... Eksklusif untuk bekas-bekas pelajar Tingkatan 5 (1982) SMPT .. yang 81-84 tu nak join pon boleh ...
Isnin, 5 April 2010
Hati-Hati ..
Selasa, 30 Mac 2010
Hello .. Yuuhuuu ...
Dah takder berita ker .... atau dah beku ..
Kot iyer pon main Facebook .. jenguk2 ler jugak kat sini ..
Siapa yg nak pergi umrah tuu ...
Rabu, 24 Mac 2010
Renung Sejenak ..
Dari http://www.isuhangat.net/2009/12/29/dosa-yang-lebih-besar-dari-berzina/#more-396
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya… telah berzina. "
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.
Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya."
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.
" Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina" .
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.
Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :
Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.
Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
Wallahualam…
Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.
Wassalamu’alaikum wbt..
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)
Selasa, 23 Mac 2010
Sesuatu Untuk DiFikirkan Bersama ..
Post ini aku salin dari satu laman berita online .. tulisan ini takder kena mengena dgn mana2 pandangan politik mahupun menghentam pihak2 bertanggungjawab .. cuma masa depan anak2 kita yg kini menjadi taruhan ...
1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara : [ Berita Minggu : 21 Mac ]
a] 2007 : 16,100 anak luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah
2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam.
[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]
3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ], seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita.
4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara. Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah. Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu. Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.
5. Sistem pendidikan, perumahan, pembangunan, IT, media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak. [ sebagai contoh ....]
Pendidikan : Tidak menitikberatkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral. Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik.
Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga.
Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai-kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam, karaoke, rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis-majlis ilmu .
7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadir solat jumaat.
8. Setiap kali dipersoal, pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujah arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah. Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam. Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar.
[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina. Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat-pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain.]
9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami. Kita telah menghantar memorandum, kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita, kita juga sudah sebut dalam dialog, wacana ilmiah, debat, khutbah, kuliah, ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah.
10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan. Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia.
Khamis, 11 Mac 2010
Apa Kata Korang ? ..
Rabu, 10 Mac 2010
Kuasa Tuhan - Fenomena Awan ..
6 Jan 2010
This amazing picture shows a rare phenomenon called a roll cloud which tend to form ahead of a cold front and can stretch for miles.
They are most common when an advancing storm front causes moist air to rise, then cool to the point where it becomes a cloud known as the dew point. When this happens along a front, a roll cloud can form, often with air actually circulating along the horizontal axis of the cloud.
Although it looks like a sideways tornado, these clouds cannot become one.
Selasa, 2 Mac 2010
Renungan ...
http://www.lipassepi.blogspot.com/
Itulah dia kehebatan kampung saya, Hulu Kelang Selangor yang mana terletaknya Zoo Negara.
Hulu Kelang Selangor terletak berhampiran dengan banjaran Titiwangsa; ianya dikelilingi dengan bukit bukau dan kawasan tadahan hujan.
Selain terkenal dengan kegiatan tanah runtuh, Hulu Kelang juga agak dikenali dengan daya tarikan flora dan fauna seperti Bukit Tabuh yang sering terpapar berita mengenai kehilangan atau kematian pengembara, hutan tebal yang bersempadanan dengan Pahang (dan juga Genting Highlands) dan dua anak sungai yang berpunca dari empangan Klang Gate. Suatu ketika dahulu Hulu Kelang memang terletak di Hulu Sungai kelang dan agak terpencil akan tetapi kini ianya telah berubah menjadi maju, makmur dan bertukar kepada sebuah kawasan perbandaran yang pesat.
Selain dari pembangunan, flora dan fauna, Hulu Kelang juga dikenali sebagai “Hollywood Malaysia” dan menjadi tarikan kepada banyak penggiat seni negara kerana di situ terletaknya studio filem Negara atau FINAS. Jins Shamsuddin sebagai contoh merupakan ahli UMNO DUN Hulu Kelang Bahagian Gombak, Yusuf Haslam juga tinggal di Taman Melawati Hulu Kelang dan ada khabar angin yang mengatakan dia adalah bekas konduktor Bas Sri Jaya. Malah cuba anda kaji peristiwa hangat ini; Norman Hakim telah ditangkap basah dengan Memey (bukan nama sebenar) oleh JAIS di Ukay Perdana, ekoran dari kejadian itu Isterinya Abby Abadi menyerang suaminya itu (kini bekas suami) berhampiran Carrefour Wangsa Maju ketika sesi penggambaran Gerak Khas (Diarah oleh Yusof Haslam) dan sejurus selepas itu menuntut cerai di mahkamah Syariah yang terletak di Taman Keramat, semuanya berlaku dalam kawasan lingkungan Hulu Kelang. Malah sedarkah anda bahawa kebanyakan babak dalam drama yang dihasilkan oleh syarikat Yusof Haslam selalunya membuat penggambaran di sekitar kawasan berhampiran dengan rumahnya.
