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.

    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulang ilmu
    Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
    Menjadi kenangan ke akhir hayat.

    ~SN Dato' Dr. Usman Awang~

    BalasPadam

Atas permintaan ramai .. aku buka semula ruang komen to everybody .. no more moderating TAPI please make sure put your name & class in SMPT .. sila berikan kerjasama .. kita semua dah besar .. kan ....

Thank You for your cooperation.