Isnin, 26 Julai 2010

Only In Malaysia ..

Gambar2 ni aku dapat dari one strange blog .. lawak tapi memang realiti ..






























Khamis, 22 Julai 2010

Sampaikan .. Walaupun Dengan Sepotong Ayat ..

Aku terima PDF format tazkirah ini melalui e-mel .. ilmu ini perlu dipanjangkan .. since dah hampir sangat Ramadhan ..

AMALAN BULAN SYA'BAN; SUNNAH ATAU BID'AH

Dato' Hj. Abd. Majid bin Omar
Timbalan Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor


PENDAHULUAN

Kedatangan bulan Sya'ban amat dialu-alukan oleh umat Islam, kerana Sya'ban merupakan bulan yang mulia, bulan beribadah dan bulan untuk memperbaiki diri. Bulan Sya'ban itu terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan bulan Nabi Muhammad s.a.w. diisra' dan dimikrajkan Allah SWT, dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan. Sya'ban juga satu daripada empat bulan yang dinyatakan Allah SWT sebagai bulan yang dihormati seperti firmanNya dalam surah at- Taubah ayat 36:
Maksudnya:

" Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus ".

Menurut ahli tafsir, empat bulan yang dimaksudkan dalam kalimah ialah bulan Rajab, Sya'ban, Ramadhan dan Muharram. Imam at- Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., apabila tiba bulan Rajab, baginda Rasulullah s.a.w. berdoa supaya diberkati bulan tersebut dan bulan Sya'ban serta Ramadhan berikutnya doa baginda:

Maksudnya: " Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rajab dan Sya'ban, dan sampaikan (hayat) kami, kepada bulan Ramadhan ".

BID'AH

Terdapat segelintir pihak tertentu mempertikaikan amalan yang lazim dilakukan umat Islam di Malaysia pada bulan Sya'ban, contohnya seperti amalan puasa sunat Sya'ban, membaca surah Yasin 3 kali diselangi doa tertentu pada malam Nisfu Sya'ban, solat sunat malam Nisfu Sya'ban, kerana tiada nas dari al- Quran dan hadis menyuruh berbuat demikian.

Mereka berpendapat amalan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, ia adalah amalan yang diada-adakan atau direka-reka. Perbuatan mengada-adakan amalan yang tidak pernah dilakukan atau diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w adalah bid'ah . Tiap bid'ah adalah sesat dan masuk neraka.

Pendapat mereka berdasarkan hadis dalam sahih Muslim yang diriwayatkan daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda dalam khutbah baginda:

"Tetaplah kamu dengan suruhan dan sunnah para khulafa' ar- Rasyidin serta berpegang teguhlah padanya. Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah dan setiap perkara bid'ah itu adalah sesat. Setiap yang sesat akan masuk neraka".

Amalan yang didakwa bid'ah lagi seperti membaca Yasin pada malam Jumaat, Sambutan Isra' Mikraj pada 27 Rajab, Sambutan Maulud Rasul pada 12 Rabiul Awwal, bacaan tahlil dan doa kerana kematian, wirid dan doa selepas solat lima waktu kerana amalan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

SUNNAH

Sebahagian besar umat Islam di Malaysia yang menerima saranan dan pengajaran dari guru-guru dan orang tua mereka, memperbanyakkan amalan dalam bulan Sya'ban. Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:

" Bulan Rajab adalah bulan Allah dan Allah telah melebihkan darjatnya dari segala bulan seperti halnya kelebihanku atas segala makhluknya, Sya'ban itu bulanKu dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanKu atas segala nabi-nabi,dan Ramadhan pula adalah bulan umatKu dan Allah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanKu atas segala umat ".

Hadis ini menjelaskan tentang kelebihan tiga bulan termasuk bulan Sya'ban. Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia memperbanyakkan amalan pada bulan ini dengan membuat berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti puasa, solat, membaca al- Quran, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya. Mereka yang sudah sebati dengan amalan tersebut terus melakukannya kerana mereka melihat kepada pengisian ibadah pada bulan atau hari tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam. Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antara contoh amalan yang dilakukan mereka yang dianggap sunnah Rasulullah s.a.w.;

1. Puasa sunat
Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. membanyakkan puasa di bulan Sya'ban.

2. Membaca surah Yasin
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya membaca al- Quran. Setiap huruf diberi dengan ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu daripada surah dalam al- Quran.