Bukan itu sahaja, tahukah anda yang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat saudara Azmin
Ali yang juga abang kepada pengacara panas sensasi Azwan Ali dan anak kepada Ustaz Ali (ustaz yang ajar saya mengaji) merupakan Ahli Parlimen kepada pengundi Hulu Kelang.
Sekarang tahniah anda sudah tahu pelbagai perkara mengenai Hulu Kelang, maka setiap kali anda melalui MRR2 di kawasan berhampiran Zoo Negara pastinya perjalanan anda kini sudah tidak sama seperti dahulu lagi.
Namun di sebalik artis, hypermarket, karaoke, lebuhraya dan pusat senaman “Celebrity Fitness” terletaknya di celah-celah hiruk pikuk kehidupan Bandar, satu Hulu Kelang yang saya kenal dan saya ingat, waktu ketika tempat sebelum semuanya pesat dan makmur, yang mana suatu ketika dahulu saya belajar bagaimana hendak menangkap berudu di dalam longkang.
Saya dan rakan-rakan dibesarkan dengan membaca buku komik LAT. Antara karya beliau yang paling banyak mempengaruhi kami adalah “Kampung Boy”; ianya menceritakan bagaimana budak-budak kampung menghabiskan masa dengan memanjat pokok, melastik dan memancing ikan.
Oleh itu, saya kanak-kanak Bandar yang mudah terpengaruh, terutama dengan iklan
Tora dan DinDang, pastinya dengan penuh perasaan cuba meniru aktiviti watak-watak dalam “Kampung Boy”. Saya tidak banyak mempunyai masaalah dalam bab memanjat pokok mahupun melastik namun timbul masaalah dalam aktiviti memancing ikan. Ini adalah kerana sungai terletak agak jauh (bagi budak berumur 5 tahun) dari rumah kami dan benda yang paling hampir dalam menyamai sebatang sungai adalah longkang yang terletak di padang permainan belakang rumah.
Tidak seperti sungai yang mempunyai ikan keli mahupun Talapia satu-satunya kehidupan yang berenang di dalam longkang berkenaan adalah berudu. Maka atas dasar semangat yang berkobar-kobar maka saya pun menangkap ikan (berudu) di dalam longkang menggunakan cawan kertas “Slurpee” datang dari kedai serbaneka “7-11” bagi menggantikan pancing. Budak kecil memang bodoh. Walaupun bermain di dalam longkang itu agak menggelikan dan kotor namun ianya menyumbang kearah pembentukan minda kanak-kanak. Dari situ saya belajar mengenai kehidupan, bagaimana berudu sebenarnya adalah katak. Bagi seorang budak yang melihat sesuatu yang cukup kecil dan sangat berlainan rupa berubah menjadi katak merupakan sesuatu yang amat menakjubkan. Memang saya bersyukur ketika itu ibu bapa saya berani melepaskan saya dan rakan-rakan untuk berlari, mencari dan mengenal dunia, dalam cara saya sendiri. Ketika itu masih terdapat pepohon rendang di hadapan rumah kami — sekarang ianya telah menjadi sebuah Lebuhraya. Ketika mana Hulu Kelang tidaklah sesibuk mana dan masih banyak tempat sunyi, ketika mana kes ragut tidak kedengaran, Nurin Jazlin belum hilang mahupun tidak terdengar bayi dibakar dalam tong sampah.
Memang baik kalau dapat memberikan kebebasan kepada anak-anak kecil untuk melihat dunia dengan cara tersendiri namun dunia hari ini sudah berbeza sama sekali. Tidak pernah saya terfikir bahawa akan datangnya suatu hari akan timbul sebuah papan tanda “Awas Peragut” di bahu jalan raya dan kaki lima. Sesungguhnya apa guna lebuhraya luas kalau pemandunya tidak berakal, bangunan tinggi mencakar awan tapi penghuni hilang pedoman. Pembangunan tidak bererti apa-apa sekiranya masyarakatnya hilang jati diri.
