Jumaat, 17 September 2010

Selamat Menempuh UPSR Anakku ..

Baru seminggu Raya ..

Tapi bagi anak2 yg akan menempuh UPSR, semuanya kena tangguh dulu. Mana tak nya .. minggu depan cabaran pertama bagi anak2 dalam menempuh alam remaja demi untuk menjadi insan yg berpelajaran bermula. Segala apa yg dipelajari dari tadika, Darjah Satu hingga Enam akan diuji bagi menentukan kedudukan semasa meningkat ke sekolah menengah.

Segala kelas tambahan, tusyen, homework dan ajaran guru di sekolah perlu dimenafaatkan. Mak bapak juga jadi risau samada segala apa yg dicurahkan, segala apa yg didoakan akan termakbul ..

Tahun ni, anak kedua aku akan menempuhnya. Segala-galanya telah dilakukan .. kini terpulang kepadanya .. aku menaruh keyakinan kepadanya berdasarkan peningkatan pelajaran dia beberapa tahun kebelakangan ini. Harapnya, segala usaha dia diberkati ..

Khamis, 9 September 2010

Jalan Ke .. Sungai ? ..




Hujan lebat giler semalam ..

Lepas selesai urusan luar opis .. aku terus menghala balik walaupun dlm keadaan hujan lebat .. sbb memikirkan kalau aku tunggu hujan reda mau aku buka puasa kat luar .. which was not in my agenda ..

Dari Hiway Mahameru aku terus masuk menghala ke Jln Duta. Zass .. tetiba kereta semua berenti/slow down. Pekejadah ? Aku nampak dari atas bukit air lumpur turun macam air terjun melimpah ke tengah jalanraya. Kesekejapan jer jalan 4 lorong tenggelam tinggal lorong belah kanan sekali jer yg boleh lalu walaupun air dah naik setengah tayar. Those yg tak sempat mengelak atau beralih ke lorong kanan terperangkap. Alahai .. mana mau lari ! Aku nekad teruskan perjalanan. Semua kereta jalan in a single file berbaris dan bergerak dgn perlahan .. Sampai bawah flyover lepas exit naik ke Damansara rupanya air lagi dalam. Eremerkkss .. abih kereta aku, dah ler lowered mau jadi submarine nih .. teruskan jugak lah .. Niat aku nak sampai rumah berbuka dgn anak bini aku .. moga Allah permudahkan ..

Aku redah jugak .. After 100m water subsided sbb dah naik bukit .. Alhamdulillah lepas .. Sampai rumah aku tgk grill bumper aku penuh dgn sampah & ranting kayu .. Spotlight aku masuk air & sebelah terus padam. Kereta yg aku baru basuh 2 hari lepas dah macam baru keluar estate ... tapi yg penting alhamdulillah selamat sampai rumah ..

Tu ler adventure aku semalam dlm hujan ...

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya ..

Ada antara kita yg kata ni hari last day puasa ..

Ada jugak yg terus takmo puasa walaupun malam ni diisytiharkan raya hari Jumaat. Aku tau sbb aku pernah jumpa org camnih .. pelik tapi benar. Tak puasa tapi xleh raya .... masing2 pyer pendapat ler .. ada yg kata Nabi x pernah puasa lebih 29 hari .. tapi suruhan Nabi dan sunnah dia xde plak nak ikut (kecuali kawin 4 atau lebih hehe .. bukan aku yer). Bagi aku .. biar gomen yg tanggung since derang nak guna 2 kaedah sekali .. even Jamil Kher pon macam dah konpem kata Raya Jumaat .. aku pon moshkell kenapa masih penat2 tengok anak bulan .....

Anyway .. aku dok meraban pagi2 nih sbb kat opis dah xde orang .. sumer dah start cuti. Aku plak tak cuti awal sbb tak mcm sebelum ni aku uruskan ayah aku yg sakit dan sebelum dia sakit dulu sama2 dgn dia gi pasar beli apa yg perlu .. kini ... tiada lagi .. cuma insyaallah pagi Raya aku akan gi melawat dia dan emak di pusara Taman Ibukota Gombak ..

Selamat Hari Raya Aidilftri kepada SEMUA yg kenal aku .. Maaf Zahir Batin ....

Isnin, 6 September 2010

Di Penghujung Ramadhan ..

Hari ni dah 27 Ramadhan ..