3. Berdoa
Nabi Muhammad s.a.w.mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintahkan hambaNya berdoa nescaya Allah SWT memperkenankan doa mereka.

4. Mengadakan majlis kenduri
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.

5. Bertahlil
Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaan dari ayat al- Quran, zikir berdoa dan bersitighfar mohon keampunan Allah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Tegasnya, amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukannya pada bulan Sya'ban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya, tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut. Al- Hafiz bin Rejab (r.a) menyebut di dalam kitabnya Lataa'if al- Ma'aarif tentang isu ini- setelah membincangkan secara panjang lebar- Malam Nisfu Sya'ban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi'in di kalangan penduduk Syam antaranya Khalid bin Mi'dan, Makhul, Luqman bin 'Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya'ban. Antara hadis-hadis tersebut Usman bin Zaid menceritakan :

" Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya'ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan Sya'ban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa".
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan an- Nasai)

Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda ; Maksudnya:

" Sesungguhnya Allah Ta'ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya'ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb".
(Hadis riwayat at- Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila tiba malam nisfu Sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya". Allah SWT berfirman, " Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya."

Oleh kerana bulan Sya'ban adalah bulan yang mulia di sisi Allah SWT di mana amal ibadah kita diangkat kehadrat Allah SWT maka sewajarnyalah sepanjang bulan itu diisikan dengan amal ibadah sunat dan taqwa kepada Allah SWT. Di antara amal ibadah itu ialah bertaubat, berselawat ke atas Nabi, berzikir, bertasbih dan sebagainya.
Pada malam Nisfu Sya'ban mereka membaca surah Yasin (3 kali), sama ada secara individu atau berjamaah diikuti dengan doa selepasnya.

1. Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

2. Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.

3. Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.

Menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya'ban baginda mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepada Aisyah: "Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya'ban".

KESIMPULAN
Menghidupkan bulan Sya'ban termasuk Nisfu Sya'ban dengan ibadat seperti membaca al- Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya, adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah SWT.

Yang menjadi pertikaian pihak-pihak tertentu ialah pengkhususan bulan atau hari tersebut untuk satu-satu ibadah, bukan pada pengisian atau aktiviti amalan yang dilakukan. Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah kita, meningkatkan ketaqwaan dan melakukan amalan. Menurut Imam Syafie r.a., jika sesuatu amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah, adalah bid'ah hasanah.




Khamis, 15 Julai 2010

Renungan ..

Dari sekitar blogger .. untuk maklumat kita bersama .. gambar tu cuma hiasan (dari blogger asal) ..

Matlamat perkahwinan dlm Islam

3 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Mendapat kemulian dr Islam dgn perkahwinan.

Diantara perkara yg menunjukkan Islam memuliakan manusia dgn perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah. Nabi bersabda:

(في بضع أحدكم أجر) Maksudnya: Hubungan kelamin yg dilakukan oleh seseorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala? Lalu Nabi menjawab:.

(نعم، أرأيتها لو وضعها في حرام أكان عليه وزر؟ كذلك لو وضعها في الحلال كان له أجر)
Maksudnya: Ya, Ape kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pd yg haram(tentunya mendapat dosa)? Demikian juga sebaliknya apabila seseorng tu melepaskan pd yg halal, dia akn mendapat pahala.(HR Muslim)

Begitu juga Allah membantu kepada mereka yg ingin berkahwin. Nabi bersabda:

(ثلاثة حق على الله عونهم: -منها-الناكح الذي يريد العفاف)
Maksudnya: Tiga Golongan yg Allah pasti tolong mereka: -slh satunya- org yg bernikah kerana nak menjaga dr maksiat. (HR Tirmizi)

2.Mencari ketenangan dan kebahagian dlm perkahwinan.

Firman Allah s.w.t:

((ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة))
Maksudnya: Diantara tanda2 kekuasaannya menjadi pasanganmu dr kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati pdnya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri...(Al-Rom: 21)
Nabi bersabda:

((أربع من السعادة: -منها-المرأة الصالحة))
Maksudnya: Empat dr kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)

3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.