Memang Hulu Kelang kini jauh lebih maju, meriah dan mewah berbanding dahulu. Namun janganlah demi pembangunan kehidupan kita korbankan. Sedih bila difikirkan kini seolah masyarakat dalam keadaan sedikit ketakutan. Salah satu KPI kerajaan ialah untuk mengurangkan kadar jenayah dan ini akan menjadi tanda atas utama dalam penentuan akan datang, akan tetapi saya sendiri berfikir untuk kita dengan mudah melepaskan tanggungjawab adalah tidak wajar. Kalau kita hendak menyalahkan sesiapa mengenai keadaan semasa masyarakat kita cubalah bermula dengan melihat kedalam cermin. Cuba anda tanyakan diri anda, bilakah kali terakhir anda terlibat dalam sebuah gotong royong atau sukarelawan dalam apa-apa kegiatan masyarakat?
Memang kini masyarakat kita telah berubah menjadi masyarakat yang bersifat tertumpu kepada diri sendiri dan kuatnya kepentingan terhadap kemewahan dan harta benda, ”materialistic”. Digabungkan dengan tekanan ekonomi dan kemerosotan nilai-nilai akhlak menyebabkan jenayah dan masaalah semakin meningkat. Sudah hilangnya rasa semangat gotong royong, bantu membantu dan semangat tetangga itu sendiri. Masyarakat kita kini lebih berminat untuk menonton rancangan istimewa hari raya di televisyen dari keluar rumah dan beraya di rumah jiran.
Tapi adakah itu kesimpulan yang kita mahu? Kesimpulan yang mana inilah harga yang
kita bayar untuk kemajuan? Sesungguhnya saya tidak mempunyai jawapan yang tepat, tapi yang pasti ianya perlu bermula dari diri kita sendiri.
Moga suatu hari nanti, kita tidak perlu risau sangat tentang anak-anak pergi menangkap berudu di dalam longkang, sebagaimana suatu ketika dulu.
Bagi Mereka Yang Suka Lepak Kopitiam ..
Rabu, 17 Februari 2010
Selamat Tahun Baru Cina Kepada SMPTians ..
Quite busy dgn urusan lain .. tapi cuti tetap cuti marr .. hehe
So apa yg korang buat cuti ni ekk .. musti gi jenjalan dgn family .. letak ler citer sket kat sini ..
Selasa, 9 Februari 2010
Projek Mengeteh ? ..
Jumaat, 5 Februari 2010
Ada Khabar Member Lama ..
Khamis, 28 Januari 2010
Siapa Ada Berani Mahu Cuba ..
meh kita tengok ekspiremen sains kat bawah nie...untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone....
sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebijik...cari yang leper tu...
2. 3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...
3. 1 rol kertas foil...kertas timah tu laa....yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...
4. Handphone sebijik...dan pastikan gak ade kredit...
5. Minyak petrol sikit..kalo xnak beli kat stesen....curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...
susun kad tadi lebeh kurang macam nie...
letak plak kertas foil tu atas kad tadi..
letak petrol ckit...
TIBA-TIBA
api menyala !!!peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....
Untuk Semua ..
DOA MENGHINDARI DARI SEBARANG PENYAKIT DAN BALA ( DIBACA SEBANYAK 3X WAKTU PAGI DAN PETANG )
Emel : Sal Am
1- تَحَصَّنْتُ بِذِى الْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعْتَصَمْتُ بِرَبِّ الْمَلِكِ وَالْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَيِِّ الَّذِىْ لاَ يَمُوْتُ اِصْرِفْ عَنَّا اْلأَذَى إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍْ قَدِيْرٌ .
Aku membenting diri dengan Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,aku berpegang pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib,aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati.Hindarkan kami dari bala dan wabak,sesunggohnya engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2- بِِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئْ ٌ فِىْ اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاْءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
3- بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَسُوْقُ الْخَيْرَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ الْسُّوْءَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ مَاْ كَاْنَ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ, بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,tidak ada yang dapat memimpin kearah kebaikan melainkan Allah. Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,tidak ada yang dapat memaling kejahatan melainkan Allah.Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,kesemua nikmat itu datangnya dari Allah,Dengan nama Allah,berlaku apa yang dikehendaki allah,tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang maha tinggi dan besar.
4- بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَسُوْقُ الْخَيْرَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ الْسُّوْءَ إِلاَّ اللهُ بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ مَاْ كَاْنَ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ, بِسْمِ اللهِ مَاْ شَاْءَ اللهُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Allah sesunggohnya aku berlindung dengan engkau dari penyakit dan taun,dari serangan bala,mati mengejut,deman panas,taqdir yang buruk dan kejahatan bala.Dan kami berlindung dengan engkau dari ditimpa celaka dan serangan musuh.Hai Tuhan yang hidup,hai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya,hai Tuhan yang mempunyai kemuliaan "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman". "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.Dengan rahmatmu hai Tuhan semester alam,Ya Allah ya Hafiz ya Allah Ya Rafi'
5- اَللَّهُمَّ ﺇِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِ أَعْدَاْئِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَاْمَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ يَا جَبَّاْرُ يَاْ مُنْتَقِمُ يَااللهُ يَااللهُ يَااللهُ اَللَّهُمَّ يَاْ مُنْزِلَ الْكِتَاْبِ وَيَاْ مُجْرِيَ السَّحَاْبِ وَيَاْ هَاْزِمَ اْلأَحْزَاْبِ ﺇِهْزِمْهُمْ ﺇِهْزِمءهُمْ ﺇِهْزِمءهُمْ وَانْصُرْنَاْ عَلَيْهِمْ .
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka, Wahai tuhan yang sangat keras Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
.
يَا دَاْفَعَ الْبَلاَءِ يَا اللهُ, يَا دَاْفَعَ الْبَلاَءِ يَا رَحْمَنُ, يَا دَاْفِعَ الْبَلاَءِ يَا رَحِيْمُ, إِدْفَعْ عَنَّا كُلَّ بَلاَءِ الْدُّنْيَا وَبَلاَءِ اْلآخِرَةِ, وَشَرِّ الْدُّنْيَا وشَرِّ اْلآخِرَةِ, وَمِنْ عَدُوٍّ مِنَ اْلإِنْسِ وَالْجِنِّ وَمِنَ الْشَّيْطَاْنِ وَإِبْلِيْسَ, وَمَا يَطِيْرُ فِىْ الْهَوَاءِ, وَمَا يَنْزِلُ مِنَ الْسَّمَاْءِ وَمَاْ يَخْرُجُ مِنَ اْلأَرْضِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاْحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَاْلَمِيْنَ.
Hai Tuhan yang menolak bala,Ya Allah! Hai Tuhan yang menolak bala,Ya Rahman! Hai Tuhan yang menolak bala,Ya Rahim!hindarkan dari kami bala di dunia dan bala di akhirat,dari keburukan dunia dan keburukan akhirat,dari musuh dikalangan manusia,jin,syaitan dan iblis,dan apa yang terbang di udara,yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi dengan rahmat mu hai Tuhan yang maha pemurah,kesejahteraan Allah keatas penghulu kita Nabi Muhammad,keluarganya dan kesemua sahabat baginda,segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Disediakan oleh:
Ustaz Ibrahim b Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK
NO.TEL 05-6883659 H/P 019-2627636
Renungan Pagi Khamis ..
ADAB MENDENGAR AZAN
Emel : Amin Fadzlan
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.' Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidahini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin . .' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.
Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE , Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar !
Rabu, 27 Januari 2010
Nukilan Untuk Seorang Ayah ..
Begitu cepat masa berlalu,
Masih ku terasa akan kehadiranmu,
Masih ku ingat jari jemari ini memegang erat tanganmu,
Di masa kau diganggu mimpi ngeri,
Di masa penghujung perjalanan hidupmu,
Ku alunkan ayat-ayat suci,
Ku sebutkan kata-kata barakah,
Kau mengikut pertuturanku,
Di dalam lemah,
Di dalam redha,
Airmatamu mengalir,
Mulutmu berkata-kata,
Tanpa ada suara,
Tapi ku tahu,
Setiap nafasmu,
Mengingati Dia,
Dia yang telah memanggilmu,
Di pagi yang dingin itu,
Kau telah tiada,
Walaupun ketika itu,
Aku sedang memanjatkan doa kepada Ilahi,
KehendakNya mengatasi segalanya,
Kau meninggalkan anak-anakmu di dalam iman,
Kau meninggalkan kami dengan tenang,
Kau meninggalkan kami dengan ilmu,
Kau meninggalkan kami dengan kasih sayang,
Bertenang dan amanlah,
Doa dan zikir anak-anakmu akan menjagamu,
Doa dan zikir anak-anakmu akan menerangi duniamu,
Doa dan zikir anak-anakmu akan mengiringimu,
Sehingga kita bertemu lagi,
Jika diizinkan olehNya
Itu janji kami,
Yang menyayangimu,
Amanlah kau di sana .. Amin, Amin Ya Rabbul Alamin ..