Semalam masjid Sg Penchala depan rumah telah selesai majlis khatam Al Quran. Masjid TTDI masih penuh dewan masjid dgn umat Islam utk Isya' & Tarawikh .. tapi spt biasa selepas 8 rakaat ramai yg buat witir atau terus moreh (termasuk aku) ..

Kalau masa zaman kanak-kanak dulu time ni adalah kemuncak mercun dan bunga api .. begitu juga segala persiapan hari raya. Kini suasana agak lega sikit. Dah hampir tidak kedengaran bunyi mercun. Yang kedengaran semalam bunyi kanak2 membaca ayat2 suci sempena majlis khatam Al Quran. Alhamdulillah kerana tradisi ini masih diteruskan setelah 15 tahun aku tinggal di sini (and way before that) ..

Anak-anak dan isteri punya persiapan semua dah selesai ... aku jer yg takder apa-apa persiapan ..

Maybe 2-3 hari ni kot since aku tak dapat cuti sebelum raya dan masih ada kerja2 closing financial year last August. Tapi yg best nyer .. esok ramai dah start cuti .. ofis akan mula kosong .. boleh ler ejas2 sikit time .. lalala

Yang penting kerja siap .. lepas raya aku pulak bleh rileks .. lalala

BTW .. a few bloggers juga ada sentuh pasal iklan raya yg lawak bangang dari TV3. Aku tak tgk di TV tapi telah diupdatekan di Facebook dlm bentuk video. Kenapa unit yg sepatutnya memantau pembikinan iklan tu tak langsung memberi pendapat dari sudut Islam mahupun para ulamak yg arif akan hal2 sebegini. Aku tengok mula2 pon naik konfius .. iklan raya ke iklan krismas .. production's done .. payment made .. screening on .. last2 scrapped ! Sedap2 jer ada yg dpt duit raya .. rasa2 ada tak yg kepala kena pancung ...

Sementara itu .. aku baru dpt tahu dari beberapa blogger yg bekas isteri Nash Lefthanded hilang sejak 31 Ogos lalu .. agak misteri sbb hilang lepas keluarkan a few million RM bersama beberapa org .. pelik dan misteri ini telah menimbulkan berbagai spekulasi .. aku takmo sentuh lanjut akan perkara ini tapi agak kesian memikirkan anak2 dia yg hingga kini masih tak tahu apa sebenarnya yg terjadi ..

Harap2 all is fine in the end .. wallahualam ..


Jumaat, 3 September 2010

Renungan Jumaat ..

Catitan dari seorang blogger yg patut kita kongsi bersama ..

Keyakinan

23 Ramadhan 1431H
Oleh : Jarjani Usman

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (QS. Al-Imran: 104).

Kalau membaca sejarah, tidak sedikit di antara sahabat Rasulullah s.a.w. pada awalnya adalah orang-orang yang tidak dilahirkan dalam keluarga muslim. Mereka non muslim. Mereka kemudian beralih keyakinan, dari non muslim menjadi muslim. Termasuk Umar bin Khattab r.a., yang kemudian menjadi sahabat dekat Rasulullah, muslim taat, dan bahkan menjadi amirul mukminin. Bukan hanya di masa lalu, sekarang pun banyak yang demikian.

Biasanya, tidak mudah merubah keyakinan seseorang manusia. Kalau pun kemudian mahu diubah, itu karena sudah sekian lama berusaha untuk menjawab rasa ingin tahunya tentang Islam. Dibacanya kitab suci Islam, iaitu Al Quran dan segala yang membentuk keyakinannya, termasuk bertanya kepada orang alim sebanyak mungkin. Setelah terbentuk suatu keyakinan yang mantap, barulah menyatakan diri masuk Islam. Karena sudah yakin, umumnya mereka benar-benar menjalani hidup sebagaimana disuruh dalam agama Allah itu.

Lantas bagaimana dengan kita yang terlahir dalam keluarga muslim? Di satu sisi, kita beruntung dan sepatutnya bersyukur karena ditakdirkan demikian. Namun di sisi lain, sebahagian kita bagaikan merasa selesa saja dalam keluarga Islam, meski tidak mahu mempelajari Islam. Seakan-akan keyakinan itu terbentuk sendiri. Akibatnya, begitu mudah mengabaikan segala perintah Allah, semudah melakukan segala yang dilarangNya. Diakui atau tidak, inilah pertanda belum terbentuk keyakinan diri tentang Islam, yang selanjutnya membentuk generasi yang lemah.