Nabi bersabda:

((من تزوج فقد استكمل نصف الإيمان، فليتق الله في النصف الباقي))
Maksudnya: Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)

4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal.

Nabi bersabda:
((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله))
Maksudnya: Apabila seseorang kamu melihat wanita yg cantik dn tertarik dgn wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya.(HR MUslim)

Ibnu Masud berkata berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku..sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dlm keadaan aku bujang.

5. Membina generasi yg gemilang.
(تناكحوا تكثروا، فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة)
Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin,d gn itu dpt memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dgn umat yg banyak pd hari kiamat..

Jangan kita kata gatal pd org yg nak kahwin tapi kita bekalkan dia dgn ilmu Allah swt. Aku sekadar menyampaikan maklumat yg aku ada ...


Insan Yang Bergelar Wanita ..

Satu penghargaan dari Allah swt .. dari catitan seorang blogger ..

Alangkah bahagianya wanita

3 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Ini adalah diantara kelebihan wanita yg diberi oleh Islam.

1. Syurga sesiapa yg menjaga wanita dgn baik.Nabi bersabda: Sesiapa yg mempunyai 3 org saudara perempuan, 2 org anak perempuan atau 2 org saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yg baik pd mereka, mengelokkan hubungan dgn mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Nabi juga bersabda:
من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة، أنا وهو كهاتين ،وضم أصابعه
Maksudnya:Sesiapa yg menjaga dua org anak perempuan sehingga mereka baligh maka dia akan datang di hari kiamat dan hubungan aku dengannya seumpama dua jari ni. Lalu baginda merapatkn jari jemarinya. (HR MUslim)

2. Larangan berkeras pd wanita.
Nabi bersabda:

لا تكرهو النساء فإنها المؤنسات الغاليات
Maksudnya: Janganlah kamu memaksa wanita maka sesungguhnya mereka adalah penghibur hati yg tinggi harganya. (HR THabrani).

bersabar dan bertindak dgn cara elok bila berhadapan dgn karenah mereka..

3. Menghiasi mereka dgn perhiasan.
Nabi bersabda:Hendaklah kamu kahwinkan anak2 laki dan perempuan kamu. Hiasilah anak2 perempuanmu dgn emas dan perak. Berilah pakaian yg elok pd mereka. Berilah mahar yg baik pd mereka untuk menggalakkan mereka berkahwin. (HR Dailami)

4. Berkomunikasi dgn wanita dgn cara yg baik

استوصوا بالنساء،فإن المرأة خلقت من ضلع، وأن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Maksudnya: Berpesanlah2 pd wanita..Maka sesungguhnya wanita dicipta dr tulang rusuk, Sesungguhnya tulang rusuk yg plng bengkok adalah yg plng atas. Mk sekiranya kamu cuba berkeras meluruskan tulang tersebut ia akan patah, jika kamu biarkan maka dia akan terus bengkok, berpesan2lah pd wanita dgn cara yg baik.(HR Bukhari dan MUslim)

Nabi bersabda: Sesiapa yg memuliakan wanita maka dia org mulia, sesiapa yg menghina wanita dia org yg hina. (HR Ibnu Asakir)

oleh tu pd lelaki sekalian (termasuklah diriku) hendaklah kamu berkomunikasi dgn wanita (ketika perlu) dgn cara yg baik. Jgn berkasar pd mereka dan terimalah maaf dr mereka..

5. Dicintai oleh Nabi s.a.w
Nabi bersabda:

حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة
Maksudnya: Perkara yg kusukai di dunia ni adalah wanita, wangian dan dijadikan penyejuk hati di dalam solat.(HR Nasai)

Ni menunjukkan taraf yg tinggi yg diberikan Islam pd wanita.

Dialah peneman waktu bersendirian..
penghibur waktu kesedihan..
peringan beban2 dan kesusahan..
pengelak dr membuat maksiat pd tuhan..
penambah semngat utk buat ketaatan..
penguat semangat ketika dlm kelemahan..
pembantu dlm perjuangan..
penyelesai bg segala permasalahan..
penampung bg kekurangan..
penegur ketika lakukan kesalahan..
dialah anugerah tuhan
puisiku untk insan yg brgelar wanita.

Isnin, 5 Julai 2010

Siapakah Kita ?

Aku selitkan komen dari blogger asal artikel ini. FYI ini adalah laporan dari Utusan Malaysia .. sempena lawatan Mak Menteri ... jamgan pandang dari sudut politik. Pandanglah dari sudut kemanusiaan ...

REBAN AYAM JADI TEMPAT TINGGAL - Utusan Malaysia

Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa di sini menjadikan bahagian bawah sebuah rumah yang tingginya hanya kira-kira satu meter sebagai tempat tinggal mereka.

Bahagian kolong rumah itu yang keluasannya hanya kira-kira tiga meter persegi dan didiami oleh Fatimah Jalim, 36, bersama suaminya Yusuf Wahab, 35, sejak tiga tahun lalu, asalnya merupakan sebuah reban ayam.

Dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, di situ jugalah pasangan tersebut membesarkan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah, 6, Mohd. Haikal, 5, dan Mohd. Aiman, 3.

Fatimah berkata, kesempitan hidup yang dihadapi termasuk suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lebih baik.
"Setiap hari kena merangkak, sudah tiga tahun macam ini. Terpaksalah terima walaupun sedih.

"Kalau diberi peluang siapa yang tidak mahu rumah lebih baik berbanding hanya tidur beralaskan tikar getah di bawah kolong yang dulunya merupakan sebuah reban," demikian ujar Fatimah dengan wajah sayu.

Fatimah ditemui sewaktu menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil di rumahnya di sini semalam.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md. Noor Chik dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

NOTA:
mari kita fahami berita ini :
ianya membuktikan masih ada di kalangan kita
yang tercicir dalam kehidupan. hidup dalam penuh
kemiskinan. ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan
melanda keluaraga ini.
siapa hendak kita salahkan? diri kita sendiri. kita benarkan ini
berlaku dihadapan mata kita sendiri.

masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawab kita
semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawab.

para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan
kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah.
kemiskinan bukan dilawan dengan memberika beras dan ikan masin.
kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan
yang kurang adil adah penyebab utama.

beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan
sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang
melakukannya telah membuat amal yang baik.

tapi untuk berapa lama?

disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan
dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara
menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicicir jatuh
miskin.

kita bersedih bila membaca berita ini.
kita bersimpati apabila menghayati berita ini.
tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata.
kunci nya pada diri kita sendiri.

dalam dunia ini yang jahat bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa.



Sabtu, 3 Julai 2010

Fikirkanlah ...

DAHSYATNYA SEBUAH BENCANA, BELUM MENGGAMBARKAN KIAMAT YANG SESUNGGUHNYA..

20 Rejab 1431H.
Oleh : Seri Budiman

Cukuplah kita mengambil hikmah dan Ikhtibar dari seluruh bencana-bencana dahsyat yang pernah terjadi dulu dan kini di muka bumi ini! Bahwa bencana tersebut tidaklah sebanding hebatnya dengan peristiwa maha dahsyat, yang akan mendatangi manusia dengan tiba-tiba, yakni HARI KIAMAT.

Dan bagaimanakah gambaran "kiamat-kiamat" yang pernah terjadi itu?

Semoga hal ini membuka ruang nalar kita, bahwa kiamat yang sesungguhnya itu benar-benar amat besar huru-haranya! Dan pasti terjadi!!! Allahu Akbar!!!

Berikut adalah rangkuman bencana-bencana terdahsyat yang pernah terjadi di zaman nabi, bahkan di zaman modern ini, yang selanjutnya akan mengantarkan kita kepada hari yang benar-benar telah dijanjikan itu. KIAMAT BESAR!

1. "KIAMAT" DI ZAMAN NABI NUH (BANJIR YANG MENENGGELAMKAN BUMI)

Umat nabi Nuh Alaihis Salam (AS) musnah melalui bencana banjir besar, di mana seluruh kehidupan pada zaman itu musnah, kecuali orang-orang yang mengikuti ajaran nabi Nuh. Diriwayatkan, dalam beliau berdakwah kurang lebih 900 tahun hanya mempunyai pengikut berjumlah 90 orang. Bisa dibayangkan manusia-manusia yang hidup pada zaman itu, digulung banjir dahsyat hingga gunung pun tidak kelihatan.