Generasi yang lemah ini, kalau tidak ada kepedulian dari kalangan umat tersebut, kembali menghasilkan generasi yang lebih lemah lagi. Karena itu, patut disyukuri di saat sedang bermaharajalelanya kemungkaran yang mematikan nurani sebahagian orang, masih ada segolongan orang yang senantiasa peduli terhadap nasib umat, menyeru kepada yang makruf dan mengajak untuk mencegah yang mungkar seperti ayat diatas.

Khamis, 2 September 2010

Tak Nak Ke ? ...

Link yg dihantar kpd aku oleh seorang blogger utk disampaikan ...

Lailatul Qadar Hadiah Allah Kepada Kita

Posted on Ogos 29, 2010 by sulaiman

Lailatul Qadar adalah merupakan satu hadiah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Lailatul Qadar adalah makhluk Allah. Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam, diikuti oleh malam Nisfu Syaaban. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun.

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Namun siapa yang tidak bertemu dengannya, dia tetap mendapat pengampunan daripada Allah asalkan dia berusaha untuk mendapatkannya. Tidak ada ruginya sesiapa yang mencari Lailatul Qadar samada dia mendapatnya atau tidak, dia tetap beruntung.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Lailatul Qadar adalah satu suasana, iaitu suasana yang sepi. Walaupun ada ulama berpendapat ia bermula selepas waktu Maghrib, namun ada yang berpendapat ia adalah sepertiga akhir malam, kerana selepas waktu inilah suasana sepi malam mula terasa, misalnya sekitar jam 3.30 pagi. Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Majoriti ulama berpendapat ia berlaku pada bulan Ramadahan, walaupun ada sahabat yang bertemu dengannya di luar Ramadhan. Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir. Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatul Qadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Allah akan beri hadiah yang besar kepada mereka yang mencarinya dan ia juga adalah satu hadiah. Allah akan pertemukan mereka yang mencarinya, hargailah malam ini. Sekirnya bertemu dengannya, berdoalah seperti yang diajar oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a. Siti Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang terawih.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Ada Saman Ekor ? ..

Ada berapa saman ekor korang ?

Kalau rasa2 berat nak bayar dan memang tak patut bayar atas keraguan yg TERlampau .. korang boleh letakkan tandatangan virtual di satu laman web yg dibangunkan oleh penaung Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Sila klik di sini

Ini terpulanglah .. tiada paksaan .... cuma nak membantu ..

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka !! ..

Aku tampalkan kata2 dari seorang negarawan untuk direnungkan bersama ..

“Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan... kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Isikanlah kemerdekaan kita ini dengan seikhlasnya demi masa depan warisan kita ..

Isnin, 30 Ogos 2010

10 Hari Terakhir Ramadhan ...

Kejap je dah nak sebulan ..

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 20 kita mengerjakan ibadah puasa. Aku tak nak sentuh kualiti puasa masing2 .. tu sendrey mau ingat. Tapi 10 hari terakhir ini adalah peluang utk kita semua beramal dgn sebanyak mungkin kerana ganjaran yg telah dijanjikan begitu besar dan banyak sekali ..

Kalau game bola tu kita boleh tunggu sampai pagi, why don't kita ambil sedikit masa tidur kita utk tahajjud atau membaca ayat2 suci Al Quran semampu kita. Aku berani jamin, you will feel the difference after a few days buat. Kita even boleh buat sekali sembahyang hajat utk diri sendiri, keluarga mahupun anak2 terutama jika ada yg nak amik peperiksaan penting spt UPSR/PMR/SPM pada tahun ni (anak aku UPSR).

Ini bukan ceramah atau tazkirah .. ini cuma saranan dari sahabat kpd sahabat yg lain ..

Salam sejahtera buat semua kawan2 ...

Isnin, 23 Ogos 2010

Erti Merdeka ..

Bulan Ogos bulan kemerdekaan ? ..