Ihwal terjadinya bencana ini dikarenakan kafirnya mereka terhadap rasul-rasul yang telah diutus untuk menyelamatkan mereka dari kekufuran dan menyerukan manusia untuk menyembah Allah.

QS. 23: 23-26. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?" Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya menjawab: "Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu. la tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu." Nuh berdo'a: "Ya Tuhanku, tolonglah aku , karena mereka mendustakan aku."

Doa nabi Nuh pun dikabulkan, umatnya dimusnahkan dalam peristiwa banjir maha dahsyat di zaman itu.

QS. 21: 76. Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdo'a, dan Kami memperkenankan do'anya, lalu Kami selamatkan dia beserta keluarganya dari bencana yang besar.

QS. 11: 44. Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."

QS. 23:30. Sesungguhnya pada (kejadian) itu benar-benar terdapat beberapa tanda (kebesaran Allah),, dan sesungguhnya Kami menimpakan azab (kepada kaum Nuh itu).

2. "KIAMAT" DI ZAMAN NABI LUTH. (NEGERI YANG DIJUNGKIR BALIKKAN)

Inilah azab yang Allah SWT timpakan kepada umat nabi Luth. Negeri mereka dijungkir balikkan oleh Allah dari atas ke bawah disertai dengan bencana gempa yang maha dahsyat. Hujan meteor, angin kencang dan petir pun saling menggelegar satu sama lain. Bisa dibayangkan, betapa ngerinya peristiwa itu... Allahu Akbar!

Seperti yang telah dijelaskan dalam Alquran:

QS. 54: 33-36. Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman ( Nabinya ). Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka ), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu seelum fajar menyingsing. Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia ( Luth ) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu.

QS. 15: 73-76. Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik kebawah dan Kami hujani mereja dengan batu belerang yang keras, . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran Kami ) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak dijalan yang masih tetap (dilalui manusia).

3. "KIAMAT" DI ZAMAN KAUM 'AD DAN UBAR. (MUSNAH DENGAN TIUPAN ANGIN KENCANG)

QS. 46: 6-8. Adapun kaum 'Ad maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa. Adapun kaun Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum 'Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon korma yang telah kosong(lapuk). Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal diantara mereka.

4. "KIAMAT" DI ZAMAN KAUM TSAMUD, UMAT NABI SHALIH. (DIHANCURKAN DENGAN SUARA GUNTUR)

QS. 11: 67-68. Dan satu suara yang keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu, lalu mereka mati bergelimpangan di tempat tinggal mereka, seolah-olah mereka belum pernah berdiam ditempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Thamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Thamud.

DAN BERIKUT BEBERAPA RANGKUMAN BENCANA MAHA DAHSYAT YANG PERNAH DAN TERJADI DI ZAMAN INI.

Mei 2008 – Angin puyuh Nargis membunuh 140 ribu orang lebih. Korban terperangkap dalam kejaran pusaran, dan tidak mampu lari lebih jauh, mengubur penduduk di lahan pertanian di Myanmar hingga tersapu bersih.

8 Oktober 2005 – Gempa berkekuatan 7,6 magnitudo di Pakistan merenggut nyawa lebih dari 40 ribu manusia. Kerusakan hebat disebabkan oleh pusat tumbukan di patahan dangkal.

26 Desember 2004 – Lautan Hindia menjadi pusat gempa berkekuatan 9,3 skala magnitudo dan memicu tsunami Sumatera di mana diperkirakan sebanyak 225 ribu orang menjadi korban. Banyak wilayah di belahan bumi lain yang juga mengalami dampak peristiwa tersebut.

1985 – Letusan gunung Nevado del Ruiz di Kolombia membunuh 25 ribu manusia, sebagian besar terperangkap dalam aliran lahar dan lumpur ganas.

1976 – Gempa bumi Tangsha di China, 8 skala magnitudo, merampas jiwa manusia tidak berdosa antara 225 ribu hingga 655 ribu orang.

1931 – Luapan sungai Kuning, menyebarkan kesakitan luar biasa bagi 1 juta hingga 3,7 juta nyawa melalui peristiwa penenggelaman, penyakit, kelaparan dan banjir. Sungai tersebut tercatat juga pernah menimbulkan katastrofi pada tahun 1887, dengan jumlah korban jiwa hampir sama.

1815 – Gunung Tambora, Indonesia, meletupkan lahar panas dan membunuh 80 ribu orang dan menimbulkan kelaparan luar biasa.

1737– Calcutta, India, membunuh 300 ribu jiwa. Analisis awal mengatakan karena gempa, namun ilmuwan lebih bersandar pada angin puting beliung.

1556 – Shannzi China, gempa bumi mengambil 830 ribu nyawa. Tidak ada seorang pun mengetahui kedatangannya yang tiba-tiba dan sedikit yang selamat dari guncangan seismik tersebut.

1330-1351 – Pandemik penyakit yang disebabkan bakteri bernama Yersinia, membunuh 75 juta orang, menghapus 30% hingga 60% populasi Eropa, dikenal sebagai peristiwa The Black Death atau Bubonic Plague.

1138 – Bumi bergoyang di Allepo, Syria, merenggut 230 ribu korban. Terdaftar dalam survei geologi Amerika Serikat sebagai gempa bumi paling mematikan keempat sepanjang sejarah manusia.

Allahu Akbar... sudah sekian hebatnya bencana-bencana yang diterangkan diatas, akan tetapi kita tidak mungkin sanggup membayangkan bagaimana sekiranya kiamat yang sesungguhnya itu benar-benar akan terjadi. Hanya kepada Allah saja kita memohon perlindungannya.

QS. 7:187. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

now, sy nk anda semua fikir dan renung2kn siapa kita sebenarnya pada pandangan Allah....sy nk tnya pada anda, kalau anda xmampu untuk tahan api lighter selama seminit pabila kamu cucuh api tu dekat pd telapak tgn kamu dgn jarak yg sgt dekat, saya syorkan, berhati2 ketika melakukan sesuatu...kerana Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakn dan apa yg kamu simpan dalam hati...

kalau kamu benci pada org yg suka mengungkit2, sy syorkn jgnla kalian mlakukan kzaliman pd muka bumi ini....kerana, di sana nnty, kalian mungkin terpaksa mndengar smula kslahan2 yg anda lakukn dahulu...dn pasty lebh mnyksakn....kalau yg manusia pon xdpt tahan, apatah lg dgn Pencipta kita....

renung2kn....dan sy syorkan anda utk bermuhasabah diri paling lama pun 10 minit...kerana kemungkinan 10 minit anda tu apat slamatkn kalian dr terjerumus ke dlam api neraka yg kaw2 punya panas....

bkn lama pon....10 minit je...gunekn semaksimum mngkin akal anda...jgn jd mcm binatang....thats all for today...selamat beramal.....smoga kita semua slamat dr siksaan api neraka, slamat dr siksaan kubur, slamat dr godaan syaitan dan slamat dr ftnah Dajjal.....aminnnnn.......

Wallahu 'alam bissawab.
*Diolah dari berbagai sumber.

Khamis, 1 Julai 2010

Cerita Pendek WC 2010 .. Late Update ..

World Cup 2010 berhenti rehat 2 hari ..

Baru ler cukup tidur sikit. At least pasukan pilihan aku still in the hunt. Tapi detik hati aku kuat mengatakan it will be a Brazil - Argentina Final .. Hope Spain can spoil the fun hahaha ..

UPDATE !!

Sangkaan ku meleset sekali .. Brazil OUT !! Dutch rulez 'em wit a sucka punch ..

Perkara Yang Mungkin Kita Tak Tahu ..

~Happy Belated Workers Day & Secretary Day~

12 Things We'd Tell Our Bosses if We Could


, On Wednesday 16 June 2010, 22:47 SGT

As employees, we are told to be diligent, to follow through, to be "self-starters," to have a good attitude, to be flexible and patient and dependable and loyal and respectful. We're told there is no "I" in "team." We're told, "You should just be grateful you have a job." But surely bosses have obligations to us just as we do to them. And surely one of the biggest of those obligations is to seek out their employees' point of view.