Ada yg kata 16 September .. Ada betulnya kenyataan ini sbbnya Sabah & Sarawak bersatu dlm Gabungan Malaysia pada tarikh ini. Whateva it is yg penting apa pengisian kemerdekaan dari kita semua utk negara Malaysia kita ini. Tak kira samada korang Melayu/Cina/India/Serani/Bajau/Khadazan/Orang Asli etc .. as long as ada IC yg sah dan tulin .. kita bertanggungjawab utk mengisi kemerdekaan ini demi masa depan anak cucu kita .. Itulah yg diimpikan oleh para pejuang kemerdekaan Malaya yg tulin pada suatu ketika lama dahulu .. mereka sama2 merasa susah senang, suka duka dan jatuh bangun bersama .. tak kira bangsa. Tidak memikirkan habuan kesenangan/kewangan dari apa yg mereka perjuangkan kerana pada masa itu perjuangan mereka adalah perjuangan yg ikhlas .. perjuangan atas kepercayaan keagamaan masing2 .. perjuangan demi masa depan warisan mereka .. tidak ada kau adalah kau .. aku adalah aku ..

Walaupun perjuangan mereka tidak sehebat perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yg suci dan sejati tetapi perjuangan mereka tetap dianugerahkan dgn kemerdekaan yg kita semua kecapi sekarang .... tapi ... adakah kita kini benar2 merdeka ??

Selasa, 17 Ogos 2010

Adakah Kita Sedar ? ..

Dari catatan ruangan di www.harakahdaily.net

Ada beberapa perenggan aku delete supaya ruang ini tidak dianggap bias atau cenderung kpd. mana2 parti politik.

Aku tampal berita ni xde kena mengena dgn politik .. tapi inilah gejala sosial yg semakin menular sekarang .. didiklah anak2 kita dgn sebaik mungkin didikan agama .. samada Islam mahupun agama lain ..

*********************

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala .

Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui .

Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya .

Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas .

Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.



Harakahdaily/-

Refleksi Ramadhan ..

dari seorang blogger .. untuk kebaikan kita bersama ..

16 Ogos 2010

Refleksi Ramadhan : Beberapa Kesalahan yang Terjadi Pada Sebagian Orang yang Berpuasa

6 Ramadhan 1431 H
Oleh: Syaikh

Tidak ragu lagi bagi kita, bahwa orang yang berpuasa adalah sebaik-baik hamba Allah, tetapi kita saksikan beberapa indikasi kekeliruan yang terjadi di sebagian orang yang berpuasa, dan hal inilah yang ingin saya ingatkan kepada mereka yaitu di antaranya:

Pertama, Betapa banyak orang mengisi Ramadhan dengan berbagai ibadah, tetapi jika Ramadhan lewat, mereka kembali meninggalkan ibadahnya. Kita saksikan masjid-masjid penuh terutama di waktu Maghrib, hari pertama Ramadhan jumlah mereka lebih banyak dari hari ketiga, begitulah semakin hari bertambah semakin berkurang semangat mereka, sehingga ketika di akhir Ramadhan mereka tidak ada bedanya dengan bulan-bulan biasanya.

Gejala inilah gejala yang sakit dan mem-bahayakan, karena mereka seakan-akan tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramadhan saja –wal’iyadzu billah–.

Oleh karenanya wajib bagi para Du’at dan imam masjid untuk memanfaatkan kesempatan keluarnya mereka dari rumah ke masjid sebagai momentum dakwah, menasehati, dan mengingatkan mereka dari pekerjaan yang tercela ini, misalnya lalai dalam melaksanakan shalat. Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ.

“Perjanjian antara kami dan mereka adalah shalat, siapa yang meninggalkannya ia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi, An-Nasa’i).

Kedua, Sebagian orang yang berpuasa meninggalkan makan, minum dan jima’ serta yang lainnya, tetapi mereka tidak berpuasa (meninggalkan) dari semua perbuatan haram, seperti menggunjing, berkata jorok dan dusta, mencaci, menipu, menzhalimi, dan yang lainnya.

Hal ini tidak diragukan lagi akan menjauhkan dari pencapaian tujuan puasa sebagai tarbiyah (pembinaan), sangatlah tidak logis Allah membina anda meninggalkan makan, minum, dan lainnya sementara anda sendiri tidak bisa meninggalkan perbuatan yang haram.

Sebagian para ulama berpendapat bahwa perbuatan yang haram ini akan membatalkan puasa. Ini adalah pendapat Ibnu Hajm, beliau berargumentasi dengan hadits tentang dua perempuan yang tidak kuat puasa, kemudian dibawalah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam. Berkatalah Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam kepada mereka, “Muntahlah!” Lalu mereka muntah nanah dan darah segar. Berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam,

إِنَّ هَاتَيْنِ أَفْطَرَتَا عَلَى مَا حَرَّمَ اللهُ وَصَامَتَا عَمَّا أَحَلَّ اللهُ.

“Sesungguhnya dua perempuan ini telah berbuka dari apa yang Allah haramkan, dan telah berpuasa dari apa yang Allah halalkan.” (HR. Ahmad Ath-Thayalisi).

Akan tetapi hadits ini dhaif, pendapat yang benar adalah bahwa seseorang tidak batal puasanya gara-gara menggunjing dan mengadu domba serta yang lainnya, kecuali dia melakukan perbuatan dosa besar dan menyalahi tujuan-tujuan utama puasa.

Ketiga, Sebagian orang berbicara tentang keistimewaan puasa hanya dilihat dari sisi faedah duniawi saja, misalnya puasa itu sehat.

Sementara faedah ukhrawinya ditinggalkan bahkan upaya sosialisasi ke khalayak orang pun kurang bahwa puasa itu ibadah –sekalipun dipastikan ia tidak sehat– Karenanya tidak heran seorang muslim siap menerobos ke medan pertempuran sekalipun ruhnya melayang demi ketaatan dan ibadah kepada Allah.

Dengan demikian, bukanlah tujuan asasi puasa menyehatkan badan dan menyelamatkan diri dari marabahaya, atau meraih keuntungan duniawi.

Akan tetapi beribadah kepada Allah yang secara otomatis keuntungan duniawi pun akan tercapai.

Keempat, Kerusakan akhlak. Artinya sebagian orang di sela-sela menjalankan ibadah puasanya ada yang rusak akhlaknya, mungkin karena lapar dan haus, cepat emosi, keras, kasar, baik terhadap keluarganya atau kepada masyarakat dan lingkungannya, menggunakan bahasa yang menyakitkan, dan berperilaku yang tidak baik.

Tentu ini menyalahi etika yang selayaknya harus dilakukan oleh orang yang berpuasa yaitu berperangai baik, sebagaimana yang diwasiatkan Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam,

الصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ.

“Puasa itu perisai seorang muslim, apabila pada hari seseorang di antara kamu puasa, maka janganlah ia berbuat rafats (berbuat buruk) dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya hendaknya ia berkata, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Kemudian apa gerangan yang menimpa mereka mana-kala berpuasa, teganglah urat sarafnya, hilanglah akal sehatnya, berbicara dengan untaian kata yang keras terhadap keluarganya, anaknya, tetangganya, teman-temannya, dan semua relasinya.

Padahal bisa jadi di luar kondisi puasa ia bicara dengan tenang tidak emosional dan menggunakan untaian kata yang menyejukkan.

Kelima, Sesungguhnya masih ada sebagian orang yang bermalas-malasan di bulan Ramadhan, padahal kaum muslimin yang lainnya betapa semangatnya mereka di bulan suci ini, betapa banyak peperangan yang terjadi di bulan Ramadhan.

Tetapi mereka ini menjadikan bulan Ramadhan sebagai kesempatan untuk memperbanyak tidur, beralasan dengan hadits dhaif, di antaranya, “Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah.”

Kendatipun dipastikan hadits ini shahih, bukan itu yang dimaksud, karena seyogyanya orang yang berpuasa memanfaatkan bulan suci ini dengan berbagai amal shalih yang dilakukan dengan penuh semangat.

Keenam, Berlebih-lebihan dalam makan dan minum

Pada bulan Ramadhan tidak sedikit orang yang menyambutnya dengan variasi menu makanan dan minuman melebihi bulan lainnya.

Terkadang menu makanan dan minuman tersebut belum pernah mereka dapatkan. Gejala ini tidak diragukan lagi akan mematikan hikmah disyariatkannya puasa. Ada sebuah ungkapan yang menarik disampaikan oleh seorang penulis sebagai pelecehan terhadap mereka,

إِنَّكُمْ تَأْكُلُوْنَ اْلأَرْطَالَ وَتَشْرَبُوْنَ اْلأَسْطَالَ وَتَنَامُوْنَ اللَّيْلَ وَلَوْ طَالَ وَتَزْعُمُوْنَ أَنَّكُمْ أَبْطَالُ.

“Kamu banyak makan, banyak minum, dan kamu pun banyak tidur, lantas kamu mengaku seorang pahlawan.”

Dengan demikian seyogyanya orang muslim bersikap sederhana dalam makan dan minum di bulan Ramadhan.



Selasa, 10 Ogos 2010

Ibadah Puasa ..

Dari blog yg sama ..

10 Ogos 2010

Niat puasa

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Semua ulama bersepakat bahwa Niat adalah dituntut pada semua jenis puasa. Tidak kira yang sunat atau yang fardu. Ia adalah dikira syarat sah puasa disisi kebanyakan ulama dan dikira rukun puasa oleh ulama syafie.

Tempatnya adalah hati dan hakikatnya adalah berazam untuk melakukan sesuatu. Disunatkan melafazkan niat disisi ulama mazhab Syafie supaya dapat membantu untuk membetulkan niat didalam hati dan menghilangkan was-was.

Kebanyakan ulama meletakkan 4 syarat untuk mengesahkan niat puasa seperti berikut:

Pertama: Berniat pada waktu malam

Sabda Nabi s.a.w:

من لم يبيت الصيام قبل طلوع الفجر فلا صيام له

Maksudnya: "Sesiapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum masuk waktu subuh maka tidak sah puasanya."(Hr Amad dan Ashabus Sunan)

Dalam mazhab Syafie boleh niat puasa sunat sebelum zuhur selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Sesiapa yang tidur tanpa niat dan bangun sudah subuh maka dia wajib menahan makan dan minum walaupun tidak sah puasanya. Dia perlu qada selepas ramadan.

2. Menentukan jenis puasa bagi puasa fardu

Hendaklah orang yang hendak berpuasa fardu menentukan jenis puasanya ketika berniat. Dia hendaklah berniat samada puasa ramadan, nazar atau qada. Jika dia niat puasa sahaja maka tidak sah. Ini pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie. Mazhab Hanafi tidak meletakkan syarat ini.

3. Niat yang pasti. Jika seseorang itu berniat di malam hari syak "Jika esok bulan ramadan maka aku berpuasa. Jika esok bukan ramadan maka aku puasa sunat." Maka tidak sah.

Begitu juga sekiranya jika dia berniat "Aku berpuasa ramadan esok hari insya Allah " dan ia menyebutnya kerana tidak pasti hendak berpuasa atau tidak, maka tidak sah puasanya. Adapun jika dia berniat begitu kerana nak ambil berkat dgn perkataan insyaAllah maka sah puasanya.

4. satu niat untuk satu hari puasa.

Setiap hari puasa dibulan ramadan hendaklah dgn satu niat dimalam sebelum puasa. Tidak boleh hanya satu niat untuk satu bulan ramadan. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.

Mazhab Maliki berpendapat bahawa cukup satu niat sahaja untuk sebulan ramadan.

# saya ada terbaca di akhbar tabloid di malaysia dlm ruang soal jawab agama yg mengatakan mazhab hanafi yg membenarkan satu niat untuk satu bulan. Ini saya tidak pernah lihat dalam kitab2 utama feqh perbandingan. Banyak lagi jawapan2 dari ustazah lulusan mesir ini yg mengelirukan. seolah2 beliau tidak merujuk pada kitab2 utama feqh. Jadi berhati2.


Cerita Sebelum Puasa ..

Dari seorang rakan blogger ..

10 Ogos 2010

Kelebihan lapar dan keburukan kenyang

29 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Kelebihan Lapar dan keburukan kenyang

1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.

Firman Allah s.w.t:"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Al-A'raf)

2. Hanya dua pertiga perut.
Nabi s.a.w bersabda:"Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih terok dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)

3. Lapar menyukarkan syaitan.

Nabi s.a.w bersabda:'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.

Nabi s.a.w bersabda:"Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.w

Abu Hurairah r.a berkata:"Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.w

Suatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:

"Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum-hukum makan

Makan ini ada beberapa hukum:
1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.

Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan Kenyang

Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata:"Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:

1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat-tempat kotor dan maksiat.

10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.

Khalifah ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.

Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.

Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:
"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engakau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

# maksud lapar yang terpuji disini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang.


SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK .. dari team smpt82.blogspot.com

Isnin, 9 Ogos 2010

Musim Bola Dah Start Balik ..

Charity Shield EPL/BPL dah selesai semalam ..

As expected, MU got the upper hand sbb Chelsea pyer pre-season games sumer hampeh2 belaka. Tapi dalam tempoh 10 bulan season, macam2 boleh jadi .. harapnya Chelsea akan terus kecundang .. hehe

So yg suka berjaga malam "bertahajud" depan TV tu boleh ler terus sahur sepanjang Ramadhan yer ..

Saper ada berani nak buat prediction mcm Octopus Paul .. hehe