Of course, not all employees feel free to say what they're actually thinking. You know who you are! That's why in today's column, the employees of the world get to speak up. What would you say to your boss if you could say absolutely anything at all? This is your chance, people.

Here are a dozen to get you warmed up:

1. "Give me the tools I need to do a good job." If you're unsure, ask me. But, basically, time, materials, information, maybe even a little authority--these are what I need to succeed.

2. "Admit it when you make a mistake." It shows you're not afraid and is the best way to earn my respect. Whatever you do, don't act as if you never make mistakes. That's just ridiculous.

3. "Don't treat me like a cog on a wheel." I'm an individual. If I screw up, tell me. If someone else in my group screws up, tell him. Don't blame the whole team.

4. "Ask for my opinion from time to time." I might be able to offer some good ideas if you listened to me even half as much as you expect me to listen to you.

5. "I truly need frequent feedback." Please don't wait till the year-end performance review. I can do a better job for you if you let me know what I'm doing wrong, and what I'm doing right, on a regular basis.

6. "Don't leave me hanging out to dry." When things go south I need you to be a leader and back me up. If you are not loyal to me, it is impossible for me to be loyal to you.

7. "I can't hear you when you shout." Maybe someone once told you intimidation is a good management tool. But seriously, yelling at employees just makes you look weak and ineffectual.

8. "Don't make me work with idiots." I realize it's not easy but if there's a problem person in the group it's your job to resolve the situation. Don't let it drag on and on. It poisons the whole workplace.

9. "Have a clear agenda." If you don't know what you want, how do you expect me to? I need you to understand your own goals, and communicate them to me clearly.

10. "Don't lie about deadlines." There is no better way to lose the trust of your people than to set "fake" deadlines. Trust me enough to be honest with me and I'll do a good job for you.

11. "Be predictable." If you behave erratically I will spend more time and energy worrying about what you're going to do next than working.

12. "Mentor me." Ask me my goals. Give me projects that help me develop and grow. I will do a fabulous job for you if you take an interest in me and my career. And that's a win-win.

Karen Burns is the author of the illustrated career advice book The Amazing Adventures of Working Girl: Real-Life Career Advice You Can Actually Use, recently released by Running Press. She blogs at www.karenburnsworkinggirl.com

Selasa, 29 Jun 2010

Cerita Pasal World Cup 2010 Part 3 ..

2nd round nih anti climax betul ler ..

Pasukan pilihan kebanyakannya was pitted against each other. Yang paling aku frust Spain jumpa Portugal as early as now. Aku harapkan derang jumpa at semis at least. So prediction aku Spain vs Argentina in Final tak kesampaian. Tapi quarter finals nanti mostly repeat of classic games such as Holland-Brazil and Argentina-Germany tapi kalu ikutkan atas kertas it will be Brazil vs Argentina pada Final nanti ..

What say you ?

Jumaat, 25 Jun 2010

Untuk DiFikirkan Bersama ..

aku terima e-mel nih baru pagi ni. Tak tau samada korang ada dpt yg serupa but aku rasa terpanggil nak kongsikan di sini ..

Perjuangan Sedunia untuk Palestin



siapa rachel corrie


Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.



Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.

*sebelum dilanggar ..




*selepas dilanggar ..

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



malangnya .. kita tidak pernah tahu ........






Khamis, 24 Jun 2010

Tujuan Sebenar Kita Berdoa ? ..

... dari blog seorang sahabat ...

Tujuan kita berdoa adalah mengikhlaskan apapun yang sudah menjadi kehendak atau ketetapan Allah. Apapun masalah yang kita hadapi hendaknya benar-benar menyandarkan diri kepada Allah sebagai penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Apapun yang menjadi kehendakNya dan ketetapanNya itulah yang terbaik untuk kita.

'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.' (QS. al-Anbiya : 88).

Dengan berdoa memohon kepada Allah akan membebaskan diri kita dari perasaan takut akan masalah maupun ketakutan itu sendiri. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah. Mereka tidak mendapat bencana apapun. Mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. ali- Imran : 173).

Lantas apa kuncinya sebuah doa dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Apakah kita termasuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sehingga doa kita layak untuk dikabulkan atau tidak? Bagaimana dengan perbuatan kita sehari-hari? apakah memudahkan doa kita dikabulkan ataukah malah menjadi penghalang doa kita untuk dikabulkan?

'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. (QS ath- Thalaq : 2-3).

Cerita Pasal World Cup 2010 Lagi ..

1st round hampir tamat ..

Tempo sudah mula naik with some teams sudah mula menyesuaikan diri dgn Afrika dan rakan sepasukan. About 70% game aku tgk "live" yg balancenya mostly highlights ataupun replay late games ..

Yang menariknya edisi kali ni byk principle team apart from Argentina & Brazil nampak mcm struggle nak lepas group matches nih. Pasukan yg ada nama2 besar like Spain, England, Germany dan France nampak seolah2 team yg tak bersedia utk Finals nih .. France dah konpem "out", mungkin sbb sumpahan Ireland dan "leprechaun" mereka, England .. as usual a pale shadow of the EPL/BPL flares dan yg lain2 ..

Aku harap2 knock-out stage nanti semua team yg layak akan bermain full steam ahead utk perlawanan akhir .. My dream semi finalists would be Portugal, Spain, Argentina & Brazil ..

Korang pulak ??

Selasa, 22 Jun 2010

Bye Bye Pudu Jail ..




Satu lagi sejarah telah berkubur ..

Kawasan ini pernah menjadi tempat permainan aku masa sekolah rendah dulu sebab member baik aku anak warden di sini. Aku memang membesar melihat perkembangan Pudu Jail nih. Masa para banduan dikerah untuk melukis mural di tembok2 Pudu Jail ini almost every day aku lihat perkembangannya. Dari tembok kosong .. kepada satu graffiti yg tinggi nilai artistiknya.

Now .. no more ... walaupun baru 300m je yg dirobohkan .. hanya untuk memberi laluan kepada ini ...




Sabtu, 19 Jun 2010

Cerita Pasal World Cup 2010 ..

1st round hampir tamat ..

Tapi aku rasa one kind jer this edition pyer WC. Why ? So far .. BORING!! .. Mungkin pasal tak banyak gol tapi yg ketara most underdog teams nampak menyerlah. Or is it pasal bola WC nih yg jadi igauan player & goalkeeper alike .. Ntah ler ..

Hope quarter final nanti the tempo will pick up .. So far Brazil, Argentina, Holland and Uruguay nampak gah ..

So apa pendapat korang yg lain ?

Isnin, 14 Jun 2010

Manusia & Kealpaan ..

Dah nama pun manusia ..

Makhluk ciptaan Allah ini terlalu banyak kelemahannya, akan tetapi sering lupa apabila dikuasai nafsu. Kenapa aku pagi2 ni merapu sebegini ? Sebab semalam satu peristiwa malang telah berlaku kepada satu keluarga kat area kediaman aku ..

As you all know, setiap kawasan kependudukan ataupun perkampungan, keselamatan jalanraya kurang atau tidak langsung diambil kisah. Kita boleh lihat org bawak motor xder lesen, xder helmet, budak2 bawah umur besit motor bapak derang langsung tak hengat dunia hinggakan kalau kita tegur kita balik ditegur samada budak tu, org sekeliling mahupun mak bapak dia. Akhirnya apa yg aku takut dan selalu ingatkan telah berlaku. Satu nyawa telah melayang tanpa sebab .. satu nyawa muda yg sepatutnya boleh menyumbang kepada masyarakat setempat mahupun negara telah hilang. Semuanya kerana nafsu mengatasi pemikiran rasional. Anak siapa aku tak tahu tapi mmg budak ni selalu kelihatan membesit motor dengan harapan menjadi "mat rempit" yg disegani segala rakan dan taulan. Pernah ditegur kerana sering mengganggu dan membahayakan orangramai dgn penunggangan melulunya. Kini, kurang 1 orang geng mereka. Hari ini dia akan ke masjid .. utk kali terakhir .. and also .. today will be his "last ride" ... Apakah mereka ini akan sedar dan berubah sikap ?

Itu adalah soalan cepu emas